Pak Mail sudah 20 tahun menjaja. Beliau banyak pengalaman. Menjual minyak wangi pun boleh berpendapatan puluhan ribu sebulan.
Saya beli minyak wangi jualan Pak Mail. Saya orderkan air dan minta dia duduk dan bercerita rahsia bisnes dia.
Beliau ajarkan beberapa tip .sebagai peniaga yang menjual dengan laku.
1. Pastikan barang yang anda jual mudah laku
Pilih barangan yang anda jual dan ingin menjaja adalah barangan yang mudah dijual. Keperluan orang ramai dan pastikan barang yang ada perulangan belian.
2. Barang yang dijual pastikan berkualiti
Barangan yang anda jual perlulah berkualiti dan mudah dijual. Jika barang berkualiti, kita lebih mudah menjual dan pelanggan senang membeli.
3. Murah dan berbaloi
Barang yang kita jual haruslah murah dan berbaloi. Jika harganya murah anda mudah menjualnya. Tak perlu menjual terlalu mahal. Barangan perlu dijual dengan banyak.
4. Jangan cakap bohong tentang produk
Bila menjual jangan terlalu terlalu berjanji yang baik-baik tentang produk yang dijual.
5. Buang perasaan malu
Pak Mail kata mengapa kita malu jadi peniaga yang menjaja. Kenapa kita malu menjual untuk mencari rezeki yang halal. Jika kita malu cuba bayangkan tukarkan IC anda dari IC biru kepada IC merah. Orang Indonesia , orang Pakistan datang ke Malaysia menjaja dan membuat duit. Mereka tidak tahu malu. Mereka buat duit yang banyak.
Jika anda menjual 6 kotak sahaja sehari dan berkerja setiap hari. Anda boleh berpendapatan 10 ribu sebulan. Terbeliak kami dengar ceritanya.
6. Jual perangai
Orang membeli produk kita kerana kita menjual perangai kita. Kita nak memjual perlulah belajar seni menjual. Bukan hanya menjual produk semata-mata. Kita menjual dengan ikhlas.
7. Kita bukan pakar produk
Anda jangan mengaku pakar tentang produk tersebut. Anda beri peluang kepada perlanggan untuk membuat keputusan untuk membeli barangan tersebut atau tidak.
8. Bermajikan dengan Allah
Lebih baik bermajikan dengan Allah. Jangan berharapkan dengan orang lain. Jangan bergantung dengan orang lain. Bila kita berniaga kita lebih bergantung kepada Allah. Rezeki semuanya dari Allah.
9. Tukarkan cabaran dengan peluang.
Bila anda berniaga kadang-kadang anda mempunyai masalah dengan cabaran. Pak mail pernah dihalau dari menjual. Dia juga pernah berduka. Jati diri kena kuat untuk menghadapi masalah dan cabaran.
10. Bersedia menjual barang tak laku
Sebagai peniaga yang penjaja anda perlu bersedia ditolak. Anda perlu faham, jika anda menjual ada orang yang tak nak membeli barangan anda.
11. Yakin dengan produk
Yakinlah dengan produk yang anda jual. Jika anda tidak yakin menjual bagaimana mubgkin orang lain yakin untuk membeli produk anda.
12. Sanggup sabar dan sanģgup tabah
Berniaga ni perlukan masa untuk berjaya. Bukan perkara yang sekelip masa. Faham tak ni…anda perlu faham.
13. Ramai orang hanya nak
Senang
Menang
Kenyang
14. Tak ramai bakal usahawan yang nak belajar
Lapar
Susah
Kalah
Dan itu sebenarnya guru sebenar berniaga.
Saya Copy & Paste dari : http://coachbahar.com/bisnes/kisah-seorang-peniaga-minyak-wangi-jalanan/
1 comment:
Please share to all Malaysian MCA Members,
Some MCA leaders such as YIP KUM FOOK (lawyer, MCA Gombak) and Yip Jiun Hann (MCA Gombak youth) are immoral and their names are very bad in Selangor. Especially in Kepong, Selayang, Rawang and other places, such as eating money SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, damaging other people's families …… ..behaving so badly.
They are trying to tell us to support Donald lim Siang Chai, if this group wins in the MCA party, I am sure the MCA party will sink forever in Malaysia
Don't fall into the trap, support Dr. Wee Ka Siong
SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES
Post a Comment