Peniaga jalanan Sampah, Peniaga Lendir Malaikat.


Hari ini sudah selebelas hari saya menjebakkan diri dalam perniagaan jalanan. Saya membawa lori kecil bersama 4 orang sahabat muda belia dengan harapan dapat mengubah corak hidup dan ekonomi diri.

Dalam hari-hari itu juga saya telah bebrapa kali berdepan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang tidak membenarkan saya berniaga di kawasan-kawasan yang bukan diwartakan sebagai tempat berniaga yag dilesenkan.

Saya memahami peraturan-peraturan PBT tersebut namun hati saya tetap berkata, apalah salahnya berniaga ditepi jalan. Peniaga jalanan ini bukan banyak untung seperti peniaga 'Lendir', peniaga Judi tapi peniaga jalanan inilah yang menjadi sasaran Penguatkuasa PBT yang menerima arahan dariphka atasan mereka.

Peniaga jalanan ini dilihat sebagai pencacat pemandangan kerana mengunakan khemah-khemah usang degan meja dan dapur masak atau menggorang yang tak tersusun rapi. Tapi inilah hakikat peniaga jalanan yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, kais malam makan malam.

Mana mungkin boleh dibandingan peniaga jalanan dengan peniaga "lendir" yang bermodalkan ratusan ribu ringit dengan pekerja yang seksi-seksi dan begitu juga perniagaan judi yang bermain dengan wang ratusan ribu ringgit. 

Itu belum kira lagi soal kedai mamak yang boleh letak kerusi meja atas jalan, kedai motor Cina yang melambakkan stok motornya di halamam kedai dan peniaga Hardware yang meletak barang sesuka hati.

Peniaga jalanan ini macam sampah di mata PBT dan Peniaga Lendir itu Malaikat di mata PBT.

3 comments:

Anonymous said...

Peniaga jalanan berniaga diwaktu pegawai PBT bertugas.
Peniaga lendir berniaga diwaktu pegawai PBT dah masuk tidor dibuai mimpi.

Agaknya lah.

Anonymous said...

Tak hulur...nak hulur dapat ciput...peniaga lendir masuk ratusan ribu..Bolih hulur..cakap RASUAH MARAH..Sebab itu pemberian ikhlas...hadir lendir dan judi.

abadi romeo said...

PBT pejam mata je lah anak Melayu nak berniaga..kalau berniaga lendir boleh pejam mata apa salahnya beri peluang kepada Melayu cari rezeki..
minta jasa baik tuan pautkan blog saya yang kerdil ini...http://zulcomz.blogspot.my/