Memulakan cerita rasuah bukan mudah apatahlagi ia melibatkan orang-orang dalam agensi, jabatan dari yang berpangkat tinggi hingga ke pangkat yang laing rendah. Mereka ini kebanyakannya berkuasa menentukan sesuatu yang tidak boleh hinga boleh didakwa mengikut sesuatu undang-undang kepada boleh berlaku dengan habuan yang dipersetujui.
Kita hari ini sering dimomokkan dengan kisah 'Rasuah Politik' dan kezaliman kerajaan samada dari yang memerintah hingga yang membangkang hingga kita lupa dan leka bahwa Rasuah sebenar yang berleluasa amatlah bahaya hingga boleh merosakkan sistem kehidupan itu sendiri.
Kekayaan terus didominasi oleh si 'Pemberi Rasuah' manakala si 'Penerima Rasuah' terus menjadi Anjing, menjadi Balaci dan terus hidup dengan hasil pemberian yang tidak seberapa berbanding apa yang akan si 'Pemberi Rasuah' dapat.
MESIN JUDI SLOT
Perjudian bukan cerita baru, malah sejak zaman Tok Kaduk lagi telah ada dan diceritakan bagaimana si Pak Kaduk yang gemar menyabung ayam sampai tergadai kampung halamannya, isteri dan anak perempuannya kepada Sultan, hanya yang tinggal pada Kaduk sehelai sepinggang dan seekor kucing kerana masa Sultan mengambil pertaruhan kucing tersebut tiada di rumah, kalau tidak semuanya akan menjadi milik Sultan.
Setiap hari hingga perjudian terus berevolusi seiring dengan kemodenan perjudia jenis 'Mesin Slot' mengambil tempat dan kuasanya amat hebat dan jaringannya amat luas. Mesin Slot ini bukan saja dimainkan di kedai-kedai judi tapi boleh juga dimainkan terus ke 'Telefon Pintar'. Kalau kita dulu boleh halang anak, sumai atau sesiapa saja tapi sekarang ianya sudah ada di tangan, di setiap rumah malah di tangga masjid mungkin sebelum menunaikan solat.
PENGUATKUASA
Apa yang kita runsingkan kini sudah ada di depan mata, di dalam rumah maka dengan itu mulalah kita membuat aduan kepada pihak berkuasa, pihak yang berwajib agar membenteras jenayah ini. Apa yang berlaku hingga kini bukannya jenayah itu berkurangan tetapi ianya terus tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Bagaimana ini boleh berlaku?
Saya bukan menuduh membabi buta tetapi realitinya memang ianya tidak akan dapat dibenteras apabila RASUAH dan PENGUATKUASA bergabung melindungi aktiviti jenayah tersebut. Kenyataan ini memang keras dan seperti yang semua tahu kenyataan seperti ini boleh didakwa kononnya memfitnah pihak berkuasa. Tetapi adakah sesiapa pergi melihat sendiri apa yang berlaku di luar sana akibat daripada segelintir PENGUATKUASA undang-undang ini?
Segelintir mereka ini tetapi merekalah yang sebenarnya diamanahkan untuk membenteras jenayah tetapi GELAP MATA kerana WANG maka Undang-undang dipersetankan!
Dalam kedai-kedai judi pasti ada saja mereka ini yang menjadi TAIK JUDI. Apa yang mereka nak benteras? Mereka TAIK JUDI, mereka dapat habuan dan mereka akan menjadi pelindung kepada Aktiviti Perjudian itu sendiri.
Itu belum dicampur yang bermain di tangan. yang bermain di dalam pejabat.
RASUAH BERTERUSAN
Maka dengan itu rasuah akan berterusan. Ada penawaran dan ada permintaan. Ini berlaku juga dalam semua perlakuan jenayah. Yang terus kaya adalah Tauke-Tauke dan yang terus miskin adalah Bangsa Melayu.
Setiap kali serbuan dibuat berapa premis yang ditutup? berapa yang didakwa? kalau ditutup esok lusa dibuka pula yang baru kerana PENGUATKUASA inilah yang memberi laluan memberi jalan untuk Tauke-Tauke Judi terus beroperasi.
Rasuah bukan saja merosakkan Bangsa dan Agama tetapi Negara juga. Hari ini hingga ke dalam mesyuarat sulit pun isinya boleh keluar akibat ada penawaran rasuah.
MENGHAPUS MESIN JUDI
Dalam skop kecil bertajuk Perjudian Mesin Slot, menghapuskannya adalah perkara yang mustahil tetapi mencegahnya mungkin boleh dilakukan jika ia dimulakan dengan anggota-anggota penguatkuasa itu dulu.
Memang benar itu kehidupan mereka selepas kerja, tabie mereka tetapi dengan Akur Janji yang dibuat berteraskan Integriti maka tindakan drasti wajib diambil. Anggota-anggota Penguatkuasa Undang-Undang mestilah bersih, mestilah mematuhi garis panduan, arahan dan undang-undang itu sendiri barulah ia dengan itu membenteras jenayah seperti Perjudian Mesin Slot ini.
Mungkin fokus yang saya ketengahkan ini terlalu kecil tetapi percayalah, sebatang mancis boleh membakar seluas-luas hutan. Jangan pandang ringan.
bersambung..
No comments:
Post a Comment