Lepas Tamat Tempoh Mandat, Kita Boleh Lantik Yang Lain - Mohd Zuhdi Marzuki

Dalam Islam, ada kesederhanaan dalam perkara berkaitan dengan ketaatan kepada pemimpin. Kalau dilihat pada hadith, ada banyak yang memberi ancaman terhadap mereka yang menentang pemimpin. Kemudian ada banyak juga hadith yang menghargai pihak yang menentang pemimpin.

Ada pihak seperti ulama muda Umno secara total menyebut tidak boleh menentang pemimpin. Ada pula pihak seperti pendukung demokrasi tulen secara total menyebut boleh jatuhkan pemimpin hatta melalui jalanraya.

Kita sebagai parti Islam ambil jalan pertengahan, antara hadith yang paling boleh menjelaskan jalan ini ialah: "Mendengar dan mentaati pemimpin adalah wajib sama ada pada perkara yang kamu suka atau benci selama mana tidak disuruh kepada maksiat (penyelewengan). Apabila disuruh kepada maksiat tidak wajib ditaati".

Plato seorang ahli Falsafah Yunani yang banyak menjadi inspirasi kepada falsafah politik Barat, tidak suka kepada demokrasi yang tidak dikawal oleh undang-undang kerana ia boleh membawa kepada huru hara atsu tyranny. Apabila rakyat diberikan kebebasan tanpa batas dan tidak dikawal oleh undang-undang untuk menurunkan pemimpin huru hara akan berlaku.

Isu kemelut politik di Kedah di zaman Almarhum Ustaz Azizan yang kemudiannya membawa kepada kekalahan PAS di Kedah, berpunca daripada kita tidak bersabar dalam mentaati dan mendengar dari pemimpin. Kita ada peraturan untuk menurunkan pemimpin iaitu pilihanraya umum. Kalau kita boleh bersabar sekejap tidak menimbulkan huru hara, pemimpin ini akhirnya boleh diturunkan.

Demikian juga dalam kes Khalid Ibrahim, mari kita jadikan hadith itu panduan. Berikan mandat kepada dia, walaupun ada perkara yang kita suka dan ada perkara yang tidak suka, selagi mana dia tidak menyeleweng dan rasuah. Lepas tamat tempoh mandat, kita boleh lantik yang lain.

Bukankah ini tatacara yang lebih teratur dalam mengikut budaya demokrasi. Sekali kita mencipta budaya baru, turunkan pemimpin dengan cara tidak biasa atau seperti rampasan kuasa di Thailand, budaya itu akan terus melekat. Bila lepas ini TSKI diganti, bila ada yang tidak puashati budaya yang sama akan diikuti. Sampai maslahah rakyat diabaikan oleh kemelut ahli-ahli politik.

- Mohd Zuhdi Marzuki

Jangan buat pelbagai tuduhan terhadap pemimpin PAS - Sebuah Nukilan nak Cover Balik Taik Yang Melekat di Muka



TIDAK dapat dibayangkan bagaimana dengan tiba-tiba Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dihina dan dilemparkan pelbagai tuduhan oleh sesetengah ahli parti sendiri berikutan ketegasan beliau mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Seingat saya, sepanjang 30 tahun lebih di dalam PAS, belum pernah terjadi hal demikian dan tidak pernahpun membayangkan akan terjadi hal seperti itu, tetapi telahpun terjadi.

Berikutan kenyataan tegasnya menyokong Tan Sri Abdul Khaid Ibrahim itu pelbagai andaian dan tuduhan dibuat terhdap Presiden PAS. Ada yang mengatakan kononnya ini isyarat bahawa PAS akan bersendirian, yakni akan berpisah dengan dari Pakatan Rakyat.

Ada pula yang berteori bahawa perkembangan ini akan membuka peluang PAS untuk menghidupkan kembali apa yang dinamakan ‘Kerajaan Perpaduan’, iaitu kerjasama PAS dengan Umno.

Semua tuduhan dan andaian ini sama sekali tidak berasas, malah ia menggambarkan bacaan dan pemikiran politik pihak yang mereka-cipta ini sangat naïf, suatu andaian yang penuh kecelaruan dan tidak berasas.

Saya dapat memahami kesedihan Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abd Samad terhdap perbuatan sesetngah pihak yang melemparkan pelbagai tuduhan dan prasangka terhadap pemimpin PAS sendiri. Dalam twitternya, beliau sendiri tidak pernah menyangkan hal seperti ini berlaku.

Secara lojik bahawa Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempunyai hak untuk mengeluarkan pendapat dan tidak ada siapapun yang boleh menghalangnya. Ini sewajarnya difahami oleh semua pihak walaupun sudah ada usaha PKR untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sejak projek Langkah Kajang.

Rundingan selanjutnya oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat pada 10 Ogos ini juga sama sekali tidak boleh menafikan hak Presiden PAS untuk membuat kenyataan menyatakan pendiriannya.

Adapun kenyataan Presiden PAS itu tidak ada sebarang isyarat – secara tersurat atau tersirat – bahawa PAS tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat. Maka sebarang andaian ke arah itu, walau dalam apa cara dan hujahpun, hanyalah memberi peluang kepada musuh Pakatan untuk memecah-belahkan Pakatan. Hendaknya perkara ini mesti dihindarkan.

Sangat aneh untuk melihat lingkaran isu ini di mana secara jelas ialah masalah antara PKR dengan Tan Sri Khalid yang dicetuskan dalam Projek Langkah Kajang, iaitu PKR hendakkan menggantikan MB itu dengan tokoh lain.

Bagaimanapun oleh kerana PAS adalah salah satu komponen dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP, maka masalah ini dihadapkan juga kepadanya. Tetapi secara lojiknya isu ini lebih kepada masalah PKR dengan Tan Sri Khaid.

Oleh itu mengapa PAS dengan tiba-tiba diheret begitu jauh ke dalam dalam isu ini. Sama seperti ‘pihak lain yang karam mengapa orang PAS pula yang lemas’. Analogi seperti ini muncul ketika pelbagai pihak, khususnya sesetengah pendukung PAS sendiri, melemparkan pebagai tuduhan terhadap Presiden PAS berhubung dengan kenyataannya.

Memang benar, PAS berada dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP oleh itu segala masalah Pakatan dikongsi bersama mengatasinya.

Tetapi jangan lupa projek Langkah Kajang yang hendak menukarkan Tan Sri Khalid adalah dicetuskan oleh PKR. Maka itu, sewajarnyalah PKR lebih dulu menyelesaikannya dan PAS sebagai anggota Pakatan telahpun memberikan pandangan.

Sama ada diterima atau ditolak oleh Pakatan sama sekali tidak mengurangkan hak Presiden PAS menyatakan sikap. Dengan itu terimalah hakikat ini serara rasional dengan segala kewarasan.

Presiden PAS dalam kenyataannya secara jelas mempertahankan Khalid supaya kekal sebagai Menteri Besar Selangor kerana tokoh ini tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

Menurut Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi, alasan pihak yang mahu menukar Menteri Besar Selangor adalah tidak kukuh dan beliau secara peribadi tidak setuju kerana melihat Khalid tidak terlibat masalah besar.

“Kalau beliau (Abdul Khalid) terlibat dengan skandal, pecah amanah, salah guna duit Selangor, itu ya (sememangnya) kita boleh tukar. Tapi kalau alasan yang lain, itu kita boleh urus tetapi bukanlah dengan cara tukar menteri besar dan biarlah dia habiskan tempoh penggalnya.

“Isunya ialah menunaikan amanah pemimpin. Kita dapati Tan Sri Khalid tidak sampai kepada peringkat khianat terhadap amanah ini, adalah salah sekiranya kita turunkan beliau,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di rumahnya di Rusila Jumaat lalu.

Oleh itu tidak apa yang boleh menimbulkan kekeliruan yang mencetuskan kontroversi terhadap kenyataannya itu. Ini kerana kenyataannya itu berdasarkan pandangan syarak dan hasil penyelidikannya dari pebagai sumber.

Bagaimanapun, Insya-Allah, kemelut di Selangor ini, tidak akan menjejaskan keutuhan Pakatan Rakyat. Oleh itu jangan terperangkap akan jerangkap samar musuh Pakatan dalam isu ini.

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya muafakat dalam Pakatan Rakyat akan tetap kekal dalam menghadapi isu sekitar pertukaran Menteri Besar Selangor.

“Saya percaya semangat muafakat dalam Pakatan akan terus dikekalkan dan seterusnya mendukung perubahan dengan menjana pertumbuhan ekonomi mampan yang lebih prihatin akan permasalahan rakyat,” katanya.

Akhirnya semua pihak dalam Pakatan supaya bertenang, sabar, mengekalkan kewarasan fikiran, tidak mereka-cipta pelbagai andaian dan tuduhan mengenai isu ini. Dengan berbuat demikian, dengan izin Allah s.w.t. boleh menyelamatkan Pakatan Rakyat dan pemerintahannya di Selangor.

Selamat menyambut Idul-Fitri, maaf zahir batin kepada para pembaca - HARAKAH



TERKINI: Pemisah Ukraine serahkan dua kotak hitam pesawat MH17 kepada Malaysia


Gencatan senjata di zon 10 kilometer sekeliling itu bagi membolehkan pasukan penyiasat antarabangsa masuk dengan selamat ke lokasi nahas MH17 di timur Ukraine.
Sementara itu di Ukraine, dilaporkan pemberontak Donetsk People’s Republic menyerahkan dua kotak hitam pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Grabovo, Donetsk kepada wakil Kerajaan Malaysia kira-kira.jam 1 pagi tadi (6 pagi waktu Malaysia).

Ia sekali gus mengakhiri misteri kehilangan dua kotak hitam berkenaan dari lokasi kejadian yang sebelum ini dilaporkan dihantar ke Moscow, Russia oleh kumpulan pemisah terbabit.

Penyerahan kotak hitam itu, yang mempunyai data penerbangan MH17 dipercayai dapat membantu proses siasatan punca sebenar nahas pesawat berkenaan ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, Khamis lalu, mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal.

Ia diserahkan sendiri oleh ketua pemberontak, Alexander Borodai kepada wakil Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ketua Delegasi Pasukan Siasatan Khas Malaysia, Khairil Hilmi Mokhtar mengesahkan perkara itu, namun tidak.mengulas lanjut. Bagaimanapun, sumber memberitahu, kedua-dua kotak itu didapati berada dalam keadaan baik walaupun pada bahagian luarnya mengalami sedikit kerosakan.

“Tumpuan penyiasatan untuk meneliti maklumat MH17 dari mula berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Schipol, Amsterdam sehingga ke titik koordinat terakhirnya kehilangan komunikasi dengan menara kawalan (ATC) sebelum.dilaporkan ditemui terhempas dan terbakar. “Kita juga berharap ia mengandungi rakaman apa yang berlaku dalam kokpit sebelum kejadian,” katanya.

- See more at: http://www.selangorpress.com/?p=1182#sthash.fQRe6ns9.dpuf

ISU GELANDANGAN @TengkuAdnanReal & "DAPUR SUP" ADA AGENDA TERSEMBUNYI.


Setelah membaca dan memeriksa beberapa perkara, saya dapati kisah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mahu menutup 'Dapur Sup' yang memberi makan gelandangan di sekitar Bandar Kuala Lumpur adalah tidak benar.

Seingat saya Tengku Adnan tidak pernah mengatakan mahu menutup tetapi beliau menasihatkan agar aktiviti tersebut dialihkan ke kawasan yang lebih sesuai. Beliau meminta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang menganjurkan berundur sekurang-kurangnya 2 kilometer dari kawasan Pusat Bandar. Jika ia dirasakan jauh, pihak penganjur boleh berbincang dengan DBKL dan saya
tidak rasa cadangan itu ditolak andai ia boleh memberi manfaat bagi kedua-dua belah pihak.

MENGAPA KUALA LUMPUR
Pokok kepada isu ini sebenarnya bukanlah 'Dapur Sup' yang memberi makan percuma tetapi lokasi yang mereka pilih. Jika benar-benar mahu membantu golongan yang memerlukan mengapa perlu buat di tengah bandar yang sesak? 

Tengku Adnan nafi arah tutup 'Dapur Sup'
Saya cuba berfikiran positif tetapi bila isu ini diperbesarkan hingga sudah lari dari tajuk sebenar, maka saya membuat kesimpulan ada agenda tersembunyai disebalik semua ini. 

Mereka seolah-olah mahu memburukkan imej Kuala Lumpur dengan memperlihatkan bandar tersebut dipenenuhi gelandangan dan peminta sedekah. Saya bukan mahu menghina tetapi saya mahu mengaitkan kedegilan mereka untuk memindahkan lokasi 'Dapur Sup' milik mereka ke tempat yang lebih sesuai tanpa mengganggu ketenteraman orang lain.

Tiada halangan untuk membuat kebaikan tetapi biarlah ianya dengan niat yang betul.

NGO DIRAGUI
Selain masalah berkeras untuk pindah ke lokasi lain, NGO-NGO yang terlibat juga diragui niat mereka. Daripada 12 NGO yang berdaftar dan dikesan DBKL, boleh dikatakan lebih separuh adalah NGO bukan Islam.  Apa niat dan tujuan sebenarnya mereka beria-ia memberi makanan kepada gelandangan yang kebanyakannya orang Islam.

Dari mana sumber kewangan mereka? Siapa yang beri dana? Makanan Halal atau tidak? dan banyak lagi yang boleh dipersoalkan.

Say bukan berniat untuk mencari salah sesiapa tetapi sekadar untuk memberi pandangan mengenai isu ini yang dilihat semakin jauh lari tajuk asalnya apabila serangan demi serangan dilemparkan kepada pihak kerajaan. Tidak terkecuali menteri Wilayah Persekutuan sendiri yang diserang secara peribadi.

Jadi, saya minta sahabat-sahabat untuk fikirkan dan menilai isu ini bukan hanya dari sudut sedekah tetapi ke sudut yang lebih luas iaitu niat dan agenda yang tersembunyi.