MALAYSIAKINI Tipu GARDENIA Hidup-Hidup. Hentikan BOIKOT GARDENIA, Gandakan BOIKOT BARANG CINA DAP


Kisah Gardenia yang "MENYUMBANG DANA KEPADA MALAYSIAKINI" telah aku naikkan beberapa hari lepas kerana ketidakpuashatian aku terhadap tindakan Gardenia yang rata-ratanya mendapat sokongan Orang Melayu meyumbang kepada MALAYSIAKINI yang diketahui adalah KAKI PUTAR BELIT No 1 Malaysia. (Buktinya sekejap lagi)

Alhamdulillah selepas tulisan itu tersebar aku mendapat respon yang baik daripada pihak pengurusan Gardenia sendiri yang dengan beraninya tampil untuk memberi penjelasan tentang kekalutan yang timbul.

Cerita sebenarnya ialah "GARDENIA TIDAK MENYUMBANG DANA UNTUK MALAYSIAKINI" tetapi "GARDENIA MEMBELI LOT IKLAN" melalui "PAKEJ SUMBANGAN DANA". 

Maksudnya, sesiapa yang membeli PAKEJ tersebut akan mendapat diskaun atau tambahan keistimewaan di dalam slot Iklan Malaysiakini. Dari sudut perniagaan aku memahami keperluan tersebut dan itu adalah sebahagian daripada strategi untuk mengembang luaskan perniagaan mereka.

Di situ jelas menunjukkan Gardenia sebenarnya hanya mahu mengambil kesempatan untuk merebut peluang pengiklanan di tempat-tempat yag mempunyai kekuatan dan aku akui Malaysiakini punyai kekuatan tersebut.

Aku sudah jelaskan niat sebenar Gardenia yang berniat baik mahu mengembangkan perniagaan tetapi bagaimana niat baik itu telah dimanipulasi oleh MALAYSIAKINI untuk kepentingan mereka.

Kemarahan orang ramai berpunca daripada "Tajuk Artikel" Malaysiakini yang menyebut "GARDENIA TAMPIL SOKOKNG DANA BANGUNAN M'KINI" padahal cerita sebenarnya ialah "GARDENIA beli Iklan". 


Jila mahu dibahaskan memang ianya akan kembali kembali kepada sumbangan DANA tetapi apa yang berlaku disini MALAYSIAKINI tidak menjelaskan perkara tersebut. Lalu yang menajadi mangsa adalah GARDENIA yang tidak tahu menahu akan hal tersebut.

MALAYSIAKINI MEMUTAR BELIT seperti biasa dilakukannya kepada Pemimpin Negara an kali ini GARDENIA pula menjadi mangsa. Bila kisah ini menjadi panjang lebar hingga masuk dibahaskan di Dewan Negara, MALAYSIAKINI telah megambil langkah memadam Artikel tersebut. Tak percaya ambil link ni dan klik. (Nasib Baik Aku Prinscreen) : www.malaysiakini/news/248516


Aku rasa cukuplah setakat itu penjelasan aku dan dengan puashati aku menerima penjelasan GARDENIA maka dengan itu juga aku hentikan 'KEMPEN BOIKOT GARDENIA" dan membuang Banner yang berkaitan dengannya. Artikel aku akan kekalkan untuk rujukan.

Terima kasih GARDENIA dan SYABAS kerana anda berani bersemuka dengan kami yang tidak tahu dari mana asal usulnya ini... 

5 comments:

The Didi Butter said...

Gardenia membeli lot iklan tu sama la dengan menyumbang dana kepada Malaysiakini. News agency ni hidup dengan iklan je. Beli iklan = $$$... Boikot tetap boikot. Beli roti bulat kat India jual roti naik moto je...

Cameron said...

Tak masuk iklan Malaysiakini pun aku tetap beli Gardenia. Maknanya, tak payah la beli lot iklan Malaysiakini.

Anonymous said...

....orang yg baca Malaysiakini itu pun bukannya pembeli roti Gardenia...buat habis ke beras je...

Anonymous said...

Dari tak tahu sampai tahu.....aku beli juga gardenia. Yang jarang pergi masjid tu datang lah berjemaah ..sekurang2nya jemaah Isya'. Kalau nak sokong Islam, baiki diri dulu....

Anonymous said...

yang bodoh sangat pergi beli lot iklan kat situ apa sal, banyak tempat boleh belikan.