HAHAHAHA.... KEPIMPINAN SPR TAK MAHU LETAK JAWATAN.. KORANG NAK BUAT APE??



PUTRAJAYA 23 Jun - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan tunduk dengan desakan pihak-pihak yang kecewa dan mahu anggota suruhanjaya itu meletak jawatan dan akur pada tuntutan mereka.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, tuntutan pihak tersebut sangat tidak bertanggungjawab dan melanggar peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Tegasnya, pihaknya tidak membuat sebarang kesalahan malah berjaya mengendalikan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu dengan mencapai objektifnya.

"SPR tidak buat salah dari segi undang-undang dan tidak akan tunduk desakan letak jawatan malah PRU-13 lalu sudah mencapai objektifnya untuk rakyat memilih wakil rakyat di peringkat negeri dan Persekutuan.

"Semua tuntutan mereka seperti meminta SPR letak jawatan, memberi amaran supaya tidak melakukan proses persempadanan semula sebelum suruhanjaya baru dibentuk dan menggesa mengadakan pilihan raya kecil bagi kawasan yang telah difailkan petisyen adalah menyalahi Perlembagaan negara," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

© Utusan Melayu (M) Bhd

1 comment:

Portal Berita Perak said...

Lawati portal www.bperak.com untuk mendapatkan pelbagai isu semasa luar dan dalam negeri. Terima kasih. Portal Berita Perak.