Terkini : DAP Gagal Jaga Kaum Cina - DS Seri Noh Omar Dapat Sokongan Penuh


DS Noh Omar baru-baru ini meluangkan masanya untk menghadiri Majlis Makan Malam dan Pesta Tanglung yang diadakan dalam kawasan Parlimennya.


Majlis tersebut yang dihadiri lebih seribu orang masyarakat cina menunjukkan sokongan masyarakat cina kepada DS Noh Omar masih utuh walaupun berbagai isu sengaja direka untuk memburukkan imej menteri tersebut.

DS Noh Omar dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada Koperasi Muhibah Tanjung Karang Berhad kerana berjaya menganjurkan Majlis Makan Malam dan Pesta Tanglung tersebut dan dengan itu DS Noh Omar telah berbesar hati menyumbangkan RM 10,000.00 untuk koperasi tersebut menjalankan aktiviti-aktiviti mereka.

Dalam pada itu juga, DS Noh Omar memperjelaskan beberapa isu semasa untuk memberi kesedaran betapa bahayanya jika Pakatan Rakyat terus memerintah Negeri Selangor ini.

Beliau juga menyeru masyarakat cina supaya terus memberi sokongan kepada Kerajaan Barisan Nasionan (BN) seterusnya merampas kembali Negeri selangor ini dari pemerintahan Pakatan Rakyat yang diketaui gagal melaksanakan amanah yang telah diberikan oleh rakyat kepada mereka.

Hanya Kerajaan barisan Nasional (BN) sahaja yang mampu memerintah dengan baik Negeri dan Negara ini berdasarkan pengalaman mereka yang telah lama memerintah dan tahu selok-belok serta masalah yang dihadapai oleh negara ini.

Teruskan usahamu DS Noh Omar, buktikan pada rakyat bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan terbaik dan akan terus membantu rakyat tanpa mengira kaum dan agama.












No comments: