RAFIZI BUKAN MANGSA, TIDAK PERLU DISANJUNG



Kesalahan Mohd. Rafizi Ramli merupakan suatu jenayah yang serius iaitumelanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) membabitkan kerahsiaan maklumat perbankan.
BAFIA bukan sahaja tidak membela mana-mana pihak atau individu yang mendedahkan maklumat terkawal untuk apa tujuan sekali pun, bahkan kerahsiaan segala maklumat perbankan adalah bersifat mutlak yang perlu disanjungi dan dihormati.

Dalam BAFIA, tiada pengecualian diberikan kepada mana-mana pihak sama ada individu, bank mahu pun Bank Negara Malaysia (BNM) kerana ia me¬rupakan prinsip mewujudkan konsep perbankan yang dipercayai.

Kalau tidak dilindungi di bawah BAFIA, sesiapa pun tidak akan mempercayai sistem perbankan negara ini sekali gus menjejaskan ekonomi Malaysia.

Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan terhadap Mohd. Rafizi selepas mendapati beliau bersalah mendedahkan maklumat perbankan di bawah BAFIA, enam tahun lalu.

Semua pihak termasuk pemimpin pembangkang yang sengaja cuba memainkan sentimen Mohd. Rafizi menjadi mangsa perlu sedar bahawa tiada istilah ‘matlamat menghalalkan cara’ buat mereka.

Dalam masa sama, Mohd. Rafizi yang juga sengaja ingin memperdayakan orang ramai bagi meraih populariti demi kelangsungan karier politiknya.

Sebagai pemimpin yang mempunyai latar belakang seorang akauntan, sepatutnya Mohd. Rafizi lebih arif dan menyedari perbuatannya mendedahkan maklumat perbankan itu adalah jenayah yang serius.

Selain itu, semua pihak harus menerima keputusan Mahkamah Sesyen, mana-mana pihak juga tidak sepatutnya mempertikaikan kenapa baharu sekarang Mahkamah Sesyen membuat keputusan itu kerana ia adalah angkara Mohd. Rafizi sendiri yang sering menangguhkan proses perbicaraan kes sehingga bertahun-tahun.

Kalau orang lain yang berlengah-lengah seperti Mohd. Rafizi ini, sudah tentu kena marah dengan mahkamah sebab buang masa banyak pihak. Tapi, akhirnya perbuatan beliau itu memakan diri sendiri kerana beliau tidak layak bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).





No comments: