Jangan Serang Lagi @Ibdil, Biarkan dia... Dia Tidak Bersalah..


Setelah berbulan-bulan lamanya +Ibdilillah Ishak diperbodohkan, dimarah, dimaki hamun dan disepak terajang dalam blog dan laman-laman media sosial maka hari in aku mahu mengajak sahabat-sahabat supaya melupakan saja semua itu.

+Ibdilillah Ishak tidak sepatutnya diperlakukan begitu, dia juga manusia yang punya perasaan dan cita-cita dan mahu menjadi "SESEORANG" pada masa akan datang dalam bidang politik terutamanya.

Mungkin sahababat-sahabat rasa pelik mengapa aku jadi begini kan?

Apalah gunanya lagi kita menyerang dia sedangkan dia hanya memekakkan telinga dan membutakan mata dengan segala serangan yang dihalakan kepadanya.

Mungkin atas dasar itu YB Khairy KJ memilih dia sebagai orang yang layak dan memang sepatutnya diletakkan disitu supaya menjadi seperti "PAPAN TANDA" ditepi jalan yang tidak pernah memperdulikan benda, binatang mahapun Tahi bintang sekalipun yang lalu tetapi ia tetap dengan peranannya iaitu sebagai "TANDA" untuk menunjukkan sesuatu.

Apa yang @ibdil tunjukkan atau TANDA apa yang dimaksudkan mungkin hanya YB Khairy KJ yang tahu...

Tapi bagi aku TANDA yang dibawa @ibdil mungkin lebih kepada membawa kehancuran... (persepsi aku).

Tetapi untuk lebih berterus terang secara jujur aku katakan apa yang harus dilakukan sekarang ialah merapatkan barisan dan membuat sesuatu yang baru untuk masa depan Bangsa Melayu yang selama ini mempertahankan Agama Islam di negara yang tercinta ini. 

Kita lupakan saja @ibdil dan biarkan dia buat apa yang dia mahu dan seandainya gerakan kita selam ini dikhianati oleh @ibdil maka kita cincang saja dia dan campakkan bangkainya ke dalam gaung untuk jadi makanan binatang liar di hutan.

Perjuangan kita untuk tahun-tahun mendatang ini lebih sukar dan perit berbanding tahun-tahun yang sudah berlalu...

PRU 13 kita masih gagal rampas Selangor yang menjadi nadi dn jantung negara.. Maru kita susun dan juangkan sekali lagi.. kita rampas Selangor, biar kita buktikan pada @ibdil kitalah sukarelawan sebenar yang dia maksudkan dalam ucapannya selama ini....

Semoga Allah memberikan kita kekuatan dan keberanian untuk terus berjuang seperti dulu...

No comments: