[KANTOI] PENGUNDI HANTU YANG DITANGKAP DAN DIPUKUL RUPANYA ORANG TEMPATAN DAN KURANG UPAYA.


Kuala Selangor- Keadaan menjadi kelam kabut apabila pihak Pakatan Rakyat berjaya menangkap pengundi hantu yang cuba untuk masuk mengundi di Sekolah Agama Rendah Intergrasi Kuala Selangor hari ini.

Ketika kejadian Kamal Bin Krisnan @ Mohd Nizam bersama adiknya Hazif a/l Krisnan @ Mohd Nizam telah masuk ke dalam Sekolah Rendah Agama tersebut untuk membuang undi tetapi secara tiba-tiba mereka didatangai oleh empat lelaki yang berpakaian dengan logo Pakatan Rakyat telah menahan mereka, merampas Kad Pengenalan dan mengatakan mereka adalah warga Bangladesh yang diupah menjadi pengundi hantu.

Laporan polis lain yang turut dibuat
Laporan polis mangsa
Pada masa yang sama mereka telah menolak Kamal jatuh hingga menyebabkan lengan dan lutut cedera serta sakit seluruh badan.

Tetapi apa yang berlaku sebenarnya adalah provokasi liar Pakatan Rakyat yang mahu menjadikan keadaan Pilihanraya Umum ke 13 ini huru hara dan membuktikan kepada negara luar bahawa negaraMalaysia ini sudah tidak lagi stabil dan perlu ditukar kepada kerajaan yang baru.


Kamal dilarang untuk mengundi dan dipukul

Mangsa sebenarnya memang penduduk tempatan, berasal dari keluarga mualaf yang memang telah lama menetap di Kuala Selangor. 

Tuduhan yang mengatakan mangsa adalah pendatang asing warga Bangladesh adalah tidak benar sama sekali dan telah disahkan sendiri oleh abang beliau serta jiran-jiran terdekat yang mengenali beliau sekian lama.



Kamal dikenali rakan-rakan dan penduduk setempat sebagai seorang yang pendiam dan tergolong sebagai orang kurang upaya, memburukkan lagi keadaan apabila mangsa pernah terlibat dengan kemalangan jalan raya yang menyebabkan kecederaan teruk dibahagian kepala dan kesan daripada itu mengakibatkan pertuturan kata Kamal kurang jelas.

Saudara Lokman Hakim bin Ismail yang juga saudara kepada Kamal telah mengutuk kejadian tersebut dan menganggap kejadian ini amat serius dan boleh mendatangkan huru-hara.

Kejadian merampas Kad Pengenalan pengundi oleh orang awam merupakan satu kesalahan jenayah berat yang harus diambil tindakan kerana perkara ini dilihat sebagai menafikan hak orang lain warganegara Malaysia yang sah untuk mengundi.

Justeru, beliau mahu pihak polis dan pihak yang berwajib membuat siasatan dan mengambil tindakan yang tegas kepada meraka yang telibat melakukan provokasi tersebut.

1 comment:

Anonymous said...

polis sila cari smpai dapat musibat PAS yg memukul OKU! celaka sial pny Parti Ajaran Syiah yg sesat lg mnyesatkan!