KHAS : [VIDEO] Jenazah Wira Tragedi Semporna Dibawa Pulang Disambut Ribuan Orang Dengan Tangisan




Saksikan Video yang menyayat hati ketika menyambut jenazah Ketua Cawangan Khas Semporna, Asisten Superitendan Michael Padel yang tiba di Pangkalan Pasukan Gerakan Udara Polis Kuching jam 5.30 tadi dan disambut dengan ribuan anggota keselamatan dari pelbagai cabang perkhidmatan.

Suasana pilu menyelubungi Pangkalan Udara tersebut apabila isteri mendiang yang turun dulu dari pesawat tentera yang membawa jenazah suaminya disambut oleh pegawai-pegawai peringkat tertinggi dari pelbagai cabang pasukan keselamatan Malaysia.

Yang Dipertua negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud turut memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.


No comments: