ASKAR GANTI POLIS..


Begitu banyak spekulasi yang diperkatakan berkenaan keganasan polis yang ditugaskan untuk menghalang perusuh dalam demonstrasi bersih 2.0 baru-baru ini, Polis juga dituduh kejam dan memberi layanan buruk kepada perusuh yang ditahan.

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, pihak Polis telah melakukan tugas yang amat baik dalam mengekang terjadinya huru-hara yang lebih besar di atas tindakan perusuh yang diperdaya oleh propaganda politik pembangkang.

Tetapi bagi pihak pembangkang dan perusuh pula, Polis menyusahkan mereka kerana apa yang mereka hajati iaitu melakukan huru-hara bagi memburukkan imej negara tidak tercapai.

Sebenarnya bagi aku pula pihak Polis patut berlaku lebih keras lagi dan pihak kerajaan seharusnya tidak memberi muka kepada perusuh-perusuh ini kerana mereka ini adalah pengkhianat negara dan patut diberi pengajaran.

Justeru itu, aku mengharapkan jika benar mereka ini berhajat ingin melakukan gelombang ketiga BERSIH 3.0, kerajaan kali ini wajib menghantar tentera bagi menggantikan tempat polis dalam tugasan ini.

Jika BERSIH 2.0 melanggar Titah DYMM Tuanku maka Jika BERSIH 3.0 mengambil tempat kita berharap tentera akan digunakan sepenuhnya dan kita lihat siapa ingin bersuara.

No comments: