BERITA GEMBIRA - TUN FAISAL BALACI PPBM DIGANTUNG KEAHLIAN UMNO




Saya mahu menulis cerita ini esok tetapi tak sabar sebab ini berita gembira dan berita yang saya tunggu. UMNO akhirnya memggantung 
Tun Faisal Ismail Aziz dan bukan memecatnya.
 
Tindakan ini amat wajar memandangkan balaci PPBM yang berlagak lantang itu tidak boleh dibendung lagi. Tun Faisal Ismail Aziz berlagak seperti dia adalah tuan besar dalam UMNO . Dia mahu ahli UMNO menyembah PPBM. Tun Faisal Ismail Aziz akan menghina sesiapa sahaja yang tidak menyebelahinya. Baginya PPBM adalah segalanya dan tanpa PPBM UMNO akan kalah besar dan mati hina di bumi Melayu ini.

UMNO kena hapuskan semua musuh, perisik dan balaci PPBM yang berada dalam keluarga UMNO dahulu, mereka ini memakai baju UMNO, bercakap soal perjuangan kononnya pejuang UMNO tetap sebenarnya mereka adalah anjing belaan PPBM. Hapuskan musuh dalam selimut baru kita boleh perang habis-habisan.

Saya amat gembira. Malah saya bersyukur balaci yang semacam "si Buang" dalam filem Sarjan Hassan ini digantung. Sekarang dia sudah menjadi Hero dalam perjuangan menukarkan UMNO kepada PPBM. Dia akan menulis setiap hari dan lihat saja bagaimana nanti dia akan menghina Najib Razakyang pernah memberinya makan dan menghina UMNO yang memberikan tempat sehingga dia dapat apa yang dia ada hari ini. Mulai esok balaci-balacinya akan menyerang UMNO.
 
Apa yang penting sekarang adalah UMNO memeperkuatkan barisan untuk menghadapi Pilihanraya. Hancurkan PPBM dan hapuskan pengkhianat atau balaci musuh seperti Tun Faisal Ismail Aziz ini. Hidup mati kita bukan kerana politik tapi kita wajib hancurkan orang yang merosakkan politik hingga membahayakan kedudukan negara yang akan mengakibatkan rakyat nanti hidup sengsara.

Tahniah kepada Tun Faisal Ismail Aziz dah jadi Hero. UMNO tak perlukan bangsat sepertinya.



NAIK MOTOR DARI KOTA BHARU, KELANTAN KE PWTC, KL BAWA BEBERAPA HELAI KAIN BATIK DIJUAL UNTUK DUIT MINYAK.






Kisah Bambob.
 
Saya pun kurang tahu apa sebenarnya berlaku, lalu saya menghubungi beberapa orang kawan dan dapat cerita versi berbeza.
 
Apapun saya pasti kawan-kawan kita (pengamal media) kenal Bambob, kenal karektor beliau dan tahu keadaannya.
 
Bambob yang kita kenal hampir setiap tahun berulang alik menaiki motorsikal EX5 dari Kota Bharu, Kelantan ke PWTC, Kuala Lumpur untuk beraya bersama kawan-kawan di Perhimpunan Agung UMNO (PAU). Bambob juga berulang ke Pilihanraya Kecil (PRK). Dalam UMNO, PAU dianggap perayaan kerana disinilah berkumpulnya keluarga besar UMNO selurih negara setiap tahun.
 
Bambob akan bawa sticker untuk dijual buat tambang minyak motorsikalnya. Hari ini kata Hj. Haji Mohd Zaffarollah Bambob membawa beberapa helai kain batik untuk dijual seperti biasa.
 
Saya tidak menyalahkan pengawal kalau menghalau Bambob kerana mereka tak kenal Bambob, manakala Bambob pula mungkin tidak tahu bahawa ada SOP ketat dilaksanakan di sana.
Siapa yang harus dipersalahkan adalah kawan-kawan yang memviralkan Bambob yang saya tak tahu apa tujuan sebenarnya. Siap ada yang menghina dan bertanya "Bambob ni perwakilan mana," dalam komen di Facebook.
 
Seharusnya ambil Bambob dan belikan pakaian murah jika itulah isunya.
 
Kawan-kawan boleh makan habis beribu ringgit, makan sampai perut terbuntang bersidai sampai bergelak ketawa besar di Riverside, PWTC. Malangnya tak mampu nak keluar sedikit wang beli sehelai seluar untuk Bambob. Bambob basah pakaiannya ketika dalam perjalanan mahu ke PWTC. Jiwa beliau besar tapi malang dihina kawan-kawan. Saya tak faham apa dalam fikiran Joy Reyzal II dan rakan-rakan lain.
Bambob viral di Kelantan, masuk surat khabar Cina, surat Khabar bahasa Inggeris kerana bagi anjing dan kucing setiap hari. Hari ini kita hina Bambob dan jadikan bahan lawak seolah Bambob ini tak bernilai.
Terima kasih kepada Hj. @zaffarullah yang menyantuni Bambob. Saya amat yakin bila sampai ke tangan beliau kes ini dianggap selesai.
 
Saya bukan orang baik, saya suka maki orang dan bergaduh tak kira tempat. Tapi saya rasa otak saya masih waras untuk menjadikan Bambob MotoRodatiga bahan lawak.
 
Stay strong Bambob. Saya tahu awak kuat. Teruskan usahamu, saya doakan awk dilimpahi rezeki dan diberi kekuatan untuk terus berbakti tak kira dimana.
 
***Tulisan ini bukan minta simpati, bukan untuk mengeji, bukan minta wang tapi untuk memberi peringatan kepada kawan-kawan agar boleh membezakan antara politik dan kemanusiaan