SIAPA LANGGAR DIA MATI!!!! - KEDAI TELEPON SIGNBOARD KEDAI MAKAN MENJUAL TOPUP JUDI.



Inilah kedai yang saya maksudkan. Saya selalu berfikir apakah Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) ini buta?
Kita selalu meletakkan kesalahan kepada Bahagian Judi, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) tetapi sebenarnya apa yang berlaku di dalam IPD Kuala Selangor kita tak tahu. Ketua Polis IPD Kuala Selangor (OCPD) adalah orang yang bertanggungjawab di atas kesemua unit dan cawangan di bawah IPD. Tetapi sejak dulu hingga kini (dikhabarkan sedang bercuti pencen) menjadi bualan di mulut-mulut Cina pengusaha judi. Tapi OCPD tidak takut malah kalau tidak kerana serbuan Bukit Aman atau IPK Selangor maka perniagaan judi ini bermaharajalela DAN TIDAK TERKAWAL
Kedai ini begitu kebal. Lihat pintu besi berlubang kecil dan kedai ditutup separuh untuk apa?

Kedai ini buka 24 jam dihadapan kedai mamak yang sibuk tanpa ada rasa takut. Lagak orang-orang yang menjaganya mengatakan telah "kawtim" mereka membuka banyak cawangan di sekitar Kuala Selangor, Tanjung Karang, Ijok dan Jeram. Mereka sangat kebal.

Kebal sebab ada kabel OCPD ke? Jom kita tengok OC kebal ke atau Jabatan Integriti tak berani sentuh OC. Maknanya kabel ini berpanjangan hingga ke IPK dan Bukit Aman.
Jawapan kepada siapa yang bongkarkan ini ialah mati!



1 comment:

Clarence said...

I appreciate the time to write this post