HAPUSKAN TOL KENA BELI SYARIKAT TOL TAPI TETAP KENA BAYAR TOL - MAHATHIR


Berdepan dengan kesukaran menunaikan janji dalam manifesto PH, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata orang ramai pelu memahami kesulitan dihadapi kerajaan menunaikan janjinya menghapuskan tol di lebuh raya.

Bercakap kepada media di Putrajaya hari ini, Mahathir berkata, satu-satunya cara untuk kerajaan menghapuskan tol ialah dengan membeli lebuh raya daripada pemegang konsesinya.

Langkah itu kata perdana menteri menelan belanja yang sangat besar.

"Masalah membeli (lebuh raya) ialah, kita tak membenarkan syarikat terbabit mengutip caj tol. (Dalam keadaan begitu) macam mana mereka boleh mendapatkan semula dana yang digunakan untuk membeli lebuh raya tersebut. Inilah masalahnya.



"Semua lebuh raya perlu diselenggara, diperlebar, ditambah lorong - semua itu memerlukan wang," katanya.

Sebelum ini kata Mahathir kos operasi itu ditampung melalui kutipan tol.

Keadaan menjadi sukar, katanya, apabila PH berjanji - sebelum PRU ke-14 lalu - bahawa kerajaan tidak akan mengutip tol selepas menjadi kerajaan.

"Kalau kita berjaya membeli (lebuh raya), kita perlu membelanjakan banyak wang untuk menyelenggara jalan-jalan itu.

"Orang ramai perlu memahami masalah yang kerajaan hadapi," katanya.

Sementara itu Mahathir berkata cadangan Maju Holdings Sdn Bhd untuk mengambil alih syarkat Plus Malaysia Bhd masih dikaji dan jika ia diluluskan pun, kutipan tol akan tetap dilakukan.

"Sudah tentu mereka (masih) perlu mengenakan tol. Kalau tak ada caj tol, mereka takkan beli.

"Antara cadangan mereka ialah mengurangkan kadar tol. Mereka juga mahu melakukan pelbagai perkara (seperti) membaik pulih jalan.

"Jadi kerajaan masih mempertimbangkannya," kata Mahathir.

1 comment:

Anonymous said...


Jgn bagi alasan bodoh.
Kalau dah tahu nak hapuskan tol memang tak boleh, knp nak berjanji dlm manifesto bodoh PH tu???
Kalau BN mampu buat dah tentu BN kata nk hapus Tol utk tarik undi rakyat.
Tapi BN tak macam tu sbb BN bukan munafik mcm PH.
Tipu rakyat utk berkuasa.
Janji bulan bintang.

Skrg jawab lah...wahai Atok!!
Jgn bg alasan bodoh.