"Langit Sebagai Atap Rumahku Dan Bumi Sebagai Lantainya" - Feed The Need Oleh Pewangsa.


LANGIT sebagai atap rumahku dan bumi sebagai lantainya, Hidupku menyusuri jalan, sisa orang yang aku makan. Itulah petikan lirik lagu Gelandangan oleh Rhoma Irama.

Menghayati bait-bait lirik ini menjadikan kita tertanya-tanya di manakah keluarga mereka? Mengapa memilih jalan begini sanggup meneruskan hidup sebatang kara? Tidur di kaki lima, makan sisa makanan, mengemis dengan wajah yang penuh dengan keperitan dan ketagihan dadah dan sebagainya tetapi kita tidak tahu apa puncanya.

Golongan yang dikenali sebagai gelandangan ini bergantung harap pada lantai simen di kaki jalan buat peneman tidur di kala malam.

Golongan gelandangan ini adalah individu yang hidup dalam keadaan tidak sesuai dengan norma kehidupan yang layak dalam masyarakat setempat. Mereka juga tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan yang tetap di wilayah tertentu dan hidup mengembara di tempat umum.

Malaysia adalah negara yang pemurah dan sering membantu dan menyalurkan bantuan kepada yang memerlukan.


Justeru, tampil Pertubuhan Pemuafakatan Wangsa SeMalaysia (Pewangsa) menganjurkan program "Feed The Need" iaitu satu program titipan kasih dengan memberi makanan serta pakaian kepada golongan tidak bernasib baik dan gelandangan. Pewangsa telah melaksanakan program ini selama dua tahun berturut-turut dan tahun ini adalah kesinambungannya bagi tahun Ketiga pula. 

Kelana Putra Muhamad 
Timbalan Presiden Pewangsa Malaysia, Kelana Putra Muhamad menyatakan dalam konteks menghulurkan bantuan kepada gelandangan, golongan tersebut termasuk dalam kelompok yang perlu dibantu kerana tidak berkemampuan.

"Tindakan yang diambil badan bukan kerajaan (NGO), kerajaan dan pihak berkaitan menyediakan bantuan kepada golongan gelandangan adalah sangat wajar. Golongan gelandangan ini berada dalam kelompok yang wajib dibantu," katanya.

Bagaimanapun tegasnya, ia tidak bermakna Islam membenarkan umatnya hidup meminta-minta dan meneruskan kehidupan dengan ihsan orang lain.

"Hidup sebagai manusia menuntut kita berusaha untuk memperoleh kejayaan dan rezeki yang halal. Allah berfirman dalam surah al-Jumu'ah yang bermaksud, apabila selesai mendirikan solat maka, bertebaranlah kamu di muka bumi mencari rezeki. Ia jelas menunjukkan tuntutan berdikari dalam mencari rezeki.

"Malah, Nabi Muhammad SAW meninggalkan pesanan, sesungguhnya para nabi itu makan daripada hasil usahanya sendiri," katanya.

Menurut Kelana, program ini bertujuan menyantuni mereka sebagai golongan yang memerlukan pertolongan sambil memberi semangat, dorongan dan nasihat supaya mereka bangkit dan keluar dari kehidupan sebagai gelandangan dan kembali kepada masyarakat sebagai golongan yang normal.

Oleh itu, Pewangsa menjemput orang ramai yang ingin turut serta menyumbang boleh turut sama dalam;

"Program Titipan Kasih Pewangsa Malaysia Memberi Kepada yang memerlukan"

Tarikh : 31 Dis 2017

Tempat: dihadapan CIMB bank jalan tuanku Abdul rahman Kuala Lumpur. Bersebelahan Tune Hotel

Masa : 8.30 malam tepat

"Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.
(An-Nisaa' 4:114)









Amaran Zaid Ibrahim kepada Sultan Selangor, Tiada Siapa Yang Kebal Bila Negara Terbakar.


"Sultan Selangor perlu berhati-hati dengan titah-titah baginda, tiada siapa yang kebal apabila negara terbakar".

Zaid Ibrahim telah memberi amaran kepada DYMM Sultan selangor bahawa tiada siapa yang kebal apabila negara terbakar termasuk sultan (kerana tweet itu ditujukan kepada DYMM Sultan Selangor).

Negara terbakar ini maksudnya apa?

Maksudnya jika negara ini telah jatuh ke tangan Pakatan Pembangkang dan kemarahan rakyat akan menumbangkan Institusi Raja Melayu seperti yang dicita-citakan oleh DAP selama ini?

Mereka memang mahu menghapuskan Sultan yang selama ini mengganggu mereka mahu berpesta mabuk di tengah jalan, melarang mereka melakukan seks bebas ditengah jalan dan seks sejenis, menghalang mereka untuk menghapuskan Islam sebagai agama rasmi dan menjadikan negara ini liberal.

Itulah amaran yang diberi oleh Zaid kepada Sultan Selangor dan keseluruhan Raja-Raja Melayu di dalam negara ini.

Zaid menegaskan tidak akan memohon maaf kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selagi tidak dibuktikan bersalah.

Zaid mempertahankan kenyataan yang dikeluarkan menerusi Twitter sebelum ini.

Katanya ia bukan satu kesalahan sebaliknya dibuat dengan niat untuk menegur pemimpin.

Kenyataan itu menurutnya adalah sebagai reaksi terhadap titah sultan bahawa Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad akan “membakar seluruh negara dengan api kemarahannya”.

Menurut Zahid untuk memastikan sama ada dia bersalah atau tidak, proses siasatan oleh polis perlu dilaksanakan sebelum diikuti oleh perbicaraan di mahkamah.
"Biar mahkamah tentukan. Tapi setakat ini polis belum panggil saya lagi.
"Jika dipanggil saya akan beri penjelasan, tak ada masalah," katanya.
Pendapat Zaid kenyataan sultan Sharafuddin adalah tidak wajar dan baginda tidak sepatutnya memcampuri urusan politik.

Katanya, jika sultan berpolitik ia tidak menggambarkan prisip raja berperlembagaan seperti peranan raja pada zaman dahulu.
"Saya merasakan kita sebagai negara maju yang ada sistem demokrasi, jadi saya tegur.
"Saya tegur bukan nak bela sangat Dr Mahathir, tapi nak beritahu pada rakyat bahawa dalam politik, pentadbiran dan polisi, raja-raja berperlembagaan ini tidak boleh memihak," katanya.

Hebat Pakatan Pembangkang sekarang dan sangat berani memberi amaran kepada DYMM Sultan supaya berdiam diri atas segala kerosakan dan kekecohan yang dilakukan oleh Mahathir dan sekutunya DAP.

Polis tidak akan mampu berbuat apa-apa kerana mereka ini berselindung disebalik undang-undang dan kebal daripada diambil tindakan.

Tapi dia lupa rakyat boleh melakukan perkara di luar jangkaan dan ianya sukar untuk dibayangkan apabila menyentuh hal yang sangat sensitif untuk disentuh.