Datuk Irmohizam Ibrahim Please Take Note!!


Datuk Irmohizam Ibrahim...

Alhamdulillah PRU 13 Kuala Selangor telah berjaya dirampas kembali dari tangan Pakatan Pembangkang.

Kemenangan 1 Parlimen dan 2 DUN membuktikan rakyat Kuala Selangor mahu BN kembali memerintah untuk membela nasib mereka yang selama ini telah dipinggirkan oleh Pakatan Rakyat.

Datuk Irmohizam Ibrahim...

Mandat yang diberikan ini merupakah amanah besar yang perlu dilunaskan oleh pemimpin BN yang dipilih dalam memastikan Kuala Selangor terus membangun di dalam keadaan terkawal dari segi sosial dan kebajikannya.

Tetapi sejak berjaya merangkul kemenangan, Pemimpin BN Kuala Selangor dilihat acuh tidak acuh atau tidak peka dengan keadaan sekeliling dalam persekitaran PRU yang baru berakhir.

Apa yang penulis maksudkan adalah dari sudut gerakan untuk menambat hati rakyat terutamnya golongan muda menuju PRU 14.

Datuk Irmohizam Ibrahim...

Sebagai orang paling kanan dalam kepimpinan IM4U dan Belia kelihatan aura Datuk sangat lemah berbanding kepimpinan Pakatan Rakyat yang sedia ada.

Datuk antara orang muda yang tepilih untuk membawa perubahan dalam BN yang mesra orang muda, memberi satu rangkaian baru bagi orang muda untuk sampai kepada kerajaan secara terus.

Tetapi sampai hari ini dilihat Datuk lebih banyak dalam acara yang memang terkenal sejak dulu lagi kepada YB-YB iaitu menjadi perasmi majlis dari Sekolah Tadika sampailah ke Majlis Sunat di kampung-kampung.

Penulis bukan hendak mengulas kerja Datu kerana penulis langsung tidak layak dan penulis tidak tahu tugas dan diskripsi seorang Ahli Parlimen tetapi sebagai orang muda yang menyokong UMNO BN penulis merasakan perlu ada perubahan besar harus dilakukan Datuk dalam mendepani arus baru politik masa kini.

Bagaimana dan apa akan penulis kupaskan pada tulisan yang lain dan diharap Datuk membacalah blog yang tak seberapa ini ataupun suruhlah pegawai-pegawai hebat Datuk memantau kerana penulis akan memberikan beberapa cadangan dan komen dalam blog ini.

Ok Datuk,berbalik kepda cerita asal tadi..

Memang lambat lagi nak sampai PRU 14 tetapi Pakatan Pembangkang telah memulakan gerak langkah mereka dengan begitu drastik sekali, ini terbukti dengan beberapa program besar yang telah dirangka dan berjaya dilaksanakan bersama PBT daerah masing-masing termasuklah Daerah Kuala Selangor sendiri.

Penulis sendiri melihat beberapa aktiviti yang mereka laksanakan berjaya menarik minat pelbagai bentuk lapisan masyarakat dan maklumbalas yang diberikan oleh mereka amat menyokong aktiviti-aktiviti seperti itu diteruskan, ditambah dan dipelbagaikan lagi.

Jangan kata ini perkara kecil kerana perkara sekecil inilah yang menyebabkan BN hampir kalah dalam PRU 13 yang lalu.

Datuk dan Pemimpin BN lain jangan melenting bila ditegur kerana rakyat memulih Datuk dan pemimpin-peminpin itu untuk buat kerja berpadanan dengan imbuhan yang diterima dan bukannya menjadi bos besar berlagak di atas sana dengan kuasa dan kemudahan yang diterima.

Lihat ke bawah, dengar kata rakyat yang mengundi datuk dan bawa permasalahan, suara dan cadangan mereka untuk dibahaskan pada peringkat tertinggi.

Ada sambungan... arahkan pegawai Datuk pantau blog ini atau Datuk mungkin terlepas beberapa perkara menarik yang akan kita bincangkan...

No comments: