BUdak-Budak Askar Mengamuk Nak Pecahkan Kepala!!


Giler Budak-budak askar ni sampai nak pecahkan kepala!!

Takkan PM bagi peruntukan lebih pon korang nak pecahkan kepala!!

Pelbagai insentif yang diberikan kepada pegawai, anggota serta pesara tentera dalam Bajet 2013 adalah simbol pengiktirafan kerajaan terhadap jasa dan sumbangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, bajet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam juga membuktikan golongan tentera tidak pernah terlepas daripada perhatian kerajaan.

''Golongan tentera sentiasa mendapat perhatian dalam bajet. Cuma kali ini ia lebih bersifat menyeluruh. Bukan sahaja kepada pegawai dan anggota, tetapi juga kepada pesara tentera," katanya.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Potensi Tabika Kemas Peringkat Negeri Perak 2012 di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh di sini hari ini.

Najib ketika membentangkan Bajet 2013 semalam mengumumkan pemberian insentif sebanyak RM200 sebulan berkuat kuasa 1 Januari ini untuk seramai 125,708 pegawai dan anggota ATM melibatkan peruntukan sebanyak RM301 juta.

Bagi menghargai peranan pasukan simpanan ATM pula, kerajaan bersetuju menyelaras elaun khidmat bertugas daripada RM4 sejam bagi anggota biasa kepada RM6 sejam dan pegawai dinaikkan kepada RM7.80 sejam.

Perdana Menteri berkata, sebagai membalas jasa bekas tentera yang bersara awal kerana berkhidmat kurang daripada 21 tahun serta tidak berpencen, kerajaan bersetuju memberi sumbangan RM1,000 secara sekali bayar kepada mereka.

Ahmad Zahid berkata, keprihatinan kerajaan terhadap golongan tentera juga terserlah melalui pelaksanaan Skim Perlindungan Insurans Berkelompok untuk anggota tentera yang sedang berkhidmat dengan peruntukan mencecah RM12 juta.

''Begitu juga dengan penambahbaikan skim perkhidmatan ATM yang memberi kelegaan kepada golongan tentera. Terima kasih kepada Perdana Menteri kerana mendengar rintihan dan permasalahan golongan tentera," katanya.


1 comment:

Anonymous said...

Saudara dan saudari yang dikasihi ke dalam Dhamma

Kami ingin memaklumkan kepada semua penganut Buddha di Malaysia tentang Datuk YIP KUM FOOK yang merupakan presiden KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI, Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur. Orang Buddha perlu mengikut banyak peraturan sila, tetapi YIP KUM FOOK tidak ada sebarang peraturan sila dalam agama Buddha, ia sangat memalukan kepada orang ramai

Juga, dia memanggil polis untuk mengganggu Sami Buddha di kuil. Menambahkan dia menipu wang Rm20,000.00 Sami Myanmar (Ven. Nandiya) tidak pernah membayar balik, ramai orang tahu mengenainya.

Sebaliknya, Datuk YIP KUM FOOK ini tidak malu dan segan terhadap penganut Buddha atau Buddha, dia berpendapat, dia seorang yang sangat berjaya, juga dia kotor dalam politik MCA.
Terima kasih banyak-banyak dan tolong kongsikan dengan semua
Encik Fong, Kajang
Diterjemahkan oleh Dr. Chew