BN Menang Besar Dengan Majoriti 15,086 Undi Di Tanjung Piai
Barisan Nasional berjaya merampas kembali kerusi Parlimen Tanjung Piai daripada Pakatan Harapan dengan majoriti besar 15,086 undi.
Pegawai Pengurus Suruhan Pilihan Raya (SPR), Zulkifly Mohd Tahir mengumumkan Wee Jeck Seng mendapat 25,466 undi, menewaskan pencabar terdekat daripada PH, Karmaine Sardini yang memperoleh 10,380 undi.
Calon Gerakan, Wendy Subramaniam sekadar meraih 1,707 undi, Badhrulhisham Abdul Aziz yang mewakili Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) mendapat 850 undi dan dua calon bebas, Ang Chuan Lock serta Faridah Aryani Abd Ghaffar masing-masing memperoleh 380 undi dan 32 undi.
Zulkifly berkata, 595 undi ditolak dan peratusan keluar mengundi selepas semua 27 pusat mengundi ditutup 5.30 petang tadi ialah 74.5%.
Anggota Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh mempertikaikan penafian terburu-buru Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador yang menolak dakwaan ancaman dan penyeksaan yang ditimbulkan beberapa tertuduh di bawah Sosma dalam kes Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) Jumaat lepas.
Ramkarpal meminta penjelasan dari Bukit Aman sekiranya polis telah mengambil masa untuk menyoal dua pengadu terlebih dahulu sebelum mengeluarkan penafian tersebut.
Beliau berkata jika ia tidak dilakukan maka penafian itu "tidak bijak dan pramatang" di pihak ketua polis negara.
Mengapa Kerajaan PH begitu komited dan dan berkeras mahu menyelamatkan pengganas LTTE.
Jika tidak tahu, inilah Rumah Degil yang berada di Chow Kit di tengah-tengah pusat tumpuan ibu kota Kuala Lumpur.
Nenek Norma adalah tuan Rumah Degil ini.
Banyak versi cerita berkenaan rumah ini yang tuan rumahnya “degil” tidak mahu menjual rumahnya kepada pihak pemaju di kawasan tersebut sehinggakan naik bangunan-bangunan tinggi disekelilingnya dan hanya rumah dia sahaja yang masih kayu dan utuh.
Pelbagai usaha dilakukan untuk memujuk Nenek Norma menjual rumah itu bertahun-tahun lamanya sehingga beliau meninggal dunia.
Pada tahun 2013 akhirnya rumah ini terpaksa juga dilepaskan.
Tapi ramai orang yang mungkin tidak tahu, struktur asli rumah itu telah dipindahkan ke Balai Seni Negara terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur kini untuk menjadi tatapan umum sejarah tentang Rumah Degil ini.
Untuk pengetahuan kalian, walaupun tanah itu telah dijual kepada pemaju, namun Datuk Seri Nazri Aziz yang ketika itu memegang jawatan Menteri Pelancongan telah mengambil inisiatif untuk membeli rangka rumah tersebut dan diletakkan di Balai Seni Negara di Jalan Tun Razak.
Ye, DS Nazri Aziz yang ramai orang tak suka tu.
Korang rasa untuk apa?
Aku rasa dulu lagi dia dah boleh nampak, apa yang akan terjadi di Kampung Baru. Sebab itu dia sanggup halang kontraktor dari musnahkan rumah tu dan letakkan rumah tu seketul di sana.
Untuk apa?
Untuk dijadikan iktibar kepada kita semua.
Semoga Rumah Melayu No. 41 Jalan Chow Kit yang lebih dikenali sebagai Rumah Degil ini memberi inspirasi kepada pewaris Kampung Baru untuk mempertahankan tanah pusaka mereka sama seperti Nenek Norma yang bertahan selama 70 tahun itu.
Ada juga jasa Chief ni Suzana Akmam Selamat
FB:Aina Adrianna Abd Ghaffar
#senyum
Dipetik dari Fb : Rashirul - https://www.facebook.com/100001681818486/posts/2576573599075342/
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak Ngeh Koo Ham membuat laporan polis malam tadi berhubung maklumat yang diterimanya berkenaan dakwaan rogol Adun Tronoh Paul Yong Choo Kong.
Menurut laporan polis yang dilihat Malaysiakini, Ngeh berada di Ipoh sekitar jam 6 petang tadi apabila mendapat maklumat mengenai seorang individu yang dikatakan telah menemani pembantu rumah warga Indonesia itu ketika dia membuat laporan polis.
"(Saya) telah terima maklumat bahawa orang yang membawa pembantu rumah Indonesia YB Yong Choo Kiong (seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak) untuk membuat laporan polis telah menerima wang sebanyak RM100,000.
"Beliau telah diugut dengan sepucuk pistol, untuk tidak membongkarkan rahsia ini.
Saya mempercayai ada muslihat di belakang dakwaan bahawa YB Yong Choo Kiong telah merogol pembantu rumahnya.
"Saya berharap pihak polis dapat menyiasat dengan lebih lanjut dakwaan yang dibuat oleh pembantu rumah tersebut," kata penasihat DAP Perak itu.
Ngeh yang juga MP Beruas menyebut di dalam laporan yang dibuat di Balai Polis Pasir Puteh, Ipoh bahawa beliau percaya maklumat itu relevan dengan kes melibatkan exco Perak itu.
Yong dijangka akan didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh esok di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu menasihatkan exco kerajaan negeri Paul Yong bercuti daripada tugas rasminya kerana bakal berdepan tuduhan merogol amah.
Beliau berkata kerajaan negeri mengambil maklum keputusan peguam negara untuk mendakwa Yong.
Yong, yang juga bendahari DAP Perak telah menafikan tuduhan itu dan kini dibebaskan di bawah ikat jamin polis.
Pada sidang media singkat selepas membuat laporan polis, Ngeh memberitahu wartawan tujuan laporan polis untuk membantu penyiasatan.
"Saya fikir polis tidak mempunyai maklumat ini ketika mereka (menyelesaikan) siasatan," katanya.
Exco Perak Paul Yong hari ini didakwa atas tuduhan merogol seorang warga Indonesia yang menjadi pembantu rumahnya.
Yong yang merupakan adun Tronoh dari DAP mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.
"Saya faham (pertuduhan yang dibacakan) tetapi saya tidak pernah melakukannya," kata Yong, setelah juru bahasa membacakan kertas pendakwaan.
Dia diwakili peguam Leong Cheok Keng yang juga adun Malim Nawar. Anggota Parlimen Jelutong RSN Rayer dan Anggota Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh juga sebahagian daripada pasukan pembelaan.
Yong didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh. Terdahulu, sejumlah sembilan anggota DAP Tronoh berkumpul di Kompleks Mahkamah Ipoh untuk memberi sokongan kepadanya.
Turut hadir ialah Speaker DUN Perak Ngeh Koo Ham, Exco kerajaan negeri dan Ketua Pemuda DAP Howard Lee, Anggota Parlimen Taiping Teh Kok Lim, dan empat adun DAP Perak iaitu Teoh Yee Chern (Astaka), Chong Zhemin (Keranji), A Sivasubramaniam (Buntong) dan Leow Thye Yih (Pokok Asam).
Berdepan dengan kesukaran menunaikan janji dalam manifesto PH, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata orang ramai pelu memahami kesulitan dihadapi kerajaan menunaikan janjinya menghapuskan tol di lebuh raya.
Bercakap kepada media di Putrajaya hari ini, Mahathir berkata, satu-satunya cara untuk kerajaan menghapuskan tol ialah dengan membeli lebuh raya daripada pemegang konsesinya.
Langkah itu kata perdana menteri menelan belanja yang sangat besar.
"Masalah membeli (lebuh raya) ialah, kita tak membenarkan syarikat terbabit mengutip caj tol. (Dalam keadaan begitu) macam mana mereka boleh mendapatkan semula dana yang digunakan untuk membeli lebuh raya tersebut. Inilah masalahnya.
"Semua lebuh raya perlu diselenggara, diperlebar, ditambah lorong - semua itu memerlukan wang," katanya.
Sebelum ini kata Mahathir kos operasi itu ditampung melalui kutipan tol.
Keadaan menjadi sukar, katanya, apabila PH berjanji - sebelum PRU ke-14 lalu - bahawa kerajaan tidak akan mengutip tol selepas menjadi kerajaan.
"Kalau kita berjaya membeli (lebuh raya), kita perlu membelanjakan banyak wang untuk menyelenggara jalan-jalan itu.
"Orang ramai perlu memahami masalah yang kerajaan hadapi," katanya.
Sementara itu Mahathir berkata cadangan Maju Holdings Sdn Bhd untuk mengambil alih syarkat Plus Malaysia Bhd masih dikaji dan jika ia diluluskan pun, kutipan tol akan tetap dilakukan.
"Sudah tentu mereka (masih) perlu mengenakan tol. Kalau tak ada caj tol, mereka takkan beli.
"Antara cadangan mereka ialah mengurangkan kadar tol. Mereka juga mahu melakukan pelbagai perkara (seperti) membaik pulih jalan.
"Jadi kerajaan masih mempertimbangkannya," kata Mahathir.
AIRMATA COMMANDER: PEMBUBARAN STAFOC, STAGG DAN STING SIAPA YANG UNTUNG?
Pasukan yang dibubarkan terdiri daripada Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gangesterisme (Stagg), Pasukan Khas Taktikal Narkotik (Sting) dan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) menunjukkan satu lonjakan baru dalam pentadbiran kerajaan PH komunis .
Pasukan-pasukan khas yang digeruni oleh penjenayah yang mengaut keuntungan ratusan juta hingga bilion ringgit ini akhirnya menemui ajal apabila pemerintah baru menguasai kerajaan.
Saya berani katakan bahawa pasukan-pasukan (cawangan) yang ada di IPK atau IPD tidak akan mempu melawan kuasa wang yang ada pada ketua-ketua penjenayah (peniaga) ini. Kuasa wang mereka mengatasi segala kuasa yang ada pada setiap cawangan yang ditugaskan. Ini berlaku di setiap tempat dan ia bukan satu tuduhan tetapi kejadian yang pasti dan kerana itulah pasukan-pasukan khas STAFOC, STAGG DAN STING diwujudkan.
Akhirnya siapa yang mendapat untung dalam pembubaran ini?. Sudah pastinya ia berpihak kepada penjenayah dan ia akan menghasilkan lebih banyak wang untuk memberi habuan kepada komunis-komunis yang sekarang ini yang duduk di kerusi pemerintah kerajaan hari ini.
Saya tidak mahu memberi ulasan lebih kerana nama PDRM sudah tidak bermaruah lagi kerana terpaksa menuruti kehendak pemerintah ini. Ia agak kasar tetapi itulah hakikatnya, terpaksa menurut kehendak pemerintah.
Saya hanya mampu bertanya, sampai bila dan sampai manakah PDRM mahu memberi tabik kepada komunis yang memerintah kerajaan hari ini yang dahulunya keturunan mereka inilah yang mem bunuh orang-orang kita, membunuh polis, merogol dan membakar kampung tetapi kerana wang kita terpaksa tabik hormat kepada mereka.
Jenayah akan semakin meningkat apabila bisnes-bisnes penjenayah ini tidak dikawal.
Akibat penyakit hati syaitan diangkat menjadi malaikat, akibat sakit jiwa Mahathir diangkat pula menjadi raja oleh pengikut-pengikutnya.
Bila sampai satu masa hati, jiwa dan akal mereka sakit maka akan diangkat pula oleh mereka Mahathir menjadi tuhan dan disembah.
Dalam sejarah Firaun yang angkuh dan sombong mati ditelan laut Merah tetapi di negara kita mahaFiraun diangkat menjadi raja oleh pengikutnya. Dalam sejarah juga menyebut Mustafa Kamal Atatürk mati dengan penuh siksa tidak diterima bumi tetapi di negara kita Mahathir tidak akan mati.
Kalau dulu pengikut Ayah Pin minum air kaki, kini ada yang bangga minum air lebihan Mahathir dan tidak mustahil ia akan lebih dari meminum air kaki satu hari nanti.
"Jadi kita mesti mulakan dari satu titik sebab kita tidak boleh selama-lamanya dikawal oleh kebimbangan yang tidak menentu," kata Husam
saya lihat kegilaan Husam mahu ganja dihalalkan ini adalah sebab ianya mendatangkan pendapatan yang lumayan. Pendapatan yang akan mendatangkan bencana kepada negara.
Mungkin Husam mahu lebih cepat kaya dengan menjual ganja agaknya.
dipetik dari Malaysiakini.
Husam: Ganja disalah erti gara-gara fitnah silam
WAWANCARA | Senator Husam Musa menjelaskan terdapat tiga faktor utama yang menjadi punca penggunaan ganja bagi tujuan perubatan mendapat cacian dan cemuhan.
Hal itu, katanya, disebabkan tumbuhan berkenaan difitnahkan bermudarat sejak bertahun-tahun lamanya.
"Jadi terdapat tiga faktor mengapa ia jadi begitu.
"Pertama faktor kejahilan, diikuti kebimbangan yang tidak menentu ataupun prasangka, dan yang ketiga, kesangsian yang berpanjangan.
"Jadi kita mesti mulakan dari satu titik sebab kita tidak boleh selama-lamanya dikawal oleh kebimbangan yang tidak menentu," katanya kepada Malaysiakini dalam wawancara pada Khamis lalu di Sri Damansara, Petaling Jaya.
Terdahulu, bekas exco kanan Kelantan itu ditanya sekiranya pengambilan ganja untuk perubatan akan menggalakkan lagi masalah penyalahgunaan dadah.
Menurut Husam, sejarahnya bermula apabila British menggubal Akta Dadah Berbahaya pada 1952 dan memasukkan tumbuhan ganja (kanabis) tanpa membezakan spesis hem dan marijuana.
Boleh jana pendapatan
"Bahan ini sangat berguna untuk kecergasan minda, inspirasi dan intelektual serta kesihatan badan tetapi oleh kerana ia difitnah melalui pengharaman oleh British pada 1952 dan dikaitkan dengan penagihan semata-mata, aspek baik dalam kanabis dilupakan.
"Jadi kanabis dah disangka buruk sehingga yang nampak adalah ketagihan manakala aspek positif tidak di ketengahkan.
"Jadi sekarang kita kena berlaku adil menggunakan semula kanabis dan juga herba yang lain secara wajar," katanya.
Husam menjangkakan penanaman hem untuk industri dan ganja perubatan - jika dibenarkan kerajaan - dapat menjana pendapatan rakyat dan membawa pulangan hasil kepada negara.
Katanya jumlah pulangan itu juga dianggarkan sangat besar.
Pada masa sama katanya jika semua pihak sekadar mengutamakan kebimbangan dan mengabaikan langkah mencari formula yang sepatutnya, negara akan ketinggalan dari dua segi.
"Pertama, hasil kepada negara termasuk petani-petani dan manfaat kesihatan," katanya lagi.
Menjelaskan lanjut, Husam memberi contoh cadangan syarikat multinasional Coca Cola untuk mengeluarkan minuman kesihatan berasaskan kanabis yang tinggi CBD tetapi rendah THC.
"Bayangkan Coca Cola mengeluarkan minuman berasaskan kanabis yang tidak menyebabkan ketagihan tapi memberi rasa senang kepada jiwa dan beri kesan kepada kesihatan yang baik.
"Bayangkan berapa jumlah pasaran yang mereka dapat, dan kita hanya terkebil-kebil sebab kita dikawal oleh kejahilan dan lebih mengutamakan kebimbangan tanpa cuba menghapuskan kesangsian kita," ujarnya.
Melekat dalam fikiran
Husam juga berkata orang ramai terutamanya pengidap penyakit kronik seperti barah dan sawan boleh mendapat manfaat jika pasaran ganja untuk perubatan dibuka dengan kawal selia seperti produk kesihatan lain.
"Sekarang ini satu cara untuk memupuk (kefahaman ganja perubatan) adalah tentang ubat dan drugs (dadah) atau rawatan untuk penyakit kronik seperti barah dan sawan," jelasnya.
Husam juga diminta mengulas mengenai kawal selia peraturan di antara industri alkohol berbanding ganja untuk tujuan perubatan.
"Itu sebabnya dalam Islam, alkohol Allah haramkan kerana ia sudah ada kemudaratan lebih banyak berbanding manfaat. Asasnya kerana mudarat alkohol.
"Tapi dari kes ganja untuk perubatan, ia sangat berbeza, sebab kita boleh asingkan yang baik dan yang buruk.
"Pati CBD dapat diambil daripada pokok hem (yang rendah THC).
"Kita ambil manfaat ganja perubatan dan kita buang mudaratnya. Jadi lebih lagi keadaannya dari alkohol," ujarnya.
Husam berkata fitnah British pada 1952 masih melekat pada pemikiran orang ramai sedangkan terdapat manfaat perubatan yang dapat dipertimbangkan.
"Tak faham kerana difitnahkan British pada 1952, rakyat diberitahu bahawa ganja berbahaya, sedangkan ada lagi kegunaan lain yang boleh beri manfaat. Saya rasa ini semua adalah mindset," jelasnya.
Mufti Pulau Pinang Dr Wan Salim Mohd Noor pada awal Februari lalu dilaporkan berkata penggunaan tumbuhan semula jadi seperti ganja dalam perubatan adalah harus jika tidak mengancam keselamatan.
Wan Salim bagaimanapun berkata kajian terperinci perlu dilakukan oleh pakar bagi membuktikan keberkesanannya, selain kaedah itu diambil hanya selepas tiada pilihan lain yang lebih baik.
“Jika kanabis dilihat memudaratkan penggunaannya, jatuh haram. Penggunaannya juga dilarang bagi tujuan keseronokan atau khayal.
“Kebenaran penggunaan mengikut kuantiti ditetapkan perlu diperjelaskan selain kawalan ketat," katanya.
Wan Salim
Sementara itu, ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan, pula berkata penggunaan produk berasaskan ganja yang diimport perlu diberi peluangdan diterima secara terbuka bagi tujuan perubatan.
Pada 10 Feb lalu, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Zulkifli Abdullah, dilaporkan media sebagai berkata, pokok ganja boleh diusahakan bagi tujuan perubatan dan kajian, namun perlu memperoleh kebenaran menteri kesihatan.
Zulkifli yang juga bekas ketua polis Kelantan, Perak dan Kuala Lumpur berkata terdapat peruntukan undang-undang yang membenarkan penanaman pokok ganja dengan syarat atau kebenaran khusus.
“Jadi saya rasa, sayanglah kalau benda ini betul (ganja perubatan) dan boleh dilakukan dalam negara. Kalau kita tengok Akta Dadah Berbahaya, pokok ganja ini boleh diusahakan untuk tujuan perubatan,” kata beliau lagi.
Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye pula pada 11 Februari lalu berkata produk berasaskan ganja bagi tujuan perubatan boleh diimport tetapi perlu mematuhi tiga syarat yang dikenakan kerajaan dan syarikat yang berbuat demikian perlu mendaftarkannya di Kementerian Kesihatan.
"Selamat digunakan, terbukti berkesan dan maklumat kegunaan yang jelas.
“Walaupun ganja diklasifikasikan sebagai dadah berbahaya tetapi ada dadah berbahaya seperti morfin yang digunakan sebagai ubat, namun digunakan dengan formulasi dan kuantiti tertentu.
“Jadi, sekiranya hendak import ubat perlu berdaftar di bahagian farmasi Kementerian Kesihatan. Kalau sudah berdaftar dan melepasi syarat dikenakan maka ia boleh digunakan mengikut syarat-syarat ditetapkan,” katanya.
Patah tujuh tulang rusuk kiri Muhammad Adib Mohd Kassim berkemungkinan besar tidak disedari sepanjang anggota bomba itu menerima rawatan, tiada laporan berkenaan kecederaan tersebut dan hanya disedari selepas bedah siasat, tiada sesiapa yang memeriksa bahagian belakang badan mangsa dan macam-macam lagi keterangan yang keluar dari segala macam pakar dan ssaksi untuk membuktikan Adib bukan dibun**uh.
Kerajaan boleh putarbelitkan apapun fakta, boleh juga terus istiharkan Adib mati bun**uh diri agar kes Adib boleh ditutup.
Tetapi ingat, panjang mana pun masa yang diambil untuk menyembunyikan fakta hingga saat Adib dibunuh kita rakyat mahu tahu apakah tindakan kepada pihak yang mengupah gangster yang menyerang kuil.
Gangster yang terlibat wajib dihukum, bun**uh terus kalau perlu. Tapi kita mahu kerajaan dedahkan siapa yang bertanggungjawab dan tindakan ke atas mereka.
Kes perkauman ini dimulakan oleh pemaju dan kuncu-kuncu mereka. Bawa mereka ke muka keadilan ata sebab mencetuskan huru-hara perkauman hingga menyebabkan kematian anggota penyelamat.
Pembunuh Adib akan terlepas. Kita tidak boleh buat apa kerana itu kemahuan kerajaan untuk menyembunyikan dalang insiden perkauman ini. Alfatihah buatAdib Kamaruddin
Saya melihat kenyataan ini sebagai amaran daripada Komunis DAP bahawa akan berlaku pertumpahan darah akibat penyatuan PAS-UMNO dalam senario politik terkini negara.
Tidak ada kaitan langsung peristiwa membunuh orang Islam di dalam masjid tersebut dengan kerjasama dua parti politik orang Islam Melayu terbesar dalam negara ini tetapi Komunis DAP sengaja mengaitkannya sebagai amaran bahawa mungkin akan ada kejadian sepeti itu di Malaysia.
Kejadian 13 Mei 1969 adalah atas sebab provokasi bangsa komunis ini yang membakar semangat orang Melayu dan kali ini ia berulang dimana mereka memang minta kejadian trragedi berdarah itu berlaku lagi kerana tampuk pemerintahan negara telah menjadi milik mereka. Dengan itu adalah mudah untuk mereka memperkukuhkan kedudukan dengan bantuan orang asing yang menjadi proksi kepada Yahudi Israel.
Impian mereka ini bukan main-main. Merka dengan berani menghina dan membuat kenyataan seperti ini cuma kita orang Islam Melayu sahaja yang tidak faham dan dengan mudah diperbodohkan degan janji imbuhan dan pelbagai seperti "Si Buang" dalam filem Sarjan Hassan arahan Tan Sri P. Ramlee yang memperlihatkan begitu bodoh Melayu yang sanggup menjadi pengkhinat Melayu untuk kesenangan diri.
Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) perlu melihat dan meneliti kenyataan-kenyataan ahli politik PH ini kerana ianya adalah berniat jahat dan mengancam keselamatan negara. Itupun kalau pihak PDRM masih ada integriti dan sayangkan Agama, Bangsa dan Tanahair.
Saya tahu mungkin satus ini akan dipadam oleh SKMM lalu saya telah membuat salinan agar ianya akan diposting dan disebarkan melalui medium lain agar kita dapat memberitahu rakyat bahawa negara kita ini sedang dalam "mood perang" yag diminta sangat-sangat oleh komunis DAP ini.
Kita sentiasa mengelakkan kekacauan dan suasana tidak harmoni tetapi kerap kali itujugalah Komunis DAP mengancam dengan kenyataan-kenyataan berbaur perkauman dan memprovokasi perbalahan antara agama agar mereka mendapat kesempatan untuk mengaut keuntungan di atasnya.
Hati-hati membuat kenyataan kerana kita sekarang ini sedang berjalan di atas dahan yang rapuh. Silap sedikit langkah padahnya nanti tidak tertanggung.
Selaku rakyat Malaysia, yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, kaum, agama dan pendidikan, kami ingin menggesa agar Peguam Negara, Tommy Thomas dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengambil tanggungjawab utama dalam menyelesaikan kes pembunuhan Hero Rakyat, Muhammad Adib Mohd Kassim.
Kami percaya bahawa Muhammad Adib, seorang anggota bomba perlu diberikan pembelaan dan keadilan terhadap kejadian yang berlaku sehingga meragut nyawanya semasa beliau dan anggota bomba lain ditugaskan memadamkan kebakaran dalam insidien rusuhan di Kuil Maha Mariamman, USJ 25, Seafield, Subang Jaya pada 27 November 2018.
Malah kami ingin menggesa hukuman berat dikenakan terhadap pihak terlibat termasuk pengurusan kuil yang dilihat cuba menyembunyikan kejadian sebenar dengan membuat kenyataan palsu berhubung kematian Muhammad Adib.
Sebagai rakyat yang percaya kepada keadilan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia, kami meminta kerajaan mempercepatkan siasatan dan menjalankan segera inkuiri terhadap saksi kejadian agar pembelaan terhadap nasib menimpa allahyarham Muhammad Adib dapat dilaksanakan secepat mungkin.
Kami tidak mahu kematian Muhammad Adib dipandang sepi tanpa sebarang tindakan kerana beliau merupakan anggota beruniform yang meninggal semasa sedang bertugas.
Seandainya petisyen ini gagal ditanggani segera oleh kerajaan, kami menggesa agar Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Peguam Negara, Tommy Thomas segera meletakkan jawatan sebagai mengambil tanggungjawab kerana gagal mengendalikan kes ini dengan baik.
Petisyen ini digerakkan oleh Pertubuhan Ikatan Muafakat Serumpun Malaysia (SERUMPUN).