AIRMATA COMMANDER: PEMBUBARAN STAFOC, STAGG DAN STING SIAPA YANG UNTUNG?









AIRMATA COMMANDER: PEMBUBARAN STAFOC, STAGG DAN STING SIAPA YANG UNTUNG?

Pasukan yang dibubarkan terdiri daripada Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gangesterisme (Stagg), Pasukan Khas Taktikal Narkotik (Sting) dan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) menunjukkan satu lonjakan baru dalam pentadbiran kerajaan PH komunis .

Pasukan-pasukan khas yang digeruni oleh penjenayah yang mengaut keuntungan ratusan juta hingga bilion ringgit ini akhirnya menemui ajal apabila pemerintah baru menguasai kerajaan.


Saya berani katakan bahawa pasukan-pasukan (cawangan) yang ada di IPK atau IPD tidak akan mempu melawan kuasa wang yang ada pada ketua-ketua penjenayah (peniaga) ini. Kuasa wang mereka mengatasi segala kuasa yang ada pada setiap cawangan yang ditugaskan. Ini berlaku di setiap tempat dan ia bukan satu tuduhan tetapi kejadian yang pasti dan kerana itulah pasukan-pasukan khas STAFOC, STAGG DAN STING diwujudkan.

Akhirnya siapa yang mendapat untung dalam pembubaran ini?. Sudah pastinya ia berpihak kepada penjenayah dan ia akan menghasilkan lebih banyak wang untuk memberi habuan kepada komunis-komunis yang sekarang ini yang duduk di kerusi pemerintah kerajaan hari ini.

Saya tidak mahu memberi ulasan lebih kerana nama PDRM sudah tidak bermaruah lagi kerana terpaksa menuruti kehendak pemerintah ini. Ia agak kasar tetapi itulah hakikatnya, terpaksa menurut kehendak pemerintah.

Saya hanya mampu bertanya, sampai bila dan sampai manakah PDRM mahu memberi tabik kepada komunis yang memerintah kerajaan hari ini yang dahulunya keturunan mereka inilah yang mem bunuh orang-orang kita, membunuh polis, merogol dan membakar kampung tetapi kerana wang kita terpaksa tabik hormat kepada mereka.

Jenayah akan semakin meningkat apabila bisnes-bisnes penjenayah ini tidak dikawal.

1 comment:

Anonymous said...

Jika kuasa wang menyebabkan IPK dan IPD gagal menangani penjenayah....haaah itu mungkin jawaban kepada isu moral dan kod etika kerja PDRM yang menjengkelkan...full stop.

Mana2 institusi atau jabatan kerajaan yang korup itu yang perlu dibersihkan, dengan usaha jihad ketua jabatan melawan kuasa jahat dalaman jabatan perlu sokongan kuasa politik kerajaan memerintah.

Atau mungkin kerajaan PH ada formula utk membenteras 'jenayah' rasuah terancang yang sekian lama membelenggu institusi kerajaan dibawah BN.