DR. MAHATHIR, KERAJAAN KELANTAN, DAN BANJIR BESAR


Ramai yang mungkin terlepas dari melihat kemampuan dan pengalaman Tun M dan DS Najib Razak.
Kedua-dua daripada mereka mempunyai pengalaman mengemudi pilihan raya yang kritikal.
Tun M pernah kehilangan Sabah, Kelantan dan Terengganu dan berpengalaman merampas kembali Sabah bersama DS Anwar Ibrahim melalui pembentukan UMNO. (Terengganu dirampas semula oleh Pak Lah)
Kekalahan beliau di Kelantan menjadi warisan turun-temurun sehinggalah pada hari ini. Dendam Tun M kepada negeri Kelantan tidak pernah luput.
DS Najib Razak pula mewarisi 4 negeri yang kalah dan kemudiannya berjaya menawan kembali negeri Kedah.
Di sini kemahiran kedua-dua pemimpin tampak seperti sama, namun yang amat memahami bagaimana untuk menawan negeri daripada pembangkang di zaman media sosial adalah DS Najib Razak.
Tun Mahathir tidak mempunyai pengalaman berpolitik era media sosial.
Untuk PRU-14, sasaran pembangkang adalah untuk menawan negeri Johor Daruk Takzim. Dan kerana itulah negeri Johor menjadi tumpuan kepada gerakan pembangkang.
Satu kertas kajian telah dibentangkan setelah tamat PRU-13 dengan menyatakan Johor sebagai sasaran seterusnya oleh DAP.
Dengan Lim Kit Siang yang telah berjaya membina pangkalan baru di Gelang Patah, sebahagian besar parlimen pantai barat Johor dikuasai oleh pembangkang (DAP fokus parlimen di sepanjang lebuhraya PLUS), Zaid Ibrahim yang menawarkan diri untuk bertanding di Johor dan fokus Tun Mahathir sendiri yang banyak bermain dengan sentimen negeri tersebut, negeri Johor bakal menjadi medan pertempuran yang baharu.
Perlu diingatkan juga bahawa Presiden parti Tun M pun daripada negeri Johor.
Negeri Johor merupakan 'jewel in the crown' bagi UMNO dan Barisan Nasional dan sekiranya Johor jatuh ke pembangkang, maka ia merupakan satu tamparan yang hebat bagi UMNO dan anjakan moral yang tinggi bagi pembangkang.
PRU-14 masih milik Barisan Nasional, tetapi PRU-15 bakal menjadi pertempuran hidup-mati bagi semua parti politik di dalam negara kita.
Penulisan sahabat saya, saudara Isham Jalil menyingkap kembali sejarah Tun Mahathir di Kelantan dan memberikan ruang untuk kita mengkaji dengan lebih mendalam.

dari facebook @Raziz Rashid
----------------------------------------------
DR. MAHATHIR, KERAJAAN KELANTAN, DAN BANJIR BESAR
(Artikel terbitan Sinar Harian dan The New Straits Times, 16 & 17 Jan 2017)
"Pada tahun 1990, PAS telah mengambil alih kerajaan negeri Kelantan daripada Barisan Nasional. Tiga tahun sebelumnya, Dr. Mahathir, Perdana Menteri pada ketika itu, telah menewaskan Tengku Razaleigh Hamzah dalam pertandingan sengit dan pahit untuk jawatan Presiden UMNO. Tengku Razaleigh, yang masih segar dengan luka pertarungan, berjaya membalas dendam pada pilihan raya umum tahun 1990 apabila beliau dan parti yang baru ditubuhkannya iaitu Semangat ‘46 membantu PAS untuk mengalahkan Barisan Nasional seterusnya mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri. Dr. Mahathir telah kehilangan Kelantan kepada PAS dan Tengku Razaleigh, dan beliau berasa terkejut dan marah."
"Berikutan daripada itu, sepanjang tahun-tahun 1990-an di bawah pentadbiran Dr. Mahathir, peruntukan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan untuk negeri Kelantan telah dipotong dengan ketara. Antara tahun 1991 dan 1995 di bawah Rancangan Malaysia Keenam, hanya kurang daripada satu peratus daripada RM116 bilion perbelanjaan pembangunan Persekutuan telah diperuntukkan kepada negeri Kelantan, iaitu peruntukan paling rendah berbanding dengan negeri-negeri lain. Amalan ini berterusan sehingga tahun 2003."
"Justeru, terdapat hanya sedikit aktiviti pembangunan di Kelantan pada tahun 1990-an. Lebuh raya, jalan raya dan empangan yang telah dirancang dan sepatutnya dibina telah dibatalkan. Akibatnya, pertumbuhan ekonomi negeri Kelantan telah terbantut, dan peluang-peluang pekerjaan adalah terhad. Kesannya, telah berlaku penghijrahan beramai-ramai penduduk tempatan keluar dari negeri Kelantan dalam tempoh ini. Beratus-ratus ribu rakyat Kelantan terpaksa berhijrah keluar untuk mencari pekerjaan. Kini, dianggarkan bahawa setiap satu daripada tiga orang daripada 1.5 juta rakyat Kelantan tinggal dan bekerja di luar negeri tersebut. Jika Dr. Mahathir telah bertujuan untuk menghukum PAS dan Tengku Razaleigh, rakyat Kelantanlah sebenarnya yang telah menjadi mangsa."
"Kekurangan pertumbuhan ekonomi berikutan bantuan kewangan yang terhad daripada Kerajaan Persekutuan pada tahun 90-an telah menyebabkan kerajaan negeri Kelantan dan para pemimpinnya berusaha mencari jalan untuk menyelamatkan keadaan. Dan mereka telah menggunakan cara yang paling mudah dan paling cepat untuk menjana pendapatan dan mengurangkan beban kewangan kerajaan negeri, iaitu dengan pembalakan."
Untuk artikel penuh, sila lawati:
Bahagian 1- Dr. Mahathir dan Kerajaan Kelantan:
http://www.sinarharian.com.my/…/banjir-berlaku-kerana-manus…
Bahagian 2- Pembersihan hutan penyebab banjir besar, dan apa yang perlu dilakukan:
http://www.sinarharian.com.my/…/ini-masa-manusia-tebus-sila…
(English version: The Kelantan Floodgate
Part 1: http://www.nst.com.my/news/2017/…/204542/kelantan-floodgate…

No comments: