Ads Top

KRT Jalan Manggis Serah 1 Tan Beras Kepada Food Flotilla.


Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Jalan Manggis, Teluk Intan, menyerahkan sumbangan kepada Misi Food Flotilla For Myanmar di pusat pengumpulan flotila di Masjid Nurul Amin, Kg Delek Klang.

Sumbangan sejumlah satu tan beras itu diterima oleh Bendahari Kehormat Kelab Putra 1Malaysia (KP1M), Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim mewakili ketua misi flotilla.

Terdahulu KRT Jalan Manggis, Teluk Intan telah menyerahkan sumbangan wang tunai berjumlah RM13,023.14 untuk Tabung Kemanusiaan Rohingya Media Prima di Hutan Melintang yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid kepada wakil Media Prima Berhad yang juga wartawan TV3, Siti Khadijah Jaafar.

Abdul Mutalif berkata, Inilah pendekatan yang menampakkan rakyat Malaysia bersatu apabila berlaku sesuatu musibah di dalam negara atau dimana-mana negara tanpa mengira latarbelakang, faham politik dan kaum.

Kata beliau lagi, NGO bersama mereka berkumpul dan tampil ke hadapan bekerjasama mengumpul sumbangan untuk membantu food flotilla yang dijangka berlepas pada 3 Februari.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada UMNO Bahagian Kapar bersama Kariah Masjid dibantu oleh ADUN Selat Kelang, Dr Halimah Ali yang bersatu bersama penduduk bagi memastikan misi ini berjaya.

No comments:

Powered by Blogger.