Semakin diSerang Semakin Bertambah Kedai Judi, Polis dan PBT Tak Ada Telor!


Sudah bosan kita mendengar tentang judi haram ini apabila setiap hari bilangannya makin bertambah walaupun pihak berkuasa samada Polis atau PBT menatakan mereka telah mengambil tindakan terhadap aktiviti jenayah ini.

Dalam video dibawah ini Sektretariat Gerakan Banteras Aktiviti Haram (GBAH) sekali lagi mengulas tentang kewujudan premis-premis judi haram ini yang beroperasi ia tidak haram atau salah.

Tauke-tauke judi ini berjaya membuatkan pihak polis dan PBT menganggap judi ini adalah perkara biasa malah ianya dilihat sebagai halal.



Asrul Samad Anggap Anggota Tentera Sampah Rebut Pingat! Rejimen PARA dan Komando Pondan!


Sepanjang hidup saya antara yang saya agungkan adalah askar-askar, polis dan pasukan keselamatan lain yang menjadi benteng pertahanan negara.

Sejak zaman sebelum merdeka mereka-mereka ini telah meletakkan nyawa mereka sebagai taruhan bagi memeastikan masa itu, masa depan dan yang seterusnya aman damai agar anak cucu mereka nanti boleh hidup dengan suasana yang lebih baik.

Zaman komunis adalah antara cabaran bagi mereka-mereka ini. Ramai diantara mereka yang bertemu maut, badan ditembusi peluru dan berbagai kecederaan serta trauma akibat peperangan namun gaji yang mereka terima ketika itu ntahkan berapa. 

Berbaloikah nyawa melayang, kaki putus, isteri menjadi janda, anak menjadi yatim dan masa depan keluarga gelap kerna kegilaan si ayah nak mempertahankan negara kononnya?

Berbaloikah si siteri meredhokan pemergian suami meniggalkan beban?. Ntahkan kerajaan menolong atau tidak masa itu..

Hingga hari ini nama-nama mereka yang pergi dan cedera disanjaung, dipuji menjadi bekal pembakar semangat kepada anggota-anggota yang masih bertugas mahupun yang baru memohon untuk berkhidmat kepada negara yang tercinta ini.

Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah kerana Engkau memberikan kekuatan kepada mereka-mereka itu dan kau bukakan hati mereka untuk mengikiut jejak langkah generasi yang lalu. 


Begitu mulia tugas yang mereka pikul itu kini dihina dengan permainan politik bodoh upahan komunis generasi baru yang berbangsa melayu bertopengkan perjungan pembela nasib anak bangsa kononnya.

Asrul Samad melalui tulisan di facebooknya telahmeletakkan anggota tentera di tempat yang paling hina, paling jijik, paling kotor, semacam babi apabila membandingkan imbuhan yang diterima oleh seorang perenang dengan dengan penerjun Ankatan Tentera. Adakah memang benar anggota tentera yan terjun dalam latihan dan operasi mengharapkan imbuhan besar sepertimana yang dikatakan oleh Asrul Samad?

lihat gambar yang saya sertakan di bawah ni:


Jika apa yang dikatakan oleh Asrul Samad itu benar dan anggota tentera juga sangsi terhadap kerajaan kerana tidak memberikan anggota tentera imbuhan sebesar itu maka saya dengan ini merasakan apa yang saya sanjung selama ini adalah salah. Saya rasa malu kerana mengagungkan anggota tentera, polis dan pasukan keselamatan lain yang berjuang dahulu, kini dan masa depan.

Sebegitu hina anggota tentera ini yang kerajaan letakkan tugu untuk memperingati perjuangan dan pengorbanan mereka apabila sanggup memzakan tugas dan amanah mereka untuk berperang demi keamanan negara berbanding seorang perenang.

Katakan kepada saya apa yang dikatak oleh Asrul Samad itu adalah salah!

Jika salah maka kitaWAJIB BUNUH KOMUNIS INI!!!

Jangan takut!! kita menjadi asakar untuk membunuh musuh negara!!

Hari ini komunis ini lagakan kita anggota tentera dengan kerajaan supaya kerajaan jadi lemah!

Kita hari ini berdepan dengan musuh dalam bandar, musuh yang pakai baju canti, musuh yang pandai bercakap dan musuh yang membunuh bukan dengan sejata tetapi kata-kata!

Musuh kita adalah seperti Asrul Samad yang menjadi hero di Alam Facebook!

Ini bukan isu politik bagi kita anggota dan bekas tentera tetapi ini adalah isu keselamatan yang kita wajib tentang habis-habisan!!

Asrul Samad samakan nilai perjuangan, titik peluh, perit jerih kita anggota tentera sama dengan seorang perenang yang mengejar pingat?

Kita anggota tentera bukan pengejar pingat! kita pelindung negara! kita pejuang anaga, bangsa dan negara!

Saya dengan ini memohon supaya Ketua Polis Negara mengarahkan pegawai dan anggotanya supaya menangkap Asrul Samad dan dipenjarakan untuk keselamatan beliau!

Buatlah sebelum anggota tentera mengambil tindakan sendiri.

Ini bukan ugutan tetapi tindakan kepada penjenayah dan pengancam keselamatan negara!

Soalan terakhir saya: Anggota PARA, Komando, Akar Melayu, Renjer dan semua Paratroopers adakah kamu semua pondan?



Perniagaan halal disisi Allah sudah menjadi Haram dimata Penguatkuasa Undang-Undang


Perniagaan halal disisi Allah sudah menjadi Haram dimata Penguatkuasa Undang-Undang sebaliknya perniagaan Haram menjadi punca pendapatan sampingan mereka sebagai pelindung kepada perniagaan Haram.

Saya menceburi bidang perniagaan tepi jalan ni baru nak masuk setahun. Antara pengalaman hebatnya adalah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Meniaga tepi jalan ni memang menjadi musuh utama kepada PBT. Mungkin mencacatkan pemandangan agaknya. Yer la, kita ni selekeh.


Mana mungkin penjaja jalanan ini sama seperti peniaga pusat hiburan dan judi yang berkereta mewah dan berduit banyak. Penjaja jalanan tidak mampu menawarkan imbuhan sebagai hadiah tutup mata perniagaan mereka yang salah disisi undang-undang.

Sabda Rasulullah s.a.w "9/10 rezeki adalah datangnya daripada perniagaan".(Riwayat Tarmizi).

Perniagaan adalah satu tarbiyyah terbaik. Terbaik untuk mendidik jiwa anda dan belajar matlamat asala kehidupan. Perasaan tawakkal dan syukur paling banyak dalam jiwa orang yang berniaga.

Tapi malangnya peniaga terutamnyayang beragama Islam yang mengikuti Sunnah Nabi yang mahu merubah ekonomi daripada meminta-minta dikerjakan, dihalau, didenda dan dihukum hanya kerana mereka peniaga jalanan yang tidak mampu memberi imbuhan hadiah penutup mata.

Perniagaan halal disisi Allah sudah menjadi Haram dimata Penguatkuasa Undang-Undang sebaliknya perniagaan Haram menjadi punca pendapatan sampingan mereka sebagai pelindung kepada perniagaan Haram.

Tuhan mereka bukan lagi Allah SWT. Tuhan mereka adalah wang ringgit.

Ibadah PBT bertuhankan tauke judi



Ibadah PBT bertuhankan Cina Tauke judi. Kedai melayu diroboh kedai Judi dijaga rapi.

Saya ucapkan tahniah kepada MPAJ kerana beesungguh-sungguh merobohkan kedai makan di U3 1/56 jlan wangsa perdana pagi ini.

Usaha mereka ini adalah satu ibadat dimana mereka dengan rasa bertanggungjawab merobohkan kedai makan yang menyemakkan mata yang menggaggu ketenteraman awam.

Pemimpin tempatan PKR yang dihubungi peniaga yang dirobohkan kedai tidak mampu buat apa-apa kerana itubadalah ibadah mereka dengan merobohkan perniagaan orang melayu.

Ibadah mereka yang lebih besar adalah dengan membiarkan kedai judi dan pusat hiburan berleluasa merosakkan bangsa melayu dan umat islam.

Mereka ini berniaga dapat sikit saja untuk tapi kerana pahala bertuhankan Cina Judi mereka laksanakan tanggujawab menjahanamkan perniagaan dan bangsa melayu.

Tahniah MPAJ dan semua PBT. Semoga syurga nanti tempat kamu.







Judi Dan Ah Long Berleluasa, Apa Penguatkuasa Buat?




Gejala perjudian dan Ah Long sukar dibasmi kerana ahli masyarakat sendiri dikesan terlibat dalam aktiviti tersebut selain masalah penguatkuasaan yang longgar.

Perjudian khususnya, sudah menjadi masalah kronik dalam kalangan keluarga-keluarga yang berpendapatan rendah dan menjadi ibu kepada punca jenayah-jenayah lain dan ia merupakan isu yang inklusif untuk semua bangsa… kita seharusnya tidak boleh kompromi dengan menyebut bahawa ia adalah sekadar hiburan semata-mata.

Apabila kesempitan pula, kalangan keluarga-keluarga terbabit akan beralih untuk mendapat ‘pertolongan’ daripada pihak Ah Long pula..

Tiada jalan penyelesaian… hanya masalah bertimbun …

Persoalannya sekarang… Mengapakah gejala perjudian dan Ah Long ini menular dengan begitu pantas? Apakah yang sedang di buat oleh pihak berkuasa bagi membanteras gejala ini? Let’s Talk! Hari ini bersama tiga orang panel :

1) Yusof Azmi - Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
2) Ariffin Abu Bakar – Presiden Epanco Malaysia
3) Aemierulrizaki Rambli - Presiden Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)‎


KLIK LINK Untuk video penuh : http://www.mobtvlive.my/watch.php?vid=218d02fac


Kejadian Pecah Kedai Mesin Judi Bukan Peras Ugut Atau Minta Wang Perlindungan. Ketua Polis Kuala Selangor Sila Jawab!




Paparan di atas adalah penafian kumpulan remaja yang dikatakan dengan sengaja memecahkan peralatan dalam kedai mesin judi bertujuan untuk memeras ugut meminta wang perlindungan.

Sungguh memalukan Jabatan Polis Diraja malaysia (PDRM) apabila seorang Ketua Balai Polis meletakkan kesalahan dan kegagalan mereka di atas usaha orang laian yang mahu jenayah itu dihentikan.

Apa yang ada di benak Ketua Polis ini? 

Perkara pertama, kenyataan yang dibuat itu adalah sama sekali tidak benar.

Perkara kedua yang mana lebih penting ialah apa yang diulas oleh Ketua Polis itu adalah premis judi mesin yang dibuka tanpa lesen atau permit selain ia adalah satu jenayah yang wajib dibenteras oleh Jabatan Polis.

Kenyataan media Ketua Polis ini bukan sahaja memalukan IPD Kuala Selangor tetapi meletakkan maruah PDRM yang selama ni disanjung dengan pencapaian yang sangat baik ke dalam longkang.

Dimana PDRM nak letak muka bila jenayah yang terang-terang berlaku ditutup dengan mudah menyalahkan orang lain yang kononnya mahu peras ugut, samun dan sebagainya.

Bagaimana dengan kedai judi yang terus terbuka siang dan malam tak kira bulan bintang?

Perkara ini harus disiasat dan jika ada ketirisan PDRM wajib membawa mereka ini ke muka pengadilan supaya tidak memalukan Jabatan Polis (PDRM)

Ketua Polis negara wajib ambil tangjungjawab atas kebodohan Pegawai-pegawainya!

SPRM juga sila ambil peranan!

‪#‎WarisanTaskForce‬

JMM dedah 50 lokasi panas judi haram seluruh negara


KUALA LUMPUR 22 Jun - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendedahkan kira-kira 50 kawasan di seluruh negara yang dibawah seliaan Ketua Balai Polis Daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) masih mempunyai premis judi yang beroperasi secara terbuka.
Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata, sehubungan itu, pihaknya telah mengemukakan laporan secara terperinci kepada pihak berkuasa integriti di bawah Jabatan Perdana Menteri berhubung aktiviti haram berkenaan di kawasan terbabit
"Kita melihat pihak berkuasa integriti amat memandang serius dan komited bagi membanteras kegiatan tersebut.
"Kami telah melaporkan premis yang masih beroperasi melibatkan kawasan di bawah seliaan 20 Ketua Balai Polis Daerah dan 30 PBT itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Jelasnya, JMM melalui jawatankuasa khasnya telah mengumpul bukti berkaitan kewujudan premis judi terbabit yang sepatutnya diambil tindakan sewajarnya.
"Kami mempunyai bukti dan telah menyerahkan semuanya kepada pihak berkuasa integriti untuk tindakan lanjut," katanya.
Mengulas kenyataan Ketua Polis Darerah Kuala Selangor yang memaklumkan tindakan sekumpulan individu merosakkan mesin judi adalah untuk mendapatkan wang perlindungan, Azwanddin berkata, sekiranya benar kenyataan itu mengapa premis judi berkenaan dibiarkan beroperasi.
"Kami mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada pihak polis kerana sudah memulakan siasatan berkaitan kewujudan premis judi itu.
"Namun persoalannya, mengapa premis itu sudah lama dibiarkan beroperasi," ujarnya.
Tambahnya, diharapkan pihak polis turut mendedahkan siapa 'tauke' atau individu yang bertanggungjawab membuka premis judi terbabit.
"Kalau benar ada wujud premis judi, adalah lebih baik pihak polis memaklumkan apakah tindakan yang telah diambil terhadap pengusaha premis berkenaan," katanya.
Azwanddin Hamzah
Presiden
Jaringan Melayu Malaysia

#WarisanTaskForce

MAJLIS PELANCONGAN MALAYSIA RAIKAN ANAK-ANAK YATIM & MEDIA #MSHARK


Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia dan keberkatan, Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim dan Media di Puspanita Puri, Putrajaya.

Majlis tersebut yang julung kali diadakan melibatkan 40 orang anak-anak yatim dalam kawsan DUN Lanchang, Pahang dan wakil-wakil media massa dan media sosial.

Pendekatan yang diambil MTC merupakan satu inisiatif murni dalam memenuhi tuntutan syariat serta tanggungjawab sosial dalam membantu kerajaan menjaga kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat.

Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) atau dahulunya dikenali sebagai  Majlis Pelancongan Kebangsaan Malaysia (NTCM) adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang aktif dalam membangunkan industri pelancongan negara.

MTC mempunyai ahli di seluruh negara yang merangkumi organisasi serta badan-badan profesional yang pakar dalam bidang pelancongan.

Selepas 30 tahun MTC mewarnai industri pelancongan negara kini pertubuhan itu mengorak langkah mempelbagaikan inisiatif memperkasakan pelancongan negara.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah YB Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsudin, Presiden majlis Pelancongan Malaysia merangkap EXCO Pelancongan & Kebudayaan Negeri Pahang dan Ahli Jawatankuasa Esekutif majlis Pelancongan Malaysia.

Dalam konteks pelancongan, majlis seumpama itu akan berupaya mengukuhkan ikatan perpaduan dan kesatuan khususnya dalam kalangan golongan yang kurang bernasib baik dan juga warga MTC.








Ibu dan Anak dipenjara 3 Tahun curi barang kosmetik.



JENAYAH TERANCANG DAN DIRANCANG.

"Seorang ibu dan tiga anak perempuannya serta seorang menantu perempuannya dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini pagi tadi kerana mencuri barangan kosmetik pelbagai jenama bernilai RM2,171.50 di Bandar Tenggara."


Saya bukan mahu menegakkan penjenayah, apa yang dilakukan salah tetap salah tapi saya lihat keadilan di negara ini sudah tiada.


Ahlong dan Tauke judi adalah penjenayah yang terancang dan berniaga secara terang-terangan hingga ada yang buka perniagaan di depan Balai Polis. Apa tindakan Polis dan Pihak berkuasa tempatan untuk membawa penjenayah ini ke muka pengadilan?


Ibu dan anak itu merancang untuk mencuri tetapi Tauke judi dan Ahlong adalah terancang berserta dengan organisasi serta pelindung dari pihak berkuasa.


Mohon #Viral kan untuk kita desak kerajaan dan pihak berwajib menentang dan menghukum penjenayah Ahlong dan Judi.

**************

5 beranak dipenjara 3 tahun curi produk kosmetik

Seorang ibu dan tiga anak perempuannya serta seorang menantu perempuannya dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini pagi tadi kerana mencuri barangan kosmetik pelbagai jenama bernilai RM2,171.50 di Bandar Tenggara, dekat sini minggu lalu.

Majistret Mazana Sinin menjatuhkan hukuman tersebut terhadap kesemua tertuduh selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.

Kesemua tertuduh yang berusia antara 19 hingga 57 tahun itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah kedai kesihatan dan kecantikan di Jalan Anggerik 4/1, Taman Anggerik, Bandar Tenggara pukul 11.40 pagi, Jumaat lalu.

Kes didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama-sama Seksyen 34 akta yang sama. -Utusan


MAJLIS BERBUKA PUASA NADI RAKYAT HQ 2016


Majlis Berbuka Buasa Nadi Rakyat Hq 2016 bersama jawatankuasa kerja pusat diadakan di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.

Selepas itu diadakan mesyuarat 'Post Mortem' Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pasukan media Nadi Rakyat yang turut berkampung dikedua-dua kawasan pilihan raya tersebut.




Kurang 24 Jam, BN Perlukan 'Magis' Untuk Menang [‪#‎scs93‬ ‪#‎prksgbesar‬]


Berbaki kurang 24 jam sebelum tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar berakhir, Barisan Nasional (BN) memerlukan 'magis' bagi memastikan sasaran parti untuk memancing majoriti undi lebih besar mampu dicapai esok.

Walaupun tidak menyatakan secara spesifik sasaran itu, namun beberapa pemimpin BN sewaktu berkempen di Sungai Besar melaungkan keyakinan parti untuk mencapai sasaran itu berbanding majoriti 399 undi yang diraih penyandang kerusi itu, Allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon pada Pilihan Raya Umum 2013.

Jika berdasarkan suhu kempen dan faktor calon, sasaran BN itu dilihat realistik, tetapi sejauh mana parti itu berada di kedudukan selamat, semuanya bergantung kepada pengundi Sungai Besar.

Penganalisis politik Prof Madya Dr Azmi Hassan berkata satu daripada cara BN berada pada kedudukan selamat dan seterusnya mencapai sasaran yang ditetapkan ialah dengan memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus pengundi keluar mengundi.

Katanya sasaran itu dilihat tidak sukar dicapai kerana dijangkakan akan berlaku 'perubahan angin' dalam kalangan pengundi Cina di Sekinchan yang majoriti mereka sebelum ini menolak BN dalam pilihan raya umum lalu.

Menjelas lanjut, Azmi berkata perubahan angin itu antaranya didorong oleh isu pembebasan nelayan yang ditahan pihak berkuasa Indonesia selain kemunculan Parti Amanah Negara (AMANAH) yang menurutnya mengelirukan pengundi di kawasan itu.

"Jika peratusan keluar mengundi rendah maka harapan BN boleh bergantung kepada perubahan cita rasa pengundi Cina di Sekinchan, selain faktor menteri besar Selangor yang berbelah bahagi.

"Maka besar kemungkinan pengundi Pakatan Harapan juga keliru dan ini memberi manfaat kepada Barisan Nasional," katanya kepada Bernama, di sini.

Azmi mengakui peratusan keluar mengundi amat berkait rapat dengan jumlah majoriti undi, namun pengundi atas pagar turut memainkan peranan penting dalam menentukan jumlah majoriti itu.

Selain itu, dengan liputan yang cukup meluas terhadap PRK ini, beliau menjangkakan ramai pengundi Sungai Besar yang tinggal di luar kawasan akan pulang mengundi esok.

"Sekali lagi media telah memberi liputan yang agak meluas dan jika dikaitkan dengan peratus yang keluar mengundi tinggi, maka ada harapan 18 Jun ini akan menjangkau lebih 85 peratus," katanya.

Bagi Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Dr Fuad Mat Jali, beliau meletakkan bacaan undi majoriti yang mungkin diperoleh BN kali ini ialah sekitar 1,000 undi.

"Jumlah itu sebenarnya adalah sudah memadai memandangkan pelbagai isu semasa yang memberi sedikit tekanan kepada BN dalam pilihan raya ini," katanya.
Bagaimanapun katanya BN mungkin boleh mencapai majoriti undi yang lebih tinggi jika mereka benar-benar menggembleng jentera parti untuk turun padang secara menyeluruh selain membawa pulang pengundi yang tinggal di luar.

"Jika BN berjaya membawa pulang pengundi luar, mendapat 30 peratus undi atas pagar, mendapat undi 'swing' sekitar 30 peratus daripada pengundi Cina di Sekinchan dan semua pengundi di kawasan majoriti Melayu keluar mengundi barulah
BN boleh bercita-cita untuk dapat majoriti yang lebih tinggi," katanya.

PRK Sungai Besar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN, Budiman Mohd Zohdi dengan calon PAS Dr Abdul Rani Othman dan calon AMANAH, Azhar Abdul Shukur.

PRK itu diadakan berikutan kematian Noriah yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Penghambaan Moden Kerajaan PKR Selangor Tindas Nelayan [‪#‎scs93‬ ‪#‎prksgbesar‬]


Pagi tadi, kira-kira 100 nelayan Sungai Besar mengadakan demonstrasi aman membantah cadangan mengenai caj jeti pendaratan dan tambatan bot-bot nelayan di setiap pangkalan nelayan, di negeri Selangor.

Mereka mahu kerajaan PKR Selangor menarik balik cadangan yang tidak masuk akal dan dilihat sebagai satu jenis penghambaan moden dimana nelayan yang pendapatannya tidak menentu dipaksa membayar sejumlah wang yang mereka sendiri susah payah mencarinya.

Nelayan ini turun ke laut berjudi nasib dan nyawa untuk mencari nafkah bauat keluarga dan jumlah yang mereka dapat itu bergantung dengan faktor cuaca dan keadaan yang mereka tidak nampak.

Cuba bayangkan bagaimana nelayan ini turun ke laut untuk mencari ikan yang kita hanya tahu pilih dan bayar saja di pasar?

Mereka dihempas ombak, digigit panas matahari, kadangkala dipukul ribut yang membahayakan nyawa, dengan pendapatan yang belum tentu tetapi setibanya di jeti mereka dikenakan cukai untuk mereka menambat sampan dan bot mereka.

Bagaimana sebuah kerajaan boleh terfikir sebodoh ini!!

Jeti-jeti tempat mereka menambat sampan dan bot itu dibina oleh Kerajaan Persekutuan! Kerajaan BN!! dan ada diantaranya dibina dengan duit sendiri!!

Bagaimana boleh sebuah kerajaan celaka mengenakan cukai di atas usaha orang lain bagi membantu nelayan!!

Kerajaan seperti ini harus ditumbangkan dan pemimpinnya harus diludah bermai-ramai!!

Sampaikan kepada kawan-kawan nelayan di seluruh negeri ini bagaimana sikap kurang ajar dan bodohnya Kerajaan PKR Selangor ini menitik jerih perit rakyat!! menindas rakyat susah!!

Ingat!! hari ini nelayan tapi mungkin esok lusa petani dan buruh pula akan dikenakan cukai di negari ini!!

Esok hari terakhir! Lusa Undi BN!!