ANWAR SEMPATKAH JADI PM KE-8
Banyak persoalan timbul bila melihat gelagat Anwar Ibrahim yang gelojoh mahu merampas kerusi Perdana Menteri dari Mahathir. Langkah PD adalah bermaksud melayakkan Anwar untuk takhta tersebut.
Tetapi beberapa hari ini kita melihat Mahathir mula respon kepada LGBT dan perkahwinan sejenis yang sebelum ini beliau buat tak tahu walaupun kumpulan itu bertindak samseng seolah kerajaan ini telah mengiktiraf mereka.
"Di Malaysia ada perkara-perkara tertentu yang kita tidak boleh terima walaupun sekarang dianggap sebagai hak asasi manusia di negara Barat.
"Kita tidak boleh terima lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), perkahwinan antara lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita," kata Mahathir.
Mahathir seperti yang kita kenal ada saja permainan yang diciptkannya. Jadi, apakah kaitannya dengan Langkah PD kita tunggu dan lihat. Adakah Anwar layak bertanding atau terkubur hasratnya seperti yang berlaku 20 tahun lalu.
Sesuatu perkara besar akan berlaku.
Cuma Mahathir tidak pernah tahu apa terjadi dalam negara termasuklah kisah Memali dan tidak kenal pengerusi SPR yang dilantiknya.
Subscribe to:
Posts (Atom)