Tangkap perogol lepaskan tauke judi


Bersangkutan kes rogol juruwang kedai judi yang tular di media sosial apakah tindakan susulan pihak Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) terhadap kejadian tersebut?

Kejadian berlaku di dalam kedai judi tetapi kita tidak tahu apakah yang jadi atau ulasan mengenai kes tersebut (tempat kejadian) selain perogol yang dikenalpasti.

Saya bukan mahu menenggelamkan kegiatan jenayah yang berlaku tetapi punca berlaku, tempat berlaku adalah kedai judi yang salah disisi undang-undang namun PDRM hanya pejam mata. Berlambak kedai judi diseluruh negara terutama di kawasan bandar yang selama ini dipejam mata dari tindakan pihak berkuasa samada di pihak PDRM mahupun pihak berkuasa tempatan (PBT)

Mungkin kata kita penjaga atau juruwang kedai judi in bukan warganegara kita atau bukan pekerjaan yang baik tapi ketahuilah dari pusat judi inilah berputiknya penjenayah dan tempat berkumpulnya penjenayah tanpa kita sedari.

Terpulang kepada pihak PDRM dan PBT samada mahu terus berdiam diri kerana mendapat habuan dari perniagaan ini tetapi percayalah hinga satu hari nanti pasti akan berlaku sesuatu kepada diri dan keluarga kita kerana kegagalan kita menangani jenayah terancang dan terlindung ini.

Kempen Anjing Syed Saddiq buat dulu di negeri Selangor.



Saya cuba untuk melihat berita ini dalam bentuk yang positif kerana niat mereka baik untuk bantu menyelesaikan masalah pengangguran. 

Sayap pemuda Pakatan Harapan menjanjikan sejuta peluang pekerjaan dalam masa lima tahun jika pakatan pembangkang merampas kuasa Persekutuan dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketua Armada BERSATU Syed Saddiq Abdul Rahman berkata, gabungan itu menyasarkan untuk mencapai matlamat ini dengan menjadikan 'kerja kotor' lebih menarik dan mengurangkan tenaga kerja asing.

"Terdapat 3.3 juta pekerja asing yang sah pada 2016, kami berhasrat untuk mengurangkannya kepada 2.5 juta dalam tempoh lima tahun," katanya pada sidang akhbar di Petaling Jaya, hari ini.

Syed Saddiq berkata, dengan tawaran gaji yang betul, seorang warga tempatan boleh melakukan dua kerja warga asing.
Dyana Sofya Md Daud dari DAP, yang turut hadir pula berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang menggajikan 2,437 pekerja majlis perbandaran - kebanyakannya melibatkan pengurusan sisa - tahun lepas.

"Jadi untuk mengatakan belia tidak berminat dengan pekerjaan kotor, berbahaya, dan sukar (3D) adalah tidak benar. Dengan tawaran gaji yang baik, mereka berminat," katanya.

Beliau berkata, inisiatif tersebut akan menelan belanja RM20 juta kepada kerajaan negeri tetapi berbaloi bagi mewujudkan peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan.

Maka, saya masukkan berita penuh yang dipetik dari Malaysiakini tentang cita-cita besar sayap parti pembangkang tersebut.

Cadangan pertama saya, lucutkan semua kontrak yang telah diberi kepada syarikat-syarikat pemungut sampah di Selangor dan berikan kerja tersebut kepada warga tempatan yang mana ianya tidak memerlukan langsung kelulusan dari pihak kerajaan persekutuan. Gaji yang sangat tinggi juga boleh dibayar oleh kerajaan negeri sebagai balasan untuk kerja tersebut. Saya juga berminat jika betul seperti apa yang dikatakan oleh Syed Saddiq.

Dah. setakah itu dulu cadangan saya. tak perlu pergi jauh-jauh. laksanakan dahulu cadangan saya itu dan saya akan percaya kata Syed Saddiq. Setakat bercakap lembu boleh jadi kambing tapi realitinya lembu tetap lembu dan kambing tetap kambing.