Noh Omar Bayar Blogger Ratusan Ribu tapi gagal buat kerja.

Saya terpanggil untuk mengenali blogger-blogger yang dibayar Noh Omar ratusan ribu ini. Blogger-blogger jenis ini hanya tahu makan duit dan tak reti buat kerja. Mereka ni penyamun agaknya.
Kemudia Noh Omar kata tubuh lagi pasukan JMSD dan bagi tempoh 6 bulan tak buat kerja juga.
Selepas diberhentikan mereka-mereka ini kerana gagal kata Noh Omar mereka menyerang balik Noh Omar.

Setahu saya Blogger dan JMSD yang Moh Omar berhentikan itu tidak lebih 6 bulan perkhidmatan mereka. Dan setahu saya Selangor Post yang dipuji oleh Noh Omar ini telah beroperasi lebih setahun. Saya rasa Noh Omar ni buta dan tak baca portal Selangor Post ni sebab dia kata kalau setakat nak siarkan berita dalam surat khabar baik beli surat khabar. Noh Omar tau tak yang Selangor Post ni "Copy & Paste" berita portal orang lain sampai tajuk pun "Copy" bulat-bulat?




Kalau kita nak serang Noh Omar sebab kena berhenti setahun dulu kita dah buat. Kita serang sebab sayang kat Noh tapi dia ajak pulak kita berperang. Nampaknya Report kepala perang Media Noh ni memang cantik dan halus sampai Noh kena bodohkan.

Oh! Media Selangor Asyik Tukar Pasukan Tapi Terus Gagal.



Oh! Media Selangor.

Saya diberitahu oleh rakan-rakan seperjuangan saya dahulu bahwa ada nama-nama mereka digunakan bagi kepentingan peribadi seseorang yang berkuasa di UMNO Selangor dalam hal Media Sosial.

Perkara seperti ini sudah lama berlaku. Dahulu, Ketua saya dituduh dengan pelbagai kesalahan hingga pasukan lama saya di UMNO selangor dibubarkan bagi memberi laluan kepada pasukan baru yang kononnya lebih efisyen menyebar maklumat dan menyerang Kerajaan PR Selangor.


Hari ini saya lihat pasukan bertukar lagi dan Ketua yang dilantik selepas pasukan saya sudah tidak ada kuasa. Peruntukan kewangan yang diberikan kepada mereka dikatakan tidak digunakan dengan baik dan ada yang mengadu tidak dibayar.

Saya tidak menembak sesiapa tetapi saya diberitahu oleh rakan-rakan saya tentang kerisauan mereka bagaimana strategi Media UMNO Selangor untuk berperang menuju PRU 14. Masa tinggal sikit tapi Media Selangor masih tercari-cari taktik untuk berperang.

Cuba beritahu saya kenapa UMNO Selangor masih gagal dalam Media Sosial sedangkan segala peruntukan dan peralatan serta kemudahan seperti premis sudah disediakan?

Ketika pasukan saya bertugas di UMNO Selangor dulu hanya 6 bulan sahaja diberikan dan kami dikatakan gagal dalam segala hal. Hari ini sudah lebih setahun kami meninggalkan UMNO Selangor dan Media Selangor masih gagal.

Adakah kami dahulu dianiaya?

‪#‎salamtingkat9‬


Berikut tulisan rakan saya Saudara Raziz Rashid dalam FBnya.

Dari dahulu sehingga kini kesatuan pengamal media Selangor diuji dengan pelbagai situasi. Bermula dengan dipinggirkan oleh Perhubungan Negeri, kemudian disekat oleh individu tertentu, diketepikan oleh pengamal media luar Selangor, dan akhirnya diusir oleh bekas pengamal media lawan.

Media Selangor masih seperti dahulu, malah lebih teruk berganda-ganda. Elok ada enjin yang bergerak semput daripada enjin yang langsung tidak boleh bergerak.

Isu banjir, isu bukit botak, isu duit dari kerajaan pusat kepada kerajaan negeri disalur terus ke adun dan bukannya pejabat daerah, isu pintu gerbang, isu DEIG, isu kubah masjid, isu PAS vs PAN, isu kebiadapan DAP, isu wang zakat, isu jalan berlubang, isu penjualan pasir, isu penjualan bangunan milik Kerajaan Negeri, isu penempatan ladang babi, isu infrastruktur tidak dijaga, dan pelbagai lagi isu salah laku Kerajaan Negeri berlalu seperti angin lalu.


Mana investigative reporting, mana pendedahan, mana berita, mana dan mana?

Adapun yang masih ingin mendedahkan semua ini adalah sekadar picisan sahaja dan tidak dilakukan secara solidariti. Masakan dapat untuk membina gelombang penolakan kepada kerajaan negeri.

Cukuplah, sampai bila hendak menjadi begini. Satukanlah mereka ini di bawah satu bumbung yang sama.

‪#‎SalamTingkat9‬