Keluarga miskin di Bengkulu (Foto: Demon Fajri/Okezone)
"Kalau tidak ada uang untuk beli beras, terpaksa makan daun singkong dan terkadang kangkung yang diambil dari rawa-rawa saja. Itu kami makan tanpa nasi."
Itu kata Haristan menceritakan keperitan hidupnya bersama isteri dan anaknya dari Dusun I Desa Lubuk Sini, Kecamatan Taba Penanjung, Kabupaten Bengkulu Tengah, Provinsi Bengkulu,
Kisah yang dipaparkan oleh sebuah portal Indonesia ini saya ambil buat tatapan dan tauladan kita rakyat Malaysia yang mewah berbelanja dan mampu membeli apa sahaja yang dikehendaki.
Tetapi bagi lelaki ini, dia hanya mampu makan daun sebagai pengalas perut bersama isteri dan anaknya.
Susah susah kita di Malaysia ni boleh lagi makan KFC tapi umat lain di luar sana.....
Berikut saya berikan artikel penuh portal berkenaan untuk tatapan bersama:
BENGKULU - Haristan (35) dan Kismiati (40), pasangan suami-istri warga Dusun I Desa Lubuk Sini, Kecamatan Taba Penanjung, Kabupaten Bengkulu Tengah, Provinsi Bengkulu, ini terlihat duduk termenung di gubuk rumahnya yang tampak reot. Di benaknya seolah tersirat bagaimana agar bisa hidup layak bersama tiga anaknya seperti warga yang lainnya.
Harapan Haristan dan Kismiati merupakan hal yang manusiawi. Sebab, selama ini mereka hidup penuh kesusahan. Bahkan untuk bertahan hidup, pasutri bersama tiga anaknya itu hanya mengonsumsi daun singkong dan kangkung sejak bertahun-tahun lalu.
"Kalau tidak ada uang untuk beli beras, terpaksa makan daun singkong dan terkadang kangkung yang diambil dari rawa-rawa saja. Itu kami makan tanpa nasi," kata Haristan, saat ditemui Okezone di kediamannya.
Perasaan Haristan semakin tersayat melihat istri dan ketiga anaknya juga harus tinggal di gubuk reot yang sewaktu-waktu bisa saja roboh diterjang angin sehingga mengancam keselamatan keluarganya. Sebab, papan yang dijadikan dinding rumah berukuran sekira 5 x 5 meter itu sudah rapuh.
Bahkan, atap rumah dari seng yang dihuni keluarga ini banyak sudah berkarat dan bocor. Sehingga jika hujan turun, mereka tidak bisa tidur dengan nyenyak dan selalu merasa khawatir.
"Bahan rumah saya ini diambil dari bekas pondok saat saya berkebun dulu. Mau beli bahan bangunan yang baru saya tidak ada uang. Jangankan mau beli barang bangunan, makan setiap hari saja saya bersama istri dan tiga anak saya saja susah sekali," ungkap Haristan dengan nada sedih.
Ia berkisah, sebelum bermukim di Dusun I Desa Lubuk Sini, dirinya mendiami areal perkebunan di Desa Lubuk Sini. Namun setelah beberapa lama berdiam di kebun, dirinya tergusur oleh salah satu perusahaan pertambangan di Kabupaten Bengkulu Tengah.
"Saya dulu tidak tinggal di sini, tapi di kebun. Waktu tinggal di kebun pun kami masih juga sering makan pucuk ubi karena tidak ada uang untuk membeli beras," ungkap Haristan.
1. Normah wanita yang ditangkap khalwat dengan Mat Sabu pada 31/1/1995 di HotelPerdana, Kota Baru mengaku telah bertaubat nasuha. Ketika ditangkap beliau langsung tidak rasa bersalah kerana yakin beliau berjuang kerana Allah.
2. Normah mendakwa Mat Sabu dan Mahfuz Omar telah menyakinkan beliau bahawa .."perempuan solehah, mana-mana perempuan baik yang melepaskan keletihan mana-mana pemimpin Islam yang berjuang Fisabilillah maka dia mendapat pahala Fisabilillah dari Allah SWT"
3. Malah suami yang mengzinkan perbuatan isteri tersebut juga mendapat pahala Fisabilillah.
4. Fahaman bahaya ini telah menular di dalam PAS sebagaimana Normah mendakwa Mat Sabu telah menggunakan wanita-wanita pelayan nafsu untuk melayan nafsu serakah perwakilan yang menghadiri Muktamar PAS pada tahun 2011 sebagai habuan untuk mendapatkan undi menjadi Timbalan Presiden PAS, menewaskan Ust Nasharudin Mat Isa.
Fakta ringkas ini bukti Mat Sabu merupakan Syaitan dalam PAS. Buktikan video ini tidak benar boleh saman penceramah ini!
Lihat sendiri betapa kurang ajarnya Cina Low Yat bersalam dengan Melayu dan video ini dirakan sendiri oleh NTV7 dalam beritanya. [Klik Sini].
Melayu wajib tunjukkan kekuatan kuasa beli yang selama ini menjadikan Cina Low Yat kaya raya dan buktikan tanpa Melayu perniagaan mereka tidak akan kemana.
Ini sudah bukan lagi isu politik tetapi isu bagaimana Melayu yang selama ini ditipu!!
"sebagai sebuah agensi besar kerajaan yang telah diswastakan, Kerajaan yakin kakitangan Tenaga Nasional ini tidak akan menghampakan harapan semua pihak terutama pengguna dan negara. Para pengguna sudah tentu mengharapkan bahawa mutu perkhidmatan akan meningkat, manakala kadar tarif pula berada di peringkat yang berpatutan. Tenaga Nasional perlu memastikan bahawa tarif yang dikenakan kepada pengguna-pengguna adalah stabil, tidak membebankan, dan terus dapat menggerak pembangunan negara."
Sedikit ulang siaran ketika Pelancaran Tenaga Nasional Berhad (TNB) dimana janji Mahathir dalam ucapannya TNB perlu memastikan kadar tarif yang berpatutan, stabil dan tidak membebankan. Tapi selepas itu? Selepas itu IPP mengambil tempat dan Mahathir menjadi hero rakyat. Hari ini najib disalahkan kerana tidak mampu mengawal IPP?
Penyampai:DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Tajuk:HARI PELANCARAN TENAGA NASIONAL
Lokasi:KUALA LUMPUR (K.L)
Tarikh:01-09-1990
Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Yang Berhormat Dato' Seri Samy Vellu, Menteri Tenaga, Telekom dan Pos; Yang Berbahagia Datuk Ibak Abu Hussin, Pengurus Besar LLN; Dif-dif kehormat; Tuan-tuan dan puan-puan. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos serta pihak pengurusan LLN, kerana menjemput saya untuk melancarkan badan korporat baru bagi menggantikan LLN iaitu Tenaga Nasional.
2. Negara kita Malaysia dikenali sebagai salah sebuah negara yang ulung dalam menjayakan dasar penswastaan. Kerajaan telahpun mengadakan beberapa pendekatan ekonomi yang dianggap penting untuk membangunkan negara ini dengan lebih pesat dan berkesan. Di antara pendekatan tersebut ialah penswastaan. Penswastaan mempunyai objektif-objektif yang spesifik seperti peningkatan produktiviti, peningkatan hasil kewangan dan pencapaian objektif Dasar Ekonomi Baru.
3. Kerajaan telahpun membuat kajian pelan induk penswastaan secara menyeluruh bagi semua agensi kerajaan yang layak diswastakan. Dalam pelan induk tersebut, Lembaga Letrik Negara atau LLN telah dikenalpasti sebagai satu daripada badan-badan yang paling sesuai untuk diswastakan. Ini adalah oleh sebab ia berkemungkinan menjadi lebih berdayamaju, produktif dan mendapat pulangan yang lebih tinggi melalui pengurusan secara komersial dan tidak sebagai jabatan kerajaan. Di samping itu penswastaan jabatan seperti LLN boleh mengurangkan beban kerajaan daripada segi modal untuk membiayai berbagai-bagai kemudahan awam dan penyelenggaraannya. Penyenaraian badan-badan yang diswastakan itu di dalam Bursa Saham Kuala Lumpur akan memberi pendapatan kepada kerajaan untuk menyediakan infrastruktur-infrastruktur lain yang diperlukan oleh negara tetapi tidak mungkin diswastakan.
4. Walau bagaimanapun, objektif utama dasar penswastaan yang perlu diberi perhatian ialah peningkatan produktiviti. Produktiviti bermakna peningkatan keluaran tanpa peningkatan kos atau dengan peningkatan kos yang kurang berbanding dengan peningkatan keluaran. Dengan itu maka keuntungan akan bertambah tanpa kenaikan tarif atau harga kepada pengguna. Oleh itu badan korporat bukan sahaja perlu kepada pengurusan yang cekap tetapi juga pekerja yang berdedikasi yang sanggup meningkatkan daya pengeluaran masing-masing. Pendapatan atau gaji semua pihak hanya patut dinaikkan jika produktiviti meningkat yang seterusnya akan meningkatkan pendapatan syarikat. Kerajaan tidak lagi akan memberi subsidi kepada agensi yang telah diswastakan.
5. Proses penswastaan berbeza dengan pemindahan syarikat daripada satu pihak kepada pihak lain. Biasanya dalam pemindahan syarikat, jumlah aset dikira bersama untuk menentukan harga jualan. Perkhidmatan kemudahan awam seperti LLN, Jabatan Telekom, Lapangan-lapangan Terbang mempunyai aset yang amat besar yang telah dikumpul berpuluh- puluh tahun lamanya. Jika nilai semasa aset diambil kira, maka kos kepada pemilik baru akan menjadi begitu tinggi sehingga pulangan bagi setiap ringgit modal menjadi terlalu kecil untuk menarik pelaburan. Oleh itu kerajaan sanggup menentukan modal syarikat yang baru diswastakan mengikut anggaran pulangan yang wajar. Ini bermakna ada elemen subsidi dalam penswastaan, walaupun bagi kerajaan, ia tidak mengeluarkan apa-apa bayaran. Kerajaan sanggup berbuat demikian oleh kerana pemilikan aset yang besar tidak memberi pendapatan yang setimpal sebelum ini. Kerajaan hanya mendapat keuntungan operasi atau operational profit sahaja yang merupakan satu peratusan yang amat kecil berbanding dengan nilai semasa aset.
6. Berkenaan dengan LLN pula, keuntungan operasi yang tinggi yang dicapai di masa yang lampau adalah kerana kos minyak pembakar atau fuel oil telah menurun. Semasa kos minyak pembakar naik beberapa tahun dahulu, LLN telah menaikkan tarifnya. Tetapi apabila minyak pembakar turun, tarif tidak diturunkan. Dengan ini LLN mendapat keuntungan yang baik. Sudah tentu pengurusan yang baik juga membantu prestasi keuntungan LLN. Tetapi di masa hadapan keuntungan terpaksa bergantung kepada produktiviti, prestasi pengurusan dan pekerja Tenaga Nasional sendiri.
7. Namun demikian kerajaan percaya penswastaan adalah berfaedah bagi LLN dan kakitangannya. Ini adalah berasas kepada kejayaan kita dengan projek-projek penswastaan lain. Kerajaan memberi jaminan bahawa pendapatan kakitangan badan yang diswastakan tidak akan berkurangan daripada pendapatan mereka sebelum penswastaan. Sebaliknya sebagai insentif kakitangan badan yang diswastakan berhak membeli 5% atau tidak lebih daripada 5 juta ringgit nilai asas saham serta mendapat bonus apabila keuntungan mengizinkan pembayaran bo- nus. Untuk badan-badan yang mempunyai modal yang tinggi, had 5 juta unit saham dikecualikan dan sebaliknya 5% saham diperuntukkan kepada pekerja badan berkenaan.
8. Walaupun kerajaan menjamin bahawa gaji dan elaun kakitangan badan yang diswastakan tidak akan kurang daripada gaji dan elaun semasa badan berkenaan menjadi sebahagian daripada perkhidmatan kerajaan, ini tidak bermakna bahawa gaji dan elaun harus meningkat terlalu tinggi kerana ingin mengimbangkan dengan skim-skim gaji swasta. Amalan ini telah melanda beberapa syarikat kerajaan yang dibebaskan daripada peraturan-peraturan dan sistem gaji kerajaan. Akibatnya syarikat-syarikat ini mengalami kerugian.
9. Elaun dan gaji kakitangan badan yang diswastakan mestilah mengimbangi kos pengurusan dan pelaburan di masa hadapan. Sesuatu syarikat itu mungkin untung hari ini tetapi sebahagian daripada keuntungan mestilah dimasuk ke dalam simpanan atau reserve dan sebahagian lagi diguna untuk pelaburan masa hadapan. Keuntungan tidak boleh dibahagi kesemuanya kepada pemegang-pemegang saham atau para pekerja. Pendek kata kita bukan sahaja ingin badan yang diswastakan beroperasi sebagai badan komersial daripada segi gaji dan elaun, tetapi juga bagi segala amalan komersial yang prudent dan menguntungkan. Amatlah memalukan jika badan yang diswastakan akhirnya gagal dan memohon untuk dimiliki semula oleh kerajaan atau meminta perlindungan kerajaan.
Tuan-tuan dan puan-puan,
10. Dengan kenaikan harga minyak akibat krisis Teluk, prestasi Tenaga Nasional akan tergugat. Margin keuntungan sekarang mungkin masih boleh menyelamatkan Tenaga Nasional. Tetapi jika harga minyak meningkat lebih daripada harga semasa krisis minyak yang lepas, Tenaga Nasional mestilah mencari jalan untuk mengatasi masalah ini.
11. Di samping itu kemajuan proses industrialisasi dan ekonomi negara yang pesat telah merekodkan pertambahan permintaan tenaga elektrik yang tinggi. Jika trend ini berterusan, Tenaga Nasional terpaksa membuat pelaburan modal yang tinggi untuk memenuhi pertambahan permintaan ini. Adalah dijangkakan Tenaga Nasional akan membuat pelaburan modal kira-kira $20 billion ringgit sehingga tahun 2000. Keupayaan Tenaga Nasional untuk mencari sumber kewangan dan pelaksanaan projek-projek penjanaan dan penghantaran yang besar adalah merupakan satu cabaran.
12. Kemajuan teknologi kejuruteraan yang pesat juga merupakan satu cabaran dan Tenaga Nasional perlu melengkapkan semua tenaga pekerja dengan tahap kemahiran industri yang kemaskini. Bidang penyelidikan dan pembangunan hendaklah diperkukuhkan supaya inovasi dan ciptaan baru dapat dihasilkan untuk meningkatkan produktiviti dan prestasi korporat. Kesimpulannya cabaran terbesar Tenaga Nasional ialah keupayaan memberikan perkhidmatan bekalan tenaga elektrik yang bermutu tinggi, selamat dan dengan harga yang berpatutan. Inilah harapan pengguna-pengguna elektrik iaitu dasar penswastaan akan membolehkan mereka menikmati perkhidmatan yang lebih baik daripada sekarang.
13. Kita harus bersama-sama sedar bahawa faktor sumber tenaga manusia adalah faktor terpenting dalam mana-mana organisasi. Semua kakitangan Tenaga Nasional akan sama-sama bertanggungjawab menentukan perkembangan seterusnya industri bekalan tenaga elektrik di negara ini. Masyarakat antarabangsa terutama pelabur-pelabur utama akan meneliti dan mengikuti perkembangan dan pencapaian syarikat ini dari masa ke masa. Oleh itu, sebagai sebuah agensi besar kerajaan yang telah diswastakan, Kerajaan yakin kakitangan Tenaga Nasional ini tidak akan menghampakan harapan semua pihak terutama pengguna dan negara. Para pengguna sudah tentu mengharapkan bahawa mutu perkhidmatan akan meningkat, manakala kadar tarif pula berada di peringkat yang berpatutan. Tenaga Nasional perlu memastikan bahawa tarif yang dikenakan kepada pengguna-pengguna adalah stabil, tidak membebankan, dan terus dapat menggerak pembangunan negara.
14. Kerajaan akan terus bertanggungjawab menentukan perkembangan industri bekalan tenaga elektrik tetap bermutu dan tarif yang dikenakan kepada pengguna munasabah. Oleh itu Kerajaan telah menubuhkan Jabatan Bekalan Elektrik yang berfungsi sebagai agensi kawalselia industri perbekalan elektrik seluruh negara. Kerajaan ingin menekankan di sini bahawa hubungan di antara Jabatan Bekalan Elektrik dan Tenaga Nasional hendaklah dijalin untuk kepentingan semua pihak iaitu pengguna, syarikat dan negara.
15. Sungguhpun industri bekalan elektrik telah diswastakan, hubungan kerjasama serantau dan antarabangsa di kalangan utiliti-utiliti hendaklah diteruskan untuk kepentingan syarikat dan juga negara.
16. Kejayaan dan pencapaian Tenaga Nasional di masa hadapan akan menjadi teladan bagi meneruskan lagi dasar penswastaan Kerajaan. Tenaga Nasional juga mungkin boleh mengembangkan perkhidmatannya dalam bidang-bidang yang berkaitan, sama seperti penglibatan utiliti-utiliti tenaga elektrik negara- negara asing.
Tuan-tuan dan puan-puan,
17. Saya mengucapkan tahniah atas kejayaan-kejayaan LLN yang lalu dan mengucapkan selamat maju jaya untuk masa yang akan datang. Penswastaan LLN dan munculnya Tenaga Nasional telah memberi nafas dan tenaga baru untuk membolehkan badan ini menghadapi cabaran-cabaran di masa depan. Pengurusan komersial yang lebih peka kepada kehendak pengguna, teknologi semasa dan mutu perkhidmatan yang tinggi akan meningkatkan lagi produktiviti dan menyumbang ke arah pembangunan ekonomi dan kemakmuran negara.
Tuan-tuan dan puan-puan,
18. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan perlantikan Yang Berbahagia Datuk Ibak Abu Hussin sebagai ketua eksekutif Tenaga Nasional.
19. Sekarang saya dengan sukacitanya merasmikan Pelancaran Tenaga Nasional ini.
Pada satu ketika dahulu industri menjana elektrik adalah monopoli awam sebelum 1992. Menurut TNB History, Lembaga Lektrik Negara (LLN):
merupakan satu entiti yang berjaya dan beruntung dengan pengurusan berkaliber. Mereka mampu menurunkan tariff kepada pengguna. Bank Dunia pernah memujinya dengan mengiktirafkannya sebagai sebuah entiti yang ditadbir dengan baik, sihat dari segi kewangan dengan dasar menentukan harga yang sesuai, dan autonomi yang mencukupi.
Pada 1 September 1990, LLN dikorporatkan menjadi Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan dimilik penuh oleh Kementerian Kewangan.
Penswastaan TNB 1992
Oleh kerana perkembangan ekonomi pesat pada hujung 1980an, TNB telah merancang untuk meningkatkan kapasiti penjanaannya tetapi tidak dibenarkan oleh kerajaan. Akhirnya keadaan ini – permintaan tinggi untuk tenaga elektrik tanpa kapasiti menjana yang sepadan – mengakibatkan satu power blackout 48 jam di seluruh Semenanjung Malaysia pada 29 September 1992.
Penswastaan industri menjana kuasa elektrik bermula selepas insiden ini. Pada tahun 1992, kerajaan memulakan penswastaan TNB dengan menjual 22% saham TNB di KLSE. Soalan yang timbul adalah, adakah keadaan blackout diwujudkan untuk menjustifikasikan penswastaan?
Tujuan dasar penswastaan
Dasar penswastaan diumumkan oleh kerajaan pada tahun 1983 dengan tujuan: – mengurangkan beban kerajaan daripada aspek kewangan dan pentadbiran – membaiki kecekapan dan produktiviti – membantu dalam pertumbuhan ekonomi
Kajian menunjukkan bahawa 20 tahun selepas penswastaan TNB, kerajaan gagal mencapai ketiga-tiga tujuan ini. Pihak kerajaan sendiri mengaku bahawa penswastaan penjanaan tenaga tidak begitu berjaya:
our past experience in privatizing power generation has not resulted in optimal results. – CEO, 1Malaysia Development Berhad (syarikat milik kerajaan yang membeli aset tenaga Ananda Krishnan pada Mac 2012).
Rasionale untuk penswastaan TNB tidak masuk akal memandangkan ia adalah satu perusahaan milik kerajaan yang cukup beruntung dan berjaya. Di samping itu, gambaran yang diberi kepada rakyat adalah bahawa hanya perusahaan yang mengalami kerugian (unprofitable) akan diswastakan.
Pemberian lesen menjana kuasa kepada syarikat-syarikat kroni
Penswastaan telah berlaku di TNB dan juga di industri menjana elektrik.
Daripada permulaan sehingga kini, kerajaan menjadi pemilik saham majoriti di TNB. Pada tahun 2011, 25% syer TNB dipegang oleh syarikat swasta manakala 75% dipegang oleh GLC dan agensi-agensi kerajaan lain seperti Khazanah, EPF, KWSP dll.
Walau bagaimanapun, aspek penswastaan yang amat signifikan adalah penawaran lesen menjana kuasa lektrik kepada syarikat-syarikat swasta (independent power producers atau IPP – penjana tenaga bebas) yang diberi kontrak untuk menjana kuasa dan menjual kepada TNB untuk dibekalkan kepada pelanggan.
Lesen IPP diberi dalam tiga fasa, dari 1993 ke 1995 (IPP Generasi Pertama), 1998 ke 2001 (IPP Generasi Kedua) dan dari 2002 – 2006 (IPP Generasi Ketiga).
Pada tahun 1995, lima IPP generasi pertama membekalkan 30.99% keperluan tenaga negara. Kini, IPP membekalkan 60% berbanding dengan 40% oleh TNB.
Lima IPP pertama yang sangat istimewa
Lima IPP yang pertama khususnya mendapat deal yang paling hebat yang berpotensi untuk memusnahkan TNB dan merugikan rakyat.
Pemiliknya adalah:
YTL Power Generation Sdn. Bhd. milik Tan Sri Dato’ Seri Dr. Yeoh Tiong Lay
Segari Energy Ventures Sdn. Bhd milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
Port Dickson Power Bhd milik Tan Sri T. Ananda Krishnan*
Powertek Bhd milik Tan Sri T. Ananda Krishnan
Genting Sanyen Power Sdn. Bhd. milik Tan Sri Lim Goh Tong
*kini dibeli oleh 1MDB
Kesemua pemilik ini adalah taikun dan nama mereka tersenarai dalam 10 individu terkaya di Malaysia dalam Forbes Rich List, dan melalui pelaburan dalam IPP mereka telah melipat gandakan kekayaan mereka.
Pemilihan IPP dilaksanakan oleh EPU (Economic Planning Unit, Jabatan Perdana Menteri) tanpa telus. Tidak ada tender terbuka dan mereka dipilih bukan berasaskan kebolehan, pengalaman atau kepakaran mereka kerana kesemua pun tidak ada pengalaman dalam bidang ini.
Apa yang menarik ialah penawaran lesen kepada lima IPP pertama juga tidak dipengaruhi oleh Dasar Ekonomi Baru (NEP) – tidak ada kuota khas kepada kaum Bumiputera atau usaha untuk menghasilkan kelas korporat Melayu, dan terdapat hanya seorang Bumiputera dalam senarai lima itu.
Hanya satu kelayakan yang dapat dilihat dengan ketara iaitu hubungan bakal pemilik IPP dengan Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri pada masa itu. Kesemua mereka adalah kroni Dr Mahathir.
PPA – kontrak merompak wang TNB
PPA adalah kontrak antara TNB dan IPP dan berjangka masa 21 tahun. Kontrak ini dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi (OSA) sehingga hari ini. PPA amat berat sebelah kepada IPP, dan amat merugikan TNB dan rakyat.
Di bawah PPA, ada dua jenis bayaran yang perlu dibuat oleh TNB kepada IPP:
a) Bayaran ‘Take or Pay’
TNB mesti membeli sejumlah kuantiti elektrik daripada IPP seperti yang ditetapkan dalam PPA pada harga yunit yang dipersetujui dalam PPA, atau tetap membayar untuk kuantiti tersebut walaupun TNB tidak memerlukannya.
Isu-isu berkaitan adalah:
harga elektrik yang dibeli daripada IPP lebih tinggi daripada yang dijana sendiri oleh TNB, dan mengakibatkan kos yang lebih tinggi kepada pengguna. Contohnya menurut Tan Sri Ani Arope, pada tahun 2006, TNB menjana kuasa pada kos 8 sen seunit (kWh) dan mampu menjualnya kepada pelanggan pada harga 17 sen seunit, manakala kos menjana elektrik oleh IPP ialah 16 sen seunit (kWh) yang dijual kepada TNB pada harga 23 sen dan dijual kepada pelanggan pada harga 30 sen.
risiko penurunan dalam permintaan seperti berlaku semasa krisis ekonomi ditanggung oleh TNB. Semasa Krisis Ekonomi Asia tahun 1997, TNB terpaksa hentikan pengeluarannya sendiri untuk menunaikan kontrak PPA
b) Bayaran untuk kapasiti dan tenaga
i) Bayaran kapasiti Ini adalah bayaran tetap yang dibuat kepada IPP (untuk mendapat kembali kos pembangunan kemudahan menjana kuasa dan ‘overhead’ tetap) untuk mengendalikan sejumlah kapasiti menjana berlebihan – ‘reserve capacity’. Ini adalah amalan biasa dalam sektor tenaga dan peratus kapasiti berlebihan adalah antara 15% dan 20%. pada peringkat antarabangsa.
Masalah di Malaysia adalah kapasiti berlebihan yang ditetapkan adalah 40% – dua kali lebih daripada kapasiti berlebihan yang diperlukan! Oleh itu TNB terpaksa membayar dua kali ganda daripada apa yang perlu dibayar kepada IPP. Di Thailand yang menarik lebih banyak FDI daripada Malaysia, kapasiti berlebihan adalah 22% sahaja.
Kapasiti berlebihan dua kali ganda ini amat menguntungkan IPP tetapi amat membazirkan dan merugikan TNB. Lebih daripada 50% bayaran TNB kepada IPP adalah bayaran untuk kapasiti berlebihan. Sekiranya penaksiran kapasiti berlebihan dibuat dengan lebih kompeten, TNB dapat menjimatkan berbilion-bilion ringgit.
ii) bayaran untuk tenaga
Merupakan bayaran untuk turun naik kos operasi (supaya beban inflasi tidak ditanggung oleh IPP) dan kos bahan bakar yang digunakan dalam penjanaan.
Kos bahan api adalah kos ‘pass-through’ iaitu apa sahaja kos bahan api yang diperlukan bagi menjana elektrik akan dicaj kepada pengguna. Disamping itu, TNB akan tanggung sekiranya ada kenaikan harga bahan api.
IPP adalah penerima subsidi gas paling banyak daripada Petronas. Pada Mei 2011, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui mempertahankan IPP dengan mengatakan bahawa IPP tidak mendapat sebarang keuntungan daripada subsidi gas yang merupakan kos ‘pass-through’.
Tetapi walaupun IPP mendapat gas dengan harga yang rendah, ia membekalkan elektrik kepada TNB dengan harga yang lebih tinggi daripada harga TNB. Ini bermakna IPP mendapat keuntungan besar daripada subsidi gas.
Untung terjamin untuk IPP – risiko perniagaan ditanggung oleh TNB
IPP bebas daripada risiko penurunan dalam permintaan (jualan terjamin) dan kenaikan harga bahan bakar serta dijamin keuntungan sebanyak sekurang-kurangnya 20% setiap tahun untuk 21 tahun. Mana ada peranan ‘entrepreneurship’ yang diambilkira sebagai salah satu faktor pengeluaran oleh pakar ekonomi ‘mainstream” dan manakah sumbangannya terhadap berbillion-billion ringgit untung yang diperolehi daripada TNB?
Bayaran TNB kepada IPP
Tahun
Bayaran kpd IPP: RM
Bayaran untuk tenaga
Bayaran kapasiti
2007
7.7bn
4.2bn
3.5bn
2008
8.7bn
3.9bn
4.8bn
2009
11.9bn
5bn (projected)
2010
12.5bn
2011
14.2bn
Hampir setengah kos operasi TNB terdiri dari bayaran kepada IPP, dan separuh dari bayaran ini adalah untuk bayaran kapasiti, dimana separuh wang atau RM2.4bn untuk 2008 dapat dijimatkan sekiranya reserve kapasiti yang munasabah ditetapkan. Jumlah bayaran kepada IPP meningkat tahun demi tahun sedangkan pendapatan bersih TNB turun.
Perjanjian ini sangat memihak kepada IPP sehingga Tan Sri Ani Arope Pengerusi Eksekutif TNB pada masa itu enggan menandatangani kontrak dan meletak jawatan. Perjanjian ini tidak disenangi dan dikritik oleh ketua-ketua TNB sejak masa itu, malah, pakar economi haluan kanan juga mengkritiknya.
Kesan penswastaan industri tenaga – TNB, rakyat dan negara
a) Meningkatkan beban hutang kerajaan melalui subsidi gas yang diberi kepada IPP dan TNB sehingga hari ini
b) Menghakis prestasi kewangan TNB dengan bayaran berbillion-billion ringgit kepada IPP. Dua puluh tahun sejak IPP diberikan lesen, status kewangan, prestasi dan imej TNB turun. Pada tahun 2011, keuntungan bersih turun TNB dari RM3.2bn pada tahun 2010 ke RM499.5 juta (salah satu sebab kerana terpaksa bayar harga pasaran untuk gas dan membeli bahan bakar ganti yang lebih mahal), dan dividen akhir tahun untuk tahun kewangan 2010/2011 tidak dapat dibayar. Tetapi pada masa yang sama, IPP mendapat keuntungan yang lumayan melalui satu kontrak yang dikatakan baik sekali di dunia.
c) Mengakibatkan kenaikan tarif kepada pengguna.
d) Tidak meningkatkan kecekapan penjana kuasa. Menurut institut bebas Refsa (Research for Social Advancement), kos menjana elektrik oleh IPP di Malaysia 80% lebih tinggi daripada penjana di Singapura
e) Selepas 20 tahun IPP dan TNB masih bergantung kepada subsidi gas dan tidak ada usaha untuk membangunkan teknologi tenaga alternatif yang murah dan hijau dengan menggunakan wang keuntungan IPP.
Syor
Peranan TNB seolah-olah mengorbankan diri sendiri supaya IPP boleh terus mendapat untung lumayan. Keputusan kerajaan untuk membeli aset menjana tenaga yang dijual oleh Ananda Krishnan adalah pengakuan bahawa model penswastaannya telah gagal.
Tetapi ini tidak cukup, dan tindakan-tindakan berikut disyorkan:
Hentikan kontrak PPA dengan serta merta dan kenakan bayaran ganti rugi
Tamatkan kontrak dengan semua IPP, dan miliknegarakan industri penjanaan elektrik. Berbillion-billion ringgit bayaran kepada IPP boleh dijimatkan.
Gunakan wang yang dijimatkan untuk membangunkan sumber tenaga alternatif hijau
Ambil tindakan undang-undang terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan EPU kerana memecah amanah dengan tindakan jenayah mereka mewujudkan PPA yang merugikan kerajaan dan rakyat.
Rujukan: 1. Annual Report TNB 2011 2. The High Cost of Private Monopolies, CAP 3. The IPP Investment Experience in Malaysia, Jeff Rector 4. Dec 2010, Malaysiakini article by SM Idris 5. TNB History 6. REFSA (Research for Social Advancement) , June 2011 7. Lim Guan Eng’s letter June 2006 to TNB CEO 8. Viewpoints, pg 3, StarBizWeek, 4/2/12 9. Finance Twitter 10. Artikel-artikel dr Malaysian Insider, Malaysiakini 11. Temuduga Starbiz, The Star, 6 June 2006
Serangan terbaru Sarawak Report kini ditujukan kepada Rosmah Mansor bagi mengalihkan pandangan kekeliruan terhadap tuduhan sebelumnya mengenai 1MDB yang diputar belit.
Kali ini Sarawak Report mengemukakan sekeping kertas yang kononnya transaksi wang kepada akaun Rosmah.
Selepas pemeriksaan dibuat, No Kad Pengenalan Rosmah yang dipaparkan pun sudah salah bagaimana pula mahu mempercayai kandungan seterusnya tuduhan tersebut.
Bagaimana dikatakan sumber Sarawak Report ini sahih sedangkan permulaan dan yang paling penting No Kad Pengenalan sudah salah. Perkara ini bukan sengaja bagi penyiasat tambahan pula penyiasatan ini berprofil tinggi dan melibatkan audien seluruh dunia yang mahu melihat skandal terbesar pemimpin Negara Malaysia.
Kertas semakan juga tidak berkualaiti kerana ia hanya salinan cetakan yang sesiapa sahaja boleh buat dengan mudah. Perincian transaksi bank seperti tuduhan Sarawak Report sepatutnya sudah ada di tangan dan boleh disiarkan untuk memberi bukti kepada pembaca bahawa transaksi itu benar wujud dan sahih.
Saya berikan sahabat pembaca keratan artikel Utusan Online bertarikh 23/06/2002 ketika detik cemas Mahathir mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional dan semua jawatan dalam parti di hadapan pada para perwakilan Perhimpunan Agung UMNO ke-56 di Dewan Merdeka, PWTC.
Ketika ini Mahathir menjadi HERO UMNO dengan laungan, tangisan dan pelbagai reaksi perwakilan yang sayangkannya.
Tapi hari ini selepas apa yang dilakukannya pada Pak Lah dan Najib, Mahathir meletakkan dirinya entah dimana. Hari ini bukan hari ketika beliau memerintah dulu dan hari ini keadaan dan persekitarannya sama sekali tidak sama.
Kalau dulu mahathir teruskan menjadi Perdana Menteri Malaysia sudah pasti beliau akan menjadi sasaran serangan tanpa henti yang tidak berperikemanusiaan dari Pengamal Media Sosial.
Hari ini Mahathir hanya berada dibelakang tabir dan tiada faedah atau keuntungan kepada pembangkang atau sesiapa sahaja untuk menyerangnya. Tapi Najib berada di depan menjadi "Beg Tumbuk" dan "Papan Sasaran" dari semua arah dan penjuru.
Dulu setiap cakap Mahathir diserang pembangkang tapi hari ini disanjung pembangkang. Fikirlah kenapa kalau sayangkan UMNO.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dr. MAHATHIR Mohamad sebak ketika dikerumuni oleh para pemimpin UMNO sejurus selepas mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti dan Barisan Nasional di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.
Oleh WARTAWAN UTUSAN
KUALA LUMPUR 22 Jun - Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad mencemaskan seluruh negara petang ini dengan pengumuman mengejut meletakkan jawatan Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional dan semua jawatan dalam parti.
Bagaimanapun pengumuman itu ditarik balik dalam masa satu jam yang penuh mendebarkan setelah dipujuk oleh seluruh anggota Majlis Tertinggi parti dan pekikan `tarik balik' berulang kali yang penuh emosi dan kesedihan para perwakilan yang menggemuruhkan Dewan Merdeka, PWTC.
Timbalan Presiden, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri mengumumkan keputusan Dr. Mahathir menarik balik peletakan jawatannya dan ia secara spontan disambut dengan tepukan dan teriakan paling bergemuruh daripada beribu orang yang sebelum itu menunggu dengan penuh harapan.
Insiden yang sungguh mendebarkan - pertama kali berlaku dalam sejarah UMNO - disambut dengan tangisan serta jeritan yang sukar digambarkan dan ia tersiar secara langsung melalui televisyen yang ketika itu sedang meliputi ucapan Dr. Mahathir menggulung perbahasannya pada Perhimpunan Agung UMNO ke-56.
Ia tersebar juga ke seluruh dunia apabila agensi-agensi berita asing sempat menghantar flash (berita awal) mengenai peletakan jawatan Dr. Mahathir itu.
Dr. Mahathir, yang menyandang jawatan Perdana Menteri 16 Julai 1981 dan Presiden UMNO 28 Jun 1981, membuat pengumuman itu secara mengejut tepat pada pukul 5.59 petang, iaitu di saat-saat akhir sebelum mengakhiri ucapan penangguhannya.
Sambil tersekat-sekat dalam nada tersebak, beliau berkata: (sebahagian petikan): ``...saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan... mengumumkan.. satu... peletakan jawatan saya (tersebak sambil meminum air) peletakan jawatan saya sebagai Presiden UMNO dan semua jawatan-jawatan... yang dipegang oleh saya.....dalam parti, peletakan saya sebagai pengerusi BN dan semua jawatan dalam BN...''
Semasa itu, seluruh perwakilan dalam Dewan Merdeka terpaku dan tersentak, dan serentak itu suasana kecoh berlaku dalam dewan itu - para perwakilan tidak bergerak dari Dewan Merdeka.
Datuk Seri Rafidah Aziz - orang pertama yang menerpa ke arah Dr. Mahathir di rostrum sambil berkata... why? (mengapa)... why...you shouldn't do this? (tak boleh buat macam ni).
Dalam keadaan kelam kabut itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyambar mikrofon secara spontan dari tempat duduknya dan berkata: ``kita tidak boleh terima ini...kita minta Datuk Seri tarik balik.''
Abdullah mengumumkan bahawa anggota Majlis Tertinggi sebulat suara menolak hasrat Dr. Mahathir untuk meletakkan jawatan.
Dalam peristiwa yang disaksikan secara langsung oleh seluruh rakyat Malaysia (sebelum siarannya diputuskan), Dr. Mahathir menjawab: ``No..no..i have decided...i have decided (tidak, tidak saya telah buat keputusan)...dah lama dah.
Serentak itu, Datuk Hishammuddin Hussein turut meluru ke rostrum sambil menangis memegang bahu Dr. Mahathir dan kesemua ahli MT menyerbu dan mengelilingi Perdana Menteri.
Dr. Mahathir yang dikerumuni oleh para anggota MT, kelihatan sebak, menangis dan menggeleng-gelengkan kepalanya seolah-olah sebagai tanda beliau tidak mahu berganjak dengan keputusannya.
Suasana ketika itu sungguh tegang - para perwakilan menjerit-jerit minta beliau menarik balik keputusannya - tidak mempercayai apa yang berlaku.
Pengerusi Tetap UMNO yang mempengerusi mesyuarat itu, Tun Sulaiman Ninam Shah - turut tersentak. ``Apa dah jadi...apa dah jadi.... sabar sikit.''
Suasana di luar Dewan Merdeka - di mana beribu-ribu ahli UMNO dan orang ramai menyaksikan ucapan itu di sebuah skrin besar turut tersentak dan menjerit - masing-masing tergamam.
Dalam suasana tidak menentu itu juga (kira-kira pukul 6.10 petang) Sulaiman meminta para perwakilan yang menyerbu naik atas pentas supaya bertenang.
``Tolong bertenang, saya minta jurugambar-jurugambar keluar dari sana, jurugambar-jurugambar keluar, tolong bertenang...hooi (bunyi jeritan Sulaiman).
``Saya mintak ahli majlis tertinggi ambil tempat masing-masing...saya mintak ahli majlis tertinggi mengambil tempat masing-masing.''
Sulaiman kemudian mengumumkan penangguhan persidangan selama 10 minit.
Pada masa itu (kira-kira 6.16), beberapa orang ahli MT memapah Dr. Mahathir keluar dari dewan itu ke sebuah bilik rehat di belakang pentas.
Para perwakilan lelaki dan wanita dilihat menangis sebahagian lagi menyanyi lagu `UMNO' dan jeritan `Hidup Mahathir' berulang kali.
Mingguan Malaysia dahamkan semasa dalam bilik itu, Dr. Mahathir dipujuk oleh isterinya, Datin Seri Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali - termasuk Abdullah, Rafidah, Tan Sri Khalil Yaakob dan semua Naib Presiden.
Di pintu utama luar Dewan Merdeka - sekumpulan pemuda - emosional - menjerit-jerit meminta Dr. Mahathir jangan berundur.
Mereka menyanyikan lagu-lagu UMNO, Barisan Kita dan jeritan Hidup Mahathir.
Dalam suasana tidak terkawal di situ - dikerumuni orang ramai dan para wartawan - tenaga polis tambahan dipanggil mengawal keadaan.
Bagaimanapun pada pukul pukul 6.57 petang, Abdullah mengumumkan bahawa Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad bersetuju menarik balik keputusannya itu setelah dipujuk oleh MT.
Suasana menjadi reda sedikit. Pada masa itu, Dr. Mahathir telahpun meninggalkan Pusat Dagangan Dunia Putra - pulang ke kediamannya di Putrajaya.
Serentak itu, pada kira-kira pukul 7.05 petang, doa dibaca oleh Pengerusi Biro Agama UMNO, Tan Sri Dr. Hamid Othman dan para perwakilan - orang ramai menadah tangan mengaminkannya, diikuti nyanyian lagu Negaraku disusuli dengan selawat nabi.
Orang ramai, para pemerhati khususnya pemuda-pemuda di luar dewan kemudian menjerit kesukaan dan menyanyikan lagu-lagu semangat.
Kira-kira pukul 8 malam ini, Majlis Tertinggi UMNO mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan tindakan Dr. Mahathir itu. Mesyuarat dipengerusikan oleh Abdullah.
“Dia berlagak seolah-olah menjadi pengarah kepada pilihan parti, menentukan orang itu memegang jawatan itu… orang ini pula memegang jawatan ini, siapa yang perlu ada dalam parti, siapa yang perlu dikeluarkan. Apa hak dia buat begitu?.”
Kita ungkit kisah dulu ketika mahathir jadi gila mahu Pak Lah turun dari kerusi Perdana menteri. Mari kita baca sedikit sedutan berita dari bernama ini.
KOTA KINABALU 18 Okt. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahahir Mohamad yang menurutnya berlagak seolah-olah pengarah pilihan (pemilihan) parti yang menentukan “siapa yang perlu berada dalam parti UMNO dan siapa yang perlu dikeluarkan”.
Perdana Menteri berkata, UMNO tidak pernah memerlukan arahan daripada pemimpin yang tidak berada dalam parti itu.
“Siapakah Tun yang dah keluar parti UMNO itu nak cuba membuat arahan kepada orang UMNO apa yang patut dilakukan?
“Dia berlagak seolah-olah menjadi pengarah kepada pilihan parti, menentukan orang itu memegang jawatan itu… orang ini pula memegang jawatan ini, siapa yang perlu ada dalam parti, siapa yang perlu dikeluarkan. Apa hak dia buat begitu?,” katanya pada persidangan akhbar di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, di sini malam ini.
Abdullah mengulas kenyataan Mahathir yang mahu perwakilan UMNO “mengusir orang-orang Abdullah” dalam pemilihan parti itu Mac depan.
“Sebenarnya beliau mahu menimbulkan pergolakan, kemarahan dan kebencian. Apakah salah sangat orang-orang yang bekerja dengan saya. Apakah kalau mereka itu tidak bercakap atau tidak riuh-rendah maka itu mesti dianggap sebagai orang yang tidak baik…orang yang tidak pernah membuat baik untuk UMNO dan kerajaan.
“Siapa dia yang membuat penentuan seperti itu. Ini akan menimbulkan kebencian sesama ahli UMNO, mengajar ahli UMNO bergaduh sesama sendiri,” katanya.
Abdullah berkata, beliau mengambil keputusan untuk tidak bertanding jawatan Presiden UMNO bagi mengelakkan perbalahan sesama anggota parti.
“Oleh sebab adanya pertandingan sebagaimana yang biasa berlaku terutama di peringkat atasan berpecah belah. Kita patut belajar daripada apa berlaku dulu.
“Cakap macam ini akan menimbulkan kemarahan kepada mereka yang dianggap tidak boleh terima, mesti diketepikan. Saya menganggap apa yang Tun telah lakukan sebenarnya menimbulkan perkelahian di dalam UMNO,” kata Abdullah.
Menurut Perdana Menteri, gesaan Mahathir itu tidak akan mendatangkan kebaikan.
“Inikah “reform” yang diharapkan…Kita ada kebebasan, tiap-tiap ahli UMNO ada kebebasan untuk bertanding.
“Saya dengar kata Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka) yang nak bertanding timbalan presiden dicuba orang tertentu memaksa dia untuk tarik balik…Mengapa suruh Ali tarik balik? Apa tak eloknya Ali?.
“Tak boleh diberi saja kebebasan untuk bertanding… tentu ada orang yang mahu sokong mahupun yang tak sokong. Jadi biarlah dia bertanding dan biarlah orang UMNO menentukannya,” katanya.
Dalam hal ini, anggota UMNO tidak perlu orang daripada luar untuk memberi arahan.
“Adalah lebih baik Tun tak cakap langsung pada hari ini,” katanya.
Sementara itu, Abdullah juga kecewa apabila Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, tidak mengendahkan keputusan peralihan kuasa yang dipersetujui antara beliau dan Najib pada Mac tahun depan.
“Sebenarnya dialah (Muhyiddin) yang menimbulkan isu mempercepatkan peralihan kuasa dilakukan dengan membuat kenyataan-kenyataan di luar, di Singapura.
“Semua orang dah bersetuju. Mereka sendiri tak kata tak bersetuju. Datuk Seri Mohd. Najib dengan saya dah ada persetujuan yang direstui dan dipersetujui oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO,” katanya.
Abdullah berkata, beliau telah menerangkan sebab beliau memerlukan masa yang dipersetujui antara beliau dan Najib, antaranya, terdapat perkara berkaitan dengan reform yang beliau hendak laksanakan dan dibawa ke persidangan Dewan Rakyat.
“Apakah dia takut reform? Apakah dia tidak mahu reform? Apakah ini sebagai satu langkah untuk menggagalkan usaha-usaha sedangkan reform itu dikehendaki oleh rakyat.
“Saya dimarah oleh rakyat kerana tidak memenuhi janji. Sebab itu ada dalam manifesto 2004 apabila saya bertanding, apabila kita memenangi pilihan raya pada 2004 dengan sokongan yang kuat.
“Mengapa pula dia mencadangkan seperti itu? Ertinya nak menggagalkanlah.
Nak menggagalkan saya atau menghalang saya mengambil tindakan-tindakan yang saya telah usahakan.
“The point is that there is an agreement. Dah setuju. Mengapa mengungkit lagi?
Tak sabar agaknya nak jadi Timbalan Presiden. Itupun kalau ada cukup orang nanti nak menyokong dia,” katanya.
Hari ini saya menonton sebuah video dari Whatsapp yang dihantar oleh rakan saya mengenai seorang pelajar yang berkongsi kisah hidupnya.
Zahra berumur 23 tahun pemegang Ijazah Undang-Undang dari Universiti Tempatan bermimpi tentang kehidupannya setelah tamat pengajian yang begitu indah dengan gaji yang besar dan ingin hidup mewah.
Zahra menceritakan raliti hidup berkerja pada usia 23 tahun yang terpaksa menyewa kereta bapanya sendiri untuk berulang-alik ke pejabat dan pada hujung bulan terpaksa naik LRT.
Zahra berangan mahu membeli rumah mewah di Melawati atau Ampang yang harganya jutaan ringgit. Menyalahkan nasib sebab terpaksa berhimpit di bilik sewa 8 orang sebilik. Merungut susah hingga terpaksa mengupamakan mahu kahwin dengan lelaki kaya untuk keluar dari masalah ekonomi yang dihadapainya.
Suara Zahra katanya mewakili anak muda melayu.
Lihatlah, betapa manjanya anak muda melayu. Umur baru setahun jagung sudah berlagak menceritakan detik kesusahan hidup kononnya.
Susah bagaimana hidupnya hingga terpaksa menyewa kereta bapanya sendiri dengan harga RM 500 sebulan? mampu menyewa kereta bagaimana yang dikatakan susah?
Dengan gaji Ijazah yang Zahra ada takan tidak mampu membeli sebuah kerata baru buatan Malaysia yang murah. Hanya dalam lingkungan RM 300 sebulan, jimat sudah RM 200 dari menyewa kereta bapanya tadi.
Zahra juga boleh beli Kereta Perodua Kancil terpakai dengan harga tunai lebih kurang RM 5000 jika Zahra tidak malu.
Jika mahu lebih jimat, tadi Zahra kata naik LRT di hujung bulan. Mengapa tidak naik LRT sahaja setiap hari dan duit yang dibelanjakan untuk perkara tidak berfaedah itu boleh disimpan untuk buat duit pendahuluan kereta atau disimpan untuk beli rumah.
Zahra mewakili suara Anak Muda Melayu Malaysia yang memperlihatkan betapa tidak bergunanya Aak Muda Melayu sekarang yang tidak tahu berusaha dan hanya berharap dengan bantuan kerajaan sahaja.
Anak Muda Melayu di Malaysia hari ini sangat lemah dan malas tapii bercita rasa besar mahu itu dan ini. Zahra membawa suara mereka di pentas di hadapan Timbalan Perdana Menteri.
Inilah dia barisan pelapis generasi akan datang Negara Malaysia. Pelapis yang malas, berlagak, angkuh dan tak berguna. Hanya tahu meminta dan meminta. Dibela dari lahir hingga mati.
"Melayu Mudah Lupa" kata-kata Mahathir yang sampai hari ini disebut-sebut menggambarkan Bangsa Melayu yang tidak mengenang budi, yang lupa asal usul, yang tidak mendengar kata, yang tidak berterima kasih dan yang bakal merempat dibumi sendiri akibat tamak haloba dan gila kuasa berperang sesama bangsa seagama.
Suatu ketika dulu tanpa Mahathir entahkan apa yang akan jadi pada Malaysia ini. Mahathir Bapa Pembangunan yang membawa wajah baru pada Tanah Melayu, memberi nafas kepada era pembangunan yang tidak terfikir Bangsa Melayu ini akan jadi begini maju hari ini dengan jasanya.
Jambatan Pulau Pinang, Proton Saga hinggalah ke KLCC, F1 dan Putrajaya bangganya kita dengan impian Mahathir menjadikan Malaysia terkenal didunia walaupun negara ini sangat kecil dibandingkan negara Asia Tengara yang lain.
Banyak jasa Mahathir dalam membangun ekonomi bangsa Melayu juga tidak harus kita lupa. Dasar Ekonomi Baru banyak mengubah nasib Bangsa Melayu hingga anak-anak Bangsa Melayu boleh berjaya menjadi profesional dalam bidang masing-masing.
Hari ini mahathir sudah tiada lagi. Sudah bukan lagi Perdana Menteri Malaysia.
Hari ini Najib Perdana Menteri. Najib menggantikan Abdullah (Pak Lah) yang digulingkan Mahathir kerana tidak puas hati dengan prestasi Paklah yang gagal mencapai KPI yang ditetapkan Mahathir.
Bagus Mahathir kerana menjaga bangsa Melayu. Paklah ditendang kerana gagal mengikut kehendaknya.
Hari ini Najib juga gagal di mata Mahathir. Najib hari ini diserang seteruk-teruknya oleh Mahathir.
Mahathir mahu Najib turun dan dia sangka semudah dia menurunkan Paklah. Namun sebaliknya berlaku, Najib degil dan berpegang kepada janjinya untuk menjadi Perdana Menteri kepada Rakyat Malaysia dengan misi dan visinya.
Atas Nama RakyatMahathir gunakan kononnya Rakyat Malaysia dan Bangsa Melayu ditipu Najib. Gagal kuncu-kuncunya menyerang mahathir pergi sendiri bergerak di pentas-pentas ceramah memburukkan Najib seolah-olah najib itu bodoh sangat hendak menjahanamkan rakyatnya sendiri.
Mahathir menyerang pelbagai arah. Menyerang peribadi Najib, Isteri Najib dan segala kepentingan Najib.
Tergamak dan terdesak sungguh Mahathir entah atas alasan apa. Tapi yang yang pasti Mahathir punyai sesuatu yang tidak tercapai atau yang Najib tidak mahu tunaikan hingga Mahathir megamuk demikian rupa.
Hari ini kesempatan diambil oleh media antarabangsa. Agen-agen Yahudi yang mahu menjahanamkan negara-negara Islam dan Malaysia salah satu yang sudah lama menjadi sasaran.
Ekonomi Malaysia diserang. Tuduhan liar dan persepsi negatif dilempar atas nama Najib. Rosmah dihina dan UMNo menjadi mangsa.
Begitu terdesak Mahathir.
Barangkali Platform UMNO sudah tiada lagi bagi Mahathir memberi tunjuk ajar atau menegur Najib. Mungkin mahathir bukan Ahli UMNO kalau tidak masakan dia menyerang di luar platform yang sepatutnya.
Orang kata pula, kalau tegur dalam UMNo tidak akan jadi penyelesaian. Najib tak boleh jatuh kalau gunakan platform UMNO.
Pelik! habis selama ini yang jatuh bangun terlentang tergolek dengan duit berjuta habis itu dalam platform mana!
Jawab saja tidak sabar tunggu pemilihan untuk jatuhkan Najib! Tidak sabar mahu naikkan kroni sendiri semetara Anwar di dalam penjara!
Orang Berjasa wajib dihormati selagi dia menjaga marah dirinya. Orang Tua baik menegur jika terlihat songsang dimatanya demi masa depan anak cucu tapi teguran mestilah berasas tanpa niat selain dari kepentingan peribadi sendiri.
Mahathir bukan maksum tidak pernah buat salah dan Mahathir juga bukan selamanya wajib disanjung atas nama jasanya kepada Tanah Melayu malaysia.
Mahathir punyai kecerdikan yang tinggi tapi apa yang berlaku hari ini menjadikan Mahathir sekeji-keji manusia.
Seranglah sepuas hati dan nak tukar kepada siapa lagi Perdana Menteri Malaysia ini sebelum mati.
Benar kata Mahathir, "Melayu Mudah Lupa". Hari ini Mahathir lupa sepertimana dia melupakan Bangsa Melayu lama dulu ketika pemerintahannya.
Bangsa Melayu tidak akan pernah maju, yang maju bangsa Asing seperti yang Mahathir berikan keistimewaan dan kemewahan sepanjang pemerintahannya.
"Hari Ini Mahathir Sudah Lupa" Mahathir yang tidak mengenang budi, yang lupa asal usul, yang tidak mendengar kata, yang tidak berterima kasih dan yang membuat Bangsa Melayu merempat dibumi sendiri akibat tamak haloba dan gila kuasa berperang sesama bangsa seagama.
*Ini hanya luahan hati aku, kekecewaan aku melihat pemimpin yang pernah aku agungkan membunuh Bangsanya sendiri kerana kepentingan peribadi.
Kepada yang tidak setuju itu hak kamu, aku pilih jalan aku, kamu pilih jalan kamu!
Tindakan MP Seputeh Teresa Kok menonjolkan gambar warga Iban berpakaian tradisi dalam satu upacara di sebuah gereja menimbulkan kemarahan para pengguna di Facebook.
Teresa berbuat demikian untuk mempersoalkan peraturan berpakaian yang dikuatkuasa di bangunan kerajaan.
“Pakaian tradisi Iban ini memang akan dilarang masuk pejabat kerajaan dengan kod pakaian perkhidmatan kerajaan sekarang,” kata Teresa.
Beliau yang mengaku "tertarik" dengan pakaian tradisi tersebut turut bergambar dengan enam orang lelaki Iban tersebut dalam acara di gereja Divine Mercy di Shah Alam.
Ini kerana, lelaki tersebut berpakaian "setengah bogel" dan "tidak menutup aurat", kata MP DAP itu lagi dalam tulisannya di laman tersebut.
Secara tidak langsung ia juga bagi menyahut cabaran pensyarah kontroversi, Ridhuan Tee agar pihak yang tidak bersetuju dengan etika pemakaian masuk ke gereja dengan hanya berseluar dalam.
Namun lain pula reaksi pengguna Facebook, yang antara lainnya menganggap tindakan itu memperbodoh-bodohkan mereka.
Pavl Alan Morison: Saya orang Sarawak. Simple, pakaian itu adalah pakaian tradisional orang Iban. Kita hanya pakai waktu perayaan atau upacara tertentu. Stop the nonsense.
Alwi Adam EzazWealth: Nampak sangat tak kenal orang Sarawak. Orang Iban dah tak pakai pakaian macam ini untuk aktiviti seharian. Ini pakaian tradisi.
Teresa ingat orang Iban mundur sangat ke? Dah majulah.
Wan Sahrin Izwan: Statement nyonya ini menampakkan tahap mentaliti serta IQ beliau yang berada di bawah tahap tapak kasut. Kaum Iban sendiri pun tahulah dress code nak buat urusan rasmi di pejabat. Dia orang pun dah jadi golongan profesional lah. Aku tahulah, family aku bangsa iban.
Rafek Saleh: Haram jadah, kenapa ni? Tak habis-habis cerita pasal aurat. Saya dah 40 tahun terbang ke seluruh dunia termasuk Sabah & Sarawak. Tak pernah nampak pun Orang Asli atau Iban pakai cawat naik kapal terbang.
Mohd Akmal: Come on lah Teresa. Bawalah isu yang boleh membina negara sikit. Kau dengan Ahmad Maslan sama saja bodoh.
Ibnu Batoota Owsem: Orang Iban yang kerja kerajaan datang pejabat pakai cawat ke?
Orang Iban sebagai Pribumi Sarawak yang digeruni dan dihormati wajib bangkit melihat penghinaan Teresa Kok ini sebagai sesuatu yang harus ditentang.
Pemimpin DAP itu telah mengghina Orang Iban seolah-olah Iban ini terlalu mundur dan tidak bertamadun hingga membandingkan Orang Iban berpakaian tradisional masuk ke pejabat Kerajaan.
Teresa Kok seolah menyamakan Orang Iban seperti filem "The Gods Must Be Crazy" ketika Orang Asli Afrika terpinga-pinga bila melihat botol kaca Coca Cola yang jatuh atas kepalanya.
Begitu hina Orang Iban dimata Cina DAP dengan memperlihatkan Orang Iban sebagai model Tidak Bertamadun dalam etika berpakaian urusan rasmi.
Orang Iban sebagai Pahlawan terbilang yang tidak pernah gerun dengan sesiapa wajib bangkit mengembalikan maruah mereka yang dihina oleh Cina DAP.