#TestedTeam4UMNO Hishammuddin Patah sayap bertongkat paruh; Namun undur pantang sekali.




Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein (lahir 5 Ogos 1961) ialah seorang ahli politik dan ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau telah berkhidmat dalam kerajaan Malaysia sebagai Menteri Dalam Negeri sejak 2009 dan kini sebagai Menteri Pertahanan memangku Menteri Pengangkutan.

Sejak kebelakangan ini terlalu banyak tekanan terlah dibuat terhadapnya menunjukkan seolah-olah beliau terlalu tidak berguna.

Semasa bertgas sebagai Menteri Dalam Negeri, berbagai-bagai peristiwa telah beliau lalui dimana setiap yang berlaku itu memerlukan tindakan dan kebijaksanaan untuk menghadapinya untuk memastikan keamanan dan keharmonian kaum di Malaysia ini terus subur tanpa pertumpahan darah.

Kemuncak kepada semua peristiwa itu adalah pencerobohan di Lahad Datu yang menyaksikan beberapa anggota keselamatan terkorban dan kebanyakannya adalah dari Pasukan PDRM di bawah kementeriannya sendiri.

Sepanjang tempoh itu telalu ramai yang menyalahkannya hinga langsung tidak memberi ruang kepadanya untuk menjelaskan kepada masyarakat rasionalnya tindakan demi tindakan yang dibuatnya.

Buruk sangatkan beliau hinggakan langsung tiada kebaikan yang beliau buat selama ini?

"Menteri Amaran" adalah gelaran yang diberikan kepada beliau kononnya kerana beliau langsung tidak mampu untuk mengambil tindakan sebaliknya hanya memberi amaran demi amaran.

Sepatutnya kita harus berbangga dengan Menteri yang tidak menyalahgunakan kuasa yang ada padanya untuk menunjuk kekuasaan tanpa berfikir panjang hingga menyebabkan rakyat merana.

Selain itu, harus juga kita fikirkan kesediaan jabatan-jabatan yang terbabit di bawah KDN melaksanakan tanggungjawab masing-masing seperti yang dilakukan oleh Ketua Polis Negara sekarang ini.

Janganlah kita terlalu mengikut emosi sebaliknya marilah kita sama-sama fikirkan bagaimana untuk menjadikan negara ini menjadi lebih baik dari apa yang ada hari ni.

Beliau telah laluinya dan hingga hari ini kita masih boleh bebas bergelak ketawa di kedai mamak, bershoping di supermarket dan berbuat apa saja yang kita mahu kerana negara ini aman.

Khas untuk melayu dan ORANG UMNO pula , mari kita hayati apa maksud kata-kata beliau dalam ucapan yang pernah menjadi kontroversi satu masa dulu...

"Patah atap kerana buluh;
Atap dijalin dengan tali;
Patah sayap bertongkat paruh;
Namun undur pantang sekali."

Baca selanjutnya [KLIK SINI]

Anda fikirkanlah....

#TestedTeam4UMNO

K

1 comment:

Anonymous said...

Menteri useless! Datuk Zahid has to clean all his shits. Kita ada ramai lagi pemimpin yg berkaliber. Pikir pikir kan lah.