PRESIDEN UMNO TIADA TARING


Malang bagi UMNO. Selepas kekalahan besar BN pada PRU-14 UMNO yang mempunyai lebih banyak kerusi berbanding PAS dan PPBM tidak mampu mengatur, mencatur kedudukan dalam politik semasa. UMNO terpaksa tunduk kepada PAS yang kini menjadi abang besar.
Saya tahu, Presiden tidak punya pilihan apabila PAS dan PPBM bersatu, UMNO tidak boleh kemana-mana. Alasan yang muak kita dengar, "kepimpinan telah memikirkan segala kemungkinan dan nasib rakyat/ahli parti" terpaksa kita telan.
Itu pandangan kepimpinan.
Namun begitu, kita ahli juga ada pandangan.
Apa lagi yang ada pada kita ahli UMNO yang sudah tidak ada maruah. UMNO dilacurkan pemimpin sejak awal ketika memilih untuk mengangkat TSMY sebagai Perdana Menteri.
UMNO yang selama ini digelar parti keramat orang Melayu sudah mati. Yang ada hanyalah "pelacuran" kerusi atas nama UMNO untuk gaji, elaun dan pangkat. Perjuangan untuk bangsa dan agama hanyalah retorik. UMNO langsung tidak berani melawan seperti kononnya ketika kita menuntut kemerdekaan dahulu.
Sia-sia segala keringat, darah, barang kemas, duit dan airmata yang kita berikan kepada pemimpin UMNO terdahulu.
Pemimpin-pemimpin UMNO yang ada sekarang hanya memikirkan nasib mereka. Takut hilang kuasa, takut masuk penjara.
Penulisan ini akan panjang dan bersambung.
Tetapi dengan apa yang berlaku, saya percaya kita orang UMNO yang setia terpaksa tanggal baju. Kita terpaksa sembunyikan nama dan melawan dengan nama samaran. Kita kena bentuk blok baru untuk menghapuskan pengkhinat, pengecut dalam UMNO.
Untuk orang UMNO sejati bersedia untuk bertempur. Kita kena kumpulkan duit dan taja calon kita dalam blok bebas. Kita lawan dimana saja yang namanya PPBM bertanding. Kita wajib hapuskan celaka-celaka ini dalam politik negara.
Jika kita tidak berani tak mengapa. Kita hadap dan ikuti saja UMNO baru yang tak bermaruah ini.

No comments: