KEBAKARAN DAN LETUPAN BAHAN KIMIA KUALA SELANGOR - NAK TUNGGU RAKYAT MATI BARU BERTINDAK





Berikut antara komen dari siaran berita Mkini yang sempat saya salin dan tampalkan di sini. Beberapa komen yang menyentuh tentang kegagalan dan ketidakpedulian penguatkuasa PBT yang sepatutnya merekalah yang mengawal supaya tidak berlaku kejadian seperti ini.

"Benda simple je nii bro...area taman sy, hampir setiap hari MDKS ronda utk saman renovation rumah & parking...tp tmpat sampah haram ada je tengah2 jalan, wat tatau je...kilang haram pun banyak je, lepas pulak....kesimpulan sy senang je, org yg dibelakang sampah haram, kilang haram tu byk duit, boleh tabur je kat MDKS, kasi pejam mata...pendapat sy je, hasil dr pemerhatian sendiri..." - mnikid Amnikid
"Klu tak berlaku kebakaran dan letupan tak tahu pun ada tempat pelupusan sampah haram.. penguatkuasa duduk dlm pejabat je kot. ataupun tahu buat2 tak tahu. Disempadan lgi teruk. Penguatkuasa ada, tapi penyeludup pun bebas buat kerja. Sia-sia rakyat bayar gaji penguatkuasa. Sampai tahap nak bernafas pun tak boleh. Racun berada dimana-mana. DiJohor sungai pun beracun. Tak de pulak dengar kilang diambil tindakan sbb buang bahan kimia merata-rata. Yang kita dengar kencing merata-rata ...." - Man Yusof
"Saya berikan satu contoh, masalah lemah atau tiada penguatkuasaan. Katakanlah sekarang ada org buang sampah ataupun sisa2 tertentu yg byk, anda nak buat laporan, anda lapor kpd pihak berkuasa, lapor kpd siapa dan berapa lama agaknya mereka akan sampai? Nampak x masalah ni. Dorang x tangkap, anda buat aduan, kalau nasib baik, lepas beberapa bulan, mungkin akan dibersihkan. Sebenarnya perkara2 begini anda blh npk, jenis kecil pun tidak dapat diselesaikan, contohnya di kws perumahan, yg besar x perlu kata, habis. Kalau yg kecil tu dapat ditangkap, org tidak akan begitu berani, tetapi yg kecil kalau dapat lepas diri, maka akan jadi lebih berani buat yg besar. Ada yg anggap hutan tu kws tong sampah, buang saja. Tong gas pun ada, entah tong apa .." - Charles Chin


Saya tidak menyalahkan insan-insan yang memberi komen ini. tetapi itulah hakikat sebenarnya dimana penguatkuasa PBT seperti @majlis daerah Kuala Selangor (MDKS) yang kesibukan mereka menghalau peniaga-peniaga jalanan yang puratanya Melayu. Antara aktiviti terbaru MDKS tahun 2019 ini ialah menyaman kereta-kereta yang tidak membayar caj parking kereta. Itulah kegilaan mereka tapi bila bab kilang-kilang haram dan aktiviti haram lain seperti pusat-pusat judi dan maksiat mereka akan tutup mata.

Di Kuala Selangor ini depan restoran Rahmaniyah (Pekan Lama) ada dua kedai jual topup judi Online, Belakang Shell ada "BMK Mart" yang 24 jam buka jual topup judi, belakang & tepi 1 Plaza dan banyak lagi tapi mereka akan bagi alasan bukan kuasa mereka. Memang la bukan kuasa sebab Cina jual topup judi tu wayang jual eksosori telefon, wayang buka pasaraya "Mini Mart" tapi sebenarnya jual topup judi. 

Begitulah ceritanya dengan letupan bahan kimia pagi tadi. Negara ini semakin teruk, rasuah semakin berleluasa dan bertambah kuat semenjak kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih. Negeri Selangor ini sudah masuk penggal ketiga kerajaan (dahulu PR) mereka memerintah dan rasuah semakin kuat akarnya hingga apa sahaja boleh dilakukan di dalam negeri ini.

Mahu tunggu orang mati nanti baru mereka akan ambil tindakan, Sekarang ini biarkan dahulu, kutip seberapa banyak duit yang boleh dan samun-rompak sepuas-puasnya. 

Kes letupan kimia Kuala Selangor ini tidak luas sebarannya, tidak viral seperti Sg Kim-Kim di Johor dahulu. Kita mahu kerajaan Selangor ambil tindakan, siasat dan tutup kilang-kilang haram yang membahayakan nyawa penduduk negeri ini.

Sungai-sungai kita semakin teruk tercemar dengan aktiviti pengorekan pasir yang tidak terkawal, aktiviti perlancongan sungai yang semakin memuncak tanpa pemantauan dan berbagai lagi aktiviti yang memusnahkan alam sekitar yang ditutup mata oleh kerajaan Negeri Selangor. 

Semua ini akibat wang! Rasuah! 

Sekian.

















No comments: