Sebab Puak Pas sembahyang hajat di depan pejabat DAP (ulangan)
Ada beberapa sebab kenapa puak Pas sembahyang hajat di depan pejabat DAP
1. Kalau buat dalam masjid orang tak nampak...tak leh masuk paper...Tambah pulak kalau tengah sembahyang orang tangkap gambar. Silap-silap boleh "possing" maut punya..
2. Nak tunjuk kepada orang yang Pas ni Islam, boleh sembahyang untuk membantu si kafir memerintah.
3. Nak tunjukkan bahawa mereka berjaya mendakwah Nga and ngeh bersaudara sehingga boleh sembahyang di depan pejabat Nga and Ngeh (DAP).
4. Supaya Nik Aziz syok sebab mereka sembahyang hajat untuk kemusnahan UMNO (maklumlah Nik Aziz memang tak suka dengan UMNO sampai Timbalan Presiden Pas yang kononnya baik dengan umno pun digelar sampah)
5. Tok iman nak balas jasa DAP yang bagi kawasan balak ke?
6. Mereka takbur, sebab sejak hari itu dah buat sembahyang hajat minta Allah musnahkan BN dan UMNO tetapi alhamdulillah Allah bersama dengan pihak yang benar (UMNO semakin pulih). Jadi puak-puak Pas ni nak marah kan Allah takut syirik jadi UMNO lah dikambing hitamkan dan dimaki.
7. Mengambil iktibar sempena pemerintahan Tok Guru di Kelantan yang tidak mampu membina masjid di Kelantan. Jadi sembahyang di jalanan, mengiktiraf jasa Tok Guru yang tak mampu membina masjid di Kelantan.
8. Pas selalu kata politik tidak dapat dipisahkan dari agama. Sekarang betullah agama (sembahayang) pun dipolitikkan. Ikhlas ke sembahayang itu? Apa doa hajat itu? (doa untuk kemusnahan saudara seagama ke? dan membantu rakan tidak seagama?)
9. Sekadar gimik nak tunjuk alim. Dengar citer arah kiblat pun salah.
10. Sembahyang bukan kerana Allah tapi kerana publisiti.... Kalau kerana publisiti elok je buat di belakang pejabat DAP. Tempat sivakumar sembahayang. Tak jauh pun dari pejabat DAP itu. Dalam 500 meter je. Kalau buat di situ sesuai sangatlah PAS FOR ALL......
Sumber:pemudapadangrengas.blogspot.com
Dewan Pemuda PAS Malaysia Rayu Muhyiddin Yassin Selesaikan Masalah Air Kelantan
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) menganggap kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan memberikan jaminan untuk membekalkan air bersih kepada rakyat di negeri Kelantan jika diberi mandat dalam PRU ke-13 sebagai hanya kenyataan politik berbaur ugutan kepada rakyat Kelantan.
Tambahnya, Muhyiddin mungkin telah melupai bahawa jawatan beliau selaku Timbalan Perdana Menteri adalah amanah rakyat yang perlu ditunaikan.
“Sebagai pemimpin negara, beliau bertanggungjawab menyelesaikan segala masalah dan keperluan rakyat tanpa mengira di mana mereka berada.
“Seluruh rakyat di negara ini, sama ada Kelantan atau lain-lain lagi tertakluk di bawah pemerintahan beliau dan beliau wajib menunaikan amanah ini tanpa mengira latar belakang mereka,” ujarnya lagi.
“Sebaiknya, masalah air di Kelantan boleh diselesaikan segera kerana beliau adalah Timbalan Perdana Menteri di Malaysia, dan Kelantan adalah salah satu negeri di bawah pentadbiran negara ini,” katanya.
* Tak Payah nak tuduh TPM angkuh, kata saja yang Kelantan memang tak mampu nak selesaikan masalah air yang dah bepuluh tahun tak selesai-selesai dan minta TPM atau lebih jelas kerajaan Pusat bantu Kelantan kerana masalah ni dah tenat.. hahaha..*
psttt! .. tau pulak ko mintak tolong ngan kerajaan BN yee.
Mat Sabu hilang kawalan selepas terlanggar tebing jalan
Selepas tiga sesi soal-siasat saksi, inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang menyiasat perhimpunan BERSIH 2.0 petang tadi, melawat lokasi kemalangan timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu.
NONEPada kejadian itu, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu mendakwa kereta polis merempuh motosikal yang diboncengnya.
Hari ini, pasukan polis yang diketuai oleh ACP Jamaluddin Abdul Rahman, cuba melakonkan semula bagaimana pemimpin kanan PAS itu boleh terjatuh.
Sambil menunjukkan kesan tayar yang masih kelihatan di tepi tebing jalan Persiaran Persekutuan, berhampiran Jalan Travers, Jamaluddin berkata motorsikal yang dibonceng Mat Sabu hilang kawalan selepas terlanggar tebing jalan sehingga menyebabkan dirinya dan penunggang motorsikal itu jatuh.
Hadir sama adalah pemandu kereta Proton Waja polis yang didakwa Mat Sabu melanggar mereka, iaitu L/Cpl Muhamad Fauzi Mustafa, dan pegawai penyiasat ASP Che Aziz Md Isa yang merupakan saksi hari ini.
heheh.. ter-langgar tebing yeeee... Bukan setakat buta sejarah tapi buta matanya juga. wakakakaka baca penuh sini..
PAS TAKUT PENUBUHAN KELAB MEDIA SOSIAL 1 MALAYSIA - myVO1CE
AJK PAS Pusat, Idris Ahmad melalui HARAKAH DAILY menyuarakan rasa ketakutannya kepada penubuhan Kelab Media Sosial 1 Malaysia - myVO1CE yang dilancarkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), kelmarin.
Tegasnya, pemimpin Pakatan Rakyat tidak pernah takut dengan anak muda kerana kerajaan PR adalah telus dan berani berhadapan dengan mereka kerana orang salah sahaja yang takut dengan kebenaran.
Idris Ahmad juga menuduh Umno BN sudah ada orang upahan mereka untuk membuat fitnah dan cerita rekaan.
Hehehe... bagi aku, kalau takut cakap takut.. kan senang... baca sini..
PAS Bodoh Masih Persoal RM 100
Kali ini Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad pula menganbil giliran menyalahkan kerajaan kerana menyusahkan rakyat berkenaan program pemberian bantuan RM 100 untuk pelajar sekolah.
Buku "JINGGAY" Pakatan Haram gagal dilaksanakan bukan disebabkan kerajaan memerintah, kegagalan itu adalah disebabkan oleh mereka sendiri yang suka menabur janji walalupun mereka sendiri mengetahui dan mengakui yang mereka itu " APA Pon Tak Boleyyy".
Kegagalan menifesto mereka kian ketara terlihat di mata masyarakat apabila kerajaan yang sentiasa memikirkan nasib rakyat mengotakan apa yang dikata, kebolehan mereka mula dipersoal..
Maka, bermacam persoalan dan alasan diketengahkan untuk menunjukkan kesalahan kerajaan mengenai perlaksanaan program tersebut, mengapa sibuk sangat anjing-anjing PAS ini mempersoalkan sedangkan begitu ramai rakyat berterima kasih kepada kerajaan walaupun bantuan yang diberikan hanya RM 100.
Aku pulangkan semula kata Ustaz Idris Ahmad yang mewakili PAS, “Buatlah apa sahaja, insya Allah ini adalah khidmat terakhir untuk rakyat sebelum PRU 13.”
Skuad bolasepak negara naik kereta perisai ke stadium
Pasukan bola sepak Malaysia berkemungkinan akan menaiki kereta perisai Barracuda untuk ke Stadium Gelora Bung Karno pada perlawanan akhir acara bola sepak Sukan SEA ke-26 esok, kata pengurus skuad negara, Datuk Hamidin Mohd Amin.
Beliau berkata, keselamatan pemain adalah lebih penting dan langkah menaiki kereta perisai tersebut bukanlah asing buat skuad itu.
"Malah kita harap Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) dan polis dapat berbincang bagi memudahkan pasukan kita pergi dan balik kerana esok, persekitaran stadium pastinya akan sesak dengan sekitar 100,000 penyokong mereka yang hadir ke stadium," katanya.
Mengulas mengenai perlawanan akhir yang akan bermula pada jam 7 malam esok waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia), Hamidin berkeyakinan Malaysia mampu menundukkan tuan rumah di gelanggang mereka sendiri.
"Kita sudah belajar dan mengambil pengalaman daripada perlawanan sebelumnya, bertemu Indonesia di peringkat Kumpulan A pada Khamis lalu dan saya lihat pemain kita mempunyai semangat yang kental dan diharap mereka mampu pamerkan aksi yang terbaik dan mencipta kemenangan esok.
"Esok kita akan membuktikan bahawa Malaysia masih yang terbaik di Asia Tenggara," katanya.
Hamidin berkata, Indonesia pastinya lebih tertekan pada final kerana pemainnya pasti mengharapkan kemenangan berganda di depan penyokong dan di tempat sendiri.
- Bernama
PAS SALAHKAN KERAJAAN BN BILA RAKYAT MALAYSIA SAKIT MENTAL @ GILA.
Bendahari PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman menyalahkan kerajaan BN apabila ramai dikalangan masyarakat Malaysia menghadapi masalah mental atau gila. baca sini..
Ape la masalah pemimpin PAS nyanyok ni Punyelah fobia dengan UMNO sampaikan semua salah letak kat UMNO.
Published with Blogger-droid v2.0
RM 100 Jadikan PAS Kecut Telor!
Pemberian wang sebanyak RM100 kepada para pelajar di seluruh negara sejak minggu telah berjaya diedarkan seperti yang dijanjikan oleh YAB Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2012 yang lalu.
Kejayaan kerajaan itu telah membuatkan PAS ter-kecut telor apabila menyifatkan pemberian wang tersebut sebagai umpan murahan Umno BN kepada rakyat bagi mendapatkan sokongan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan berkata, pemberian wang RM100 itu sebenarnya tidak mempunyai sebarang erti kepada rakyat jika dihitung dengan keadaan sekarang.
Itu kata Orang PAS Nyanyok, tapi ini pula kata segelintir rakyat Malaysia yang berterima kasih atas bantuan tersebut. Petikan ini aku ambil dari ..Klik Sini.. dengan butiran di bawah..
Wang bantuan RM100
Salam sejahtera semua..
banyak sekolah menyampaikan bantuan persekolahan 2012 pada hari ini... dan esok.
kepada yang anak ramai, dan pastinya susah.. bantuan ini memberi erti yang sangat bermakna buat mereka sebagai persediaan anak-anak ke sekolah tahun hadapan..
mungkin kepada yang "berada", apalah sangat bantuan RM100 itu..
namun begitu bagi kami sekeluarga.. tetap bersyukur dan akan digunakan sepenuhnya untuk anak-anak. Terima kasih kepada kerajaan...
Tersentuh hati bila membaca sebuah akhbar menceritakan perihal seorang anak yang memberikan separuh daripada wang tersebut kepada rakannya kerana dia tahu ayah rakannya itu hanya bekerja sebagai pengutip sampah...
Terima kasih juga kepada semua guru yang terlibat sama mengedarkan wang tersebut kepada ibubapa. Ibubapa janganlah marah kalau terpaksa menunggu lama dan beratur panjang.. sabar ... jangan risau.. semua dapat..
'KOM perlu beri penjelasan'
KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) harus memberi penjelasan mengenai kontroversi kuartet 4x400 meter lelaki negara yang pulang hampa tanpa menghadiri majlis penyampaian hadiah di Palembang.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang menghambur pujian ke atas empat jaguh negara pada ketika sama menafikan kejadian itu berpunca daripada kemelut dalaman KOM.
“Saya rasa ia disebabkan soal kelemahan pentadbiran atau terlepas pandang,” katanya di Putrajaya, semalam.
“Tidak pasti sama ada kuartet berkenaan dianaktirikan atau pun berlaku terlepas pandang di sana. KOM harus memberi penjelasan kenapa ia berlaku dan bagaimana ia tidak akan berlaku pada masa akan datang”.
Kelmarin, kuartet 4x400m lelaki yang membuat kejutan meraih pingat emas Isnin lalu pulang tanpa menaiki podium untuk menerima pingat emas dimenangi.
Sementara itu, Timbalan Presiden KOM, Karim Ibrahim berkata masalah menukar tiket penerbangan adalah punca kenapa S Kannathasan, P Vuvaraj, Schzuan Ahmad Rosely dan Mohd Yunus La Salleh tidak dapat menerima pingat masing-masing.
“Seharusnya tidak timbul isu layanan buruk terhadap mereka kerana persatuan melayan semua atlit sama rata...selalunya acara penyampaian hadiah diadakan sejurus acara berlangsung dan bukan pada hari yang lain.”
Dia juga menambah isu tidak puas hati dilontarkan Noraseela Khalid, semalam terhadap layanan kelas ketiga KOM tidak berasas.
Noraseela dan atlit lain dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan hasutan pihak lain yang sengaja menjadikan mereka senjata dalam usaha menjayakan agenda mereka menjatuhkan KOM.
Bantuan RM100 boleh lagi dituntut selepas minggu ini
2011/11/16
PUTRAJAYA: Ibu bapa yang mempunyai kesulitan untuk menuntut wang bantuan persekolahan RM100 sepanjang minggu ini masih dibenarkan mendapatkannya selepas tempoh itu, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud.
Sambil menolak dakwaan kononnya wang itu akan dipulangkan kepada kerajaan jika ia tidak dituntut dalam minggu ini, beliau berkata, bantuan berkenaan akan tetap dikeluarkan pada masa lain termasuk cuti sekolah sekiranya ia dituntut kerana ia adalah hak pelajar.
"Kita tekankan untuk beri pada minggu ini sebab kita nak kejar waktu persekolahan, jadi ibu bapa boleh datang bersama dan duit itu dapat digunakan untuk membeli keperluan persekolahan mereka. Sebab dah tak ada masa lagi sekolah nak beri pada ibu bapa dan murid-murid kerana nanti dah cuti sekolah.
"Jadi kalau tak dapat datang, mereka boleh tuntut dari pihak sekolah selepas itu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 1Malaysia di sini hari ini.
Abdul Ghafar bagaimanapun menasihatkan ibu bapa agar segera menuntut bantuan itu bagi membolehkan persediaan untuk sesi persekolahan tahun depan termasuk membeli pakaian dan buku dapat disempurnakan secepat mungkin.
Beliau berkata, mana-mana pihak yang tidak mahu menerima bantuan itu pula perlu memaklumkan kepada pihak sekolah untuk memulangkannya.
Mengenai kebenaran untuk melanjutkan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris ke sekolah menengah, Abdul Ghafar berkata, pihak sekolah akan menentukan sama ada untuk menyediakan kemudahan terbabit dengan mengambil kira pandangan dan kesediaan ibu bapa dan pelajar.
Beliau berkata, sekiranya sekolah di mana pelajar berkenaan didaftarkan tidak dapat menyediakan kemudahan itu, pelajar yang masih ingin meneruskan aliran itu dibenarkan untuk menukar sekolah dengan dibantu oleh pasukan petugas yang diwujudkan di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing. - Berita Harian
PIBG jangan potong duit bantuan RM100: Muhyiddin
2011/11/16
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) supaya tidak memotong wang bantuan persekolahan RM100 yang diberikan oleh kerajaan kepada semua pelajar sekolah menengah dan rendah.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, meminta mana-mana PIBG yang berbuat demikian supaya segera memulangkan wang yang dipotong itu kepada pelajar berkenaan.
Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai tidak wajar, beliau berkata ia tidak seharusnya berlaku kerana kerajaan telah memutuskan bantuan itu adalah untuk diagihkan sepenuhnya kepada pelajar dan keluarga mereka.
"Kita minta kerjasama pentadbiran sekolah untuk pastikan bantuan RM100 ini diberikan sepenuhnya, jangan kurang satu sen pun...ini keputusan kerajaan.
"Kita tidak mahu nanti timbul salah faham dan ada pihak yang menyalahkan kerajaan kerana dikatakan `cakap lain, buat lain'," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis Sepetang Bersama Belia Wilayah Persekutuan sempena program turun padang sehari beliau ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.
Sebanyak RM550 juta diperuntukkan oleh kerajaan bagi melaksanakan program wang bantuan persekolahan itu, yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 pada Oktober lalu.
Isu potongan bantuan itu dibangkitkan seorang bapa pada sesi soal jawab bersama Muhyiddin pada majlis itu, yang mendakwa PIBG sebuah sekolah rendah di sini memotong RM50 daripada bantuan itu.
Dalam jawapannya, Muhyiddin berjanji akan menyiasat perkara itu.
"Perdana Menteri sudah sebutkan, Timbalan Perdana Menteri pun sudah beritahu, dapat RM100, kenapa bawa balik RM50?. Ini adalah komitmen Perdana Menteri hendak tolong rakyat, hendak ringankan beban mereka, jadi kalau dah awal-awal dipotong. makin terbebanlah rakyat.
"Jika ada apa-apa bayaran, itu kemudianlah, bagi dulu RM100 tu. Kalau selepas ini PIBG hendak minta apa-apa bayaran, itu soal lain. Ini duit yang telah diberikan oleh kerajaan," katanya. - Berita Harian
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) supaya tidak memotong wang bantuan persekolahan RM100 yang diberikan oleh kerajaan kepada semua pelajar sekolah menengah dan rendah.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, meminta mana-mana PIBG yang berbuat demikian supaya segera memulangkan wang yang dipotong itu kepada pelajar berkenaan.
Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai tidak wajar, beliau berkata ia tidak seharusnya berlaku kerana kerajaan telah memutuskan bantuan itu adalah untuk diagihkan sepenuhnya kepada pelajar dan keluarga mereka.
"Kita minta kerjasama pentadbiran sekolah untuk pastikan bantuan RM100 ini diberikan sepenuhnya, jangan kurang satu sen pun...ini keputusan kerajaan.
"Kita tidak mahu nanti timbul salah faham dan ada pihak yang menyalahkan kerajaan kerana dikatakan `cakap lain, buat lain'," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis Sepetang Bersama Belia Wilayah Persekutuan sempena program turun padang sehari beliau ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.
Sebanyak RM550 juta diperuntukkan oleh kerajaan bagi melaksanakan program wang bantuan persekolahan itu, yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 pada Oktober lalu.
Isu potongan bantuan itu dibangkitkan seorang bapa pada sesi soal jawab bersama Muhyiddin pada majlis itu, yang mendakwa PIBG sebuah sekolah rendah di sini memotong RM50 daripada bantuan itu.
Dalam jawapannya, Muhyiddin berjanji akan menyiasat perkara itu.
"Perdana Menteri sudah sebutkan, Timbalan Perdana Menteri pun sudah beritahu, dapat RM100, kenapa bawa balik RM50?. Ini adalah komitmen Perdana Menteri hendak tolong rakyat, hendak ringankan beban mereka, jadi kalau dah awal-awal dipotong. makin terbebanlah rakyat.
"Jika ada apa-apa bayaran, itu kemudianlah, bagi dulu RM100 tu. Kalau selepas ini PIBG hendak minta apa-apa bayaran, itu soal lain. Ini duit yang telah diberikan oleh kerajaan," katanya. - Berita Harian
Subscribe to:
Posts (Atom)

































