26 April 2014

Rafizi cuba bunuh syarikat Bumiputera..


PENDEDAHAN MP Pandan Rafizi Ramli tentang geran yang baru dipohon oleh NSE Resource (M) Sdn Bhd membuktikan betapa buruk dan jijiknya serta membuktikan bahawa sanggup berbuat apa sahaja demi menjayakan rancangan jahat dan bangsat beliau dengan menohmah serta memanipulasikan syarikat berkenaan dengan menuding jari kononnya keterlibatan secara langsung PM Najib dalam isu yang beliau sedang hangat beliau gunakan sekarang ini.

Tindakan beliau juga merupakan satu tindakan yang cukup terdesak untuk memancing undi melalui pertandingan partinya dan memperlihatkan beiau ketandusan isu sehingga sanggup berbohong kononnya beliau mempunyai kredibilti untuk menyerang PM Najib dan syarikat berkenan.

Rafizi juga memilih perenggan-perengan tertentu dalam surat yang beliau dedahkan bagi memberikan gambaran berlaku penyelewengan serta rasuah bilamana syraikt tersebut memohon geran daripada MOSTI.

Saya berkesempatan bertemu dengan pihak yang ada kaitan dengan syarikat ini dan berikut saya catatkan penjelasan awal bagi menjawab segala pembohongan MP Pandan ini yng ternyata sebenarnya beliau sedang berusaha untuk membunuh syarikat yang 100 peratus milik Bumiputra ini

NSE Resource Corporation (M) Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat usahasamadimana 25% pegangan sahamnya dimiliki oleh Malaysia Venture Capital (MAVCAP) iaitu sebuah entiti perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan melalui Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc.). Baki 75% pegangan sahamnya dimiliki oleh 2 orang pakar tempatan iaitu En. Azhar bin Anuar dan En. Shahrul Sazali bin Ahmad Safian yang berpengetahuan dan berpengalaman luas di dalam bidang kejuruteraan polimer dan renewable energy (tenaga boleh diperbaharui).

Syarikat inijuga merupakan sebuah syarikat berasaskan teknologi tinggi yang mula beroperasi sejak tahun 2002 dan memegang 5 hakcipta yang dipatenkan menerusi MyIPO. Selain daripada itu, syarikat ini telah mendapat pelbagai pengiktirafan dari sudut teknikal dan teknologi perintis termasuk melalui Bioeconomy Transformation Programme (BTP)yang diperkenalkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri dimana syarikat ini telah berjaya melepasi penilaian intensif selama 6 minggu berturut-turut dalam bioeconomy lab yang dinilai oleh pelbagai agensi tempatan dan antarabangsa.

Pengiktirafan dan justifikasi dari sudut teknikal, teknologi hijau, prospek komersil dan risiko pelaburan juga telah dinilai oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) selain daripada agensi perunding antarabangsa, PricewaterhouseCoopers (PwC).

Merujuk tulisan di laman blog bertarikh 21 April 2014 bertajuk “Perdana Menteri Campur Tangan Dalam Urusan Geran MOSTI, Anugerah RM100 Juta Kepada Projek Komersil”)
Rujukan:http://rafiziramli.com/2014/04/perdana-menteri-campur-tangan-dalam-urusan-geran-mosti-anugerah-rm100-juta-kepada-projek-komersil/
Para 1 dan 2:

`Kenyataan Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), Datuk Dr Abu Bakar Md Diah semalam yang menafikan berlakunya salahguna dalam pengurusan geran R&D MOSTI menunjukkan beliau sendiri tidak arif dengan perkara yang berlaku di bawah kementerian beliau.

Beliau turut dipetik sebagai berkata bahawa setiap geran R&D perlu melalui proses penilaian yang ketat. Proses itu turut melibatkan pembentangan kepada satu jawatankuasa yang dianggotai oleh kumpulan pakar’.

Itu kata Rafizi,hakikatnya kenyataan daripada Timbalan Menteri MOSTI adalah merujuk kepada artikel lain di laman blog Rafizi yang bertarikh 15 April 2014 yang menuduh MOSTI tidak bertanggungjawab terhadap agihan geran Penyelidikan & Pembangunan (R&D). Artikel berkenaan langsung tidak menyebut tentang geran kerajaan kepada NSE Resource Corporation (M) Sdn. Bhd.


(rujuk: http://rafiziramli.com/2014/04/tiada-seliaan-ketat-dan-pertanggungjawaban-dalam-geran-mosti/)

Para 3 dan 4:

`Saya boleh mendedahkan bahawa salah satu geran yang terbesar pernah diberikan di bawah skim geran R&D MOSTI ini adalah hasil campur tangan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri yang membayangkan ia tidak mengikuti prosedur yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri itu.

Saya sertakan surat kelulusan dari Datuk Dr Ewon Ebin, Menteri MOSTI kepada NSE Resources Corporation (M) Sdn Bhd yang secara terang-terangan menunjukkan bagaimana keputusan mengenai geran R&D dibuat dan diluluskan dengan arahan dan campur tangan Dato’ Seri Najib Tun Razak’.

Sebenarnya lampiran surat daripada MOSTI yang disertakan di dalam artikel berkenaan langsung tidak mencatatkan tentang Skim Geran R&D oleh kerana skim geran berkenaan kebiasaanya digunakan untuk permohonan pembiayaan penyelidikan daripada syarikat awam dan pensyarah-pensyarah di institusi pengajian tinggi.

Syarikat NSE Resource Corporation (M) Sdn. Bhd. bukan hanya telah selesai melalui fasa R&D, malah telah berjaya menyiapkan projek seumpamanya di Sabah. Syarikat ini juga telahpun bersedia untuk memulakan operasinya untuk projek biomass berasaskan kayu serpai (wood chip) yang dicadangkan di Kerteh Bio-Polymer Park, Terengganu melalui pelaburan awal setakat inisebanyak RM 44.5 juta dengan pinjaman sebanyak RM20.4 juta daripada Bank Islam Malaysia Berhad. Pelaburan ini telah membolehkan syarikat tersebut memetrai pejanjian bernilai RM 700 juta dengan syarikat konglomerat dari Korea dan Perancis untuk pembekalan steam bagi tempoh konsesi asas 10 tahun. Ia juga menjadi faktor utama menjayakan pelaburan mereka berjumlah RM2 Billion di Kertih Biopolymer Park Terengganu.

Bersandarkan kepada keyakinan dan kepercayaan pelabur luar negara terhadap syarikat ini, rundingan susulan untuk membekal renewable energykepada beberapa syarikat konglomerat luar negara yang lain di Gebeng Industrial Estate, Pahang berada dalam proses akhir rundingan. Oleh yang demikian, sebagai sebuah syarikat yang 25% sahamnya turut dipegang oleh kerajaan, maka syarikat ini telah memohon kepada pihak MOSTI sejumlah peruntukan untuk membiayai pembangunan projek tersebut.

Rafizi tidak akan dapat mendatangkan bukti untuk menunjukkan PM Najib “mengarah” ataupun “campur tangan” di dalam proses kelulusan geran ini. Sebaliknya, memo sokongan yang diberikan oleh Y.A.B Perdana Menteri adalah berbentuk umum yang tertakluk kepada pertimbangan dan S.O.P. Kementerian yang berkaitan sebagaimana banyak memo-memo sokongan lain yang dipohon melalui pejabat beliau.

Para 5, 6 dan 7:

`Lebih dari itu, pemberian geran kepada syarikat ini adalah bagi sebuah projek komersil yang melibatkan dana awam sebanyak RM100 juta diberikan kepada satu syarikat sahaja. Ini bertentangan dengan prosedur dan tatacara biasa pemberian geran R&D di bawah MOSTI seperti berikut:

1. Geran R&D diberikan dalam jumlah yang kecil bagi satu projek/geran. Geran maksima yang dilaporkan bagi satu projek (mengikut Laporan Tahunan MOSTI) ialah sebanyak RM2 juta dibawah Technology Acquisition Fund (TAF)

2. Geran R&D diberikan bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan teknologi, bukannya satu projek komersil yang melibatkan dana ratusan juta..’

Sebagaimana diperjelaskan, geran yang dipertimbangkan oleh kerajaan kepada syarikat NSE Resource Corporation (M) Sdn. Bhd. bukanlah daripada skim geran R&D yang disebut oleh Rafizi.

Syarikat ini dikhabarkan akan mengemukakan saman berjumlah RM200 juta kepada Rafizi ekoran pembohongan dan manipulasi fakta ini yang bertujuan mencemarkan imej syarikat dan menimbulkan kemarahan dan prasangka buruk golongan akademik.

Para 8:

`Jika syarikat ini diberikan geran sedemikian rupa besarnya iaitu RM100 juta, apakah MOSTI bersedia mengumumkan bahawa syarikat-syarikat lain yang mengusahakan projek komersil seumpama itu atau terlibat di dalam industri teknologi juga boleh memohon geran untuk membiayai projek-projek mereka?’

Rafizi sepatutnya membangkitkan dan menjelaskan “sekiranya ada” mana-mana syarikat yang mempunyai pengiktirafan dan keupayaan teknologi serta track-record seperti NSE Resource Corporation (M) Sdn. Bhd. yang telah gagal dalam permohonan untuk mendapatkan pembiayaan.Persoalan yang seharusnya berbangkit bukan kenapa NSE Resource memperolehi geran tersebut; sebaliknya “syarikat Melayu” yang mana yang selain NSE Resource yang sepatutnya memperolehi geran tersebut? Maka, jawabnya, tidak ada.

Para 9:

`Oleh kerana jumlah RM100 juta yang diberikan ini adalah dalam bentuk geran, maka NSE Resources Corporation (M) Sdn Bhd mungkin tidak perlu membayar balik satu sen pun kepada kerajaan. Kita telah menyaksikan bagaimana pinjaman mudah kepada NFC (bukannya geran) pun tidak dibayar balik kepada kerajaan, apatah lagi jumlah RM100 juta yang diberikan sebagai geran…;

Kenyataan ini menunjukkan Rafizi gagal dan tidak tahu menahu berkenaan 25% pegangan saham oleh kerajaan menerusi Malaysia Venture Capital (MAVCAP). Pegangan saham berkenaan akan membolehkan kerajaan menerima keuntungan hasil daripada pelaburan tersebut.

Para 10 dan 11:


`Ini hanyalah satu projek yang menunjukkan bagaimana Dato’ Seri Najib Tun Razak campur tangan dengan memberi arahan kepada MOSTI agar geran RM100 juta diberikan kepada sebuah projek komersil. Kita tidak tahu berapa banyak lagi campur tangan dan arahan seperti ini yang dibuat oleh beliau selama ini kerana peruntukan geran R&D adalah besar iaitu sebanyak RM1.1 bilion.

Saya menunggu penerangan dan penafian dari Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Datuk Dr Ewon Ebin mengenai pemberian dana RM100 juta ini kerana saya ada dokumen-dokumen lain yang lebih lengkap…’

Dana RM 1.1 billion yang dinyatakan oleh Rafizi adalah Skim Dana R&D yang disediakan untuk pembiayaan penyelidikan syarikat awam dan pensyarah-pensyarah di institusi pengajian tinggi. Ianya tidak bersangkut-paut dengan geran kerajaan kepada syarikat NSE Resource Corporation (M) Sdn. Bhd.

Jelasnya, PM Najib tidak “campurtangan” atau “memberi arahan” untuk kelulusan geran ini, sebaliknya sokongan yang diberikan lebih cenderung bedasarkan minat dan kesungguhan beliau untuk :-

i. menjayakan Bioeconomy Transformation Programme (BTP) dan mengupayakan syarikat-syarikat berkaitan teknologi hijau.

ii. membina imej negara Malaysia sebagai peneraju dalam bidang bio-teknologi dengan menyediakan fasiliti pengeluaran renewable energymenggunakan biomass (serpai kayu) yang berskala besar mencecah 180 ton sejam steam atau 60 MW tenaga.(Fasiliti penjanaan tenaga biomass yang terbesar di Eropah hanya boleh menjana sebanyak 144 ton sejam steam)

iii. menjimatkan sehingga RM 1.6 billion peruntukan subsidi dalam jangkamasa 10 tahun sekiranya gas asli digunakan untuk menjana steam di kawasan-kawasan kilang yang dinyatakan diatas.

iv. membolehkan syarikat-syarikat konglomerat asing yang datang melabur di Malaysia mengurangkan kos tenaga elektrik dalam sekaligus menarik pelaburan asing (FDI) berjumlah sekitar RM 7.0 billion.

Serangan sembrono oleh Rafizi Ramli secara jelas menampakkan kejumudan pemikiran kerana terikat dengan cara lama pembangkang yang mengkritik apa sahaja perkara yang boleh membawa kepada pujian dan pengukuhan sokongan terhadap kerajaan pimpinan Barisan Nasional. Kegagalan beliau untuk mengenalpasti dan mempertimbangkan projek-projek yang berupaya menjadi kebanggaan negara (national pride) menunjukkan kedangkalan akal fikirannya.

Jika dahulu Tun Dr. Mahathir Mohamad berjaya membangunkan Proton sebagai satu-satunya pengeluar kereta dari kalangan negara Islam sehingga negara Malaysia dikagumi di seluruh pelosok dunia, projek renewable energy berasaskan biomass ini berupaya mengangkat nama negara di mata dunia dari sudut penguasaan teknologi hijau, membangunkan pengusaan ekonomi bio, sekaligus menaikkan nama Y.A.B. Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai seorang tokoh negarawan yang hebat dan berpandangan jauh. Perkara seperti inilah yang sebenarnya paling ditakuti oleh pembangkang kerana mereka tidak akan mampu untuk berhadapan dengan “The Second Mahathir”.


Rafizi berniat jahat terhadap PM...

(Merujuk tulisan di laman blog bertarikh 22 April 2014 bertajuk “Dana R&D Disuntik Ke Projek Komersil Yang Tidak Mendapat Keyakinan Bank”)
Rujukan:http://rafiziramli.com/2014/04/dana-rd-disuntik-ke-projek-komersil-yang-tidak-mendapat-keyakinan-bank/

Para 1:

`Saya sertakan utusan surat-menyurat di antara pemohon (NSE Resources Corporation Malaysia Sdn Bhd) dan Dato’ Seri Najib Tun Razak lanjutan dari pendedahan semalam bagaimana dana untuk tujuan R&D telah digunakan untuk membiayai projek komersil…’

Sebagaimana diperjelaskan, geran yang dipertimbangkan oleh kerajaan kepada syarikat NSE Resource Corporation (M) Sdn. Bhd. bukanlah daripada skim geran R&D yang disebut oleh Y.B. Rafizi.

Syarikat ini dikhabarkan akan mengemukakan saman berjumlah RM200 juta kepada Rafizi ekoran pembohongan dan manipulasi fakta ini yang bertujuan mencemarkan imej syarikat dan menimbulkan kemarahan dan prasangka buruk golongan akademik terhadap syarikat ini.

Para 2 hingga 5:

`Dari surat ini, saya dapat mengesahkan bahawa: 1. Dato’ Seri Najib memberi arahan sendiri melalui minit supaya permohonan geran RM100 juta yang berlainan dari tujuan geran R&D dipertimbangkan oleh MOSTI

2. Projek yang diusahakan oleh NSE Resources adalah untuk membekalkan stim ke sebuah kilang yang sedang dibina di Kerteh

3. Kontrak pembekalan stim pada harga RM55 satu tan itu adalah satu kontrak swasta yang melibatkan NSE Resources dan pemilik kilang lain tanpa melibatkan sebarang pegangan modal oleh kerajaan, maka sebarang keuntungan akan dimiliki oleh NSE Resources…’

Daripada surat yang dilampirkan oleh Rafizi, tidak ada langsung ayat yang berbaur “arahan” yang dicatatkan. Minit yang dicatatkan oleh Perdana Menteri diatas surat berkenaan kepada Menteri MOSTI berbunyi:

“Y.B. Dato’ Dr. Ewon Ebin, Untuk pertimbangan. Saya tiada halangan jika projek ini sesuai.”

Merujuk perenggan (7) dan (8) di dalam surat permohonan geran, bantuan geran yang dipohon ini bukan hanya tertumpu kepada pelaburan syarikat ini di Kerteh, Terengganu; sebaliknya juga untuk memenuhi permintaan renewable energy di Gebeng, Pahang.

Tuduhan yang mengatakan kontrak yang dimeterai oleh NSE Resource “tidak melibatkan sebarang pegangan modal oleh kerajaan” adalah pembohongan yang melulu. Harus diketahui, permohonan ini dibuat oleh syarikat NSE Resource Corporation (M) Sdn. Bhd.yang mana 25% sahamnya dipegang oleh kerajaan menerusi Malaysia Venture Capital (MAVCAP) iaitu sebuah entiti perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia melalui Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc). Pegangan saham ini bermakna pihak kerajaan akan turut mendapat pulangan sekiranya syarikat ini mencatatkan keuntungan.

Harga pembekalan RM55 satu tan dan berasaskan teknologi hijau menjadikan tarikan utama kepada pelaburan asing (FDI). CJ-Arkema telah memilih melabur di Malaysia sebanyak RM2 Billion berbanding Thailand atau pun Brazil.

Para 6:

`Perenggan (7) surat dari NSE Resources ini secara jelas menunjukkan bahawa projek komersil ini tidak mendapat dokongan dari institusi kewangan kerana syarikat itu menghadapi kesukaran mendapatkan pinjaman bank. Ini sepatutnya secara serta merta menimbulkan kebimbangan di pihak Dato’ Seri Najib dan kerajaan kerana projek komersil yang tidak melepasi saringan kewangan dari institusi kewangan (seterusnya sukar mendapatkan pinjaman) membayangkan aliran tunai dan kedudukan kewangan yang tidak baik. Secara langsung, ada risiko besar bahawa pulangan dari projek tidak mencukupi untuk membayar balik sebarang dana yang disuntik ke dalam projek ini…’

Dalam perenggan (7) surat permohonan geran daripada NSE Resources, terdapat kenyataan “kekangan kewangan” yang membawa kepada fitnah dan tohmahan oleh Rafizi kononnya projek ini “tidak mendapat dokongan dari institusi kewangan kerana syarikat itu menghadapi kesukaran mendapatkan pinjaman bank”.

Perenggan (7) seharusnya dibaca bersama dengan perenggan (8) yang mencatatkan: “sepertimana yang pihak Y.A.B. Dato’ Seri sedia maklum”, yang memberi gambaran bahawa suatu penjelasan yang lebih terperinci telahpun dibuat kepada Perdana Menteri.

Untuk makluman, syarikat ini telah menerima pinjaman berjumlah RM20.4 juta daripada Bank Islam Malaysia Berhad pada tahun 2013 untuk membangunkan fasa-2 yang kini telah 93% siap. “Kekangan kewangan” yang dimaksudkan pada perenggan (7) ialah keperluan modal tambahan bagi menampung pembangunan strategik fasa ke-3 sebagaimana yang telah dibentangkan semasa memberi penjelasan kepada Perdana Menteri.

Para 7:

`Sewajarnya, Dato’ Seri Najib mengambil sikap tidak campur tangan dan berhati-hati kerana ia melibatkan dana awam sebanyak RM100 juta yang sepatutnya digunakan bagi tujuan R&D. Keputusan beliau memberi saranan kepada Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi untuk mempertimbangkan permohonan ini, apatah lagi dalam bentuk geran, adalah satu salahguna dana rakyat yang terang dan nyata.,,;

Sebagaimana diperjelaskan, geran yang dipertimbangkan oleh kerajaan kepada syarikat NSE Resource Corporation (M) Sdn. Bhd. bukanlah daripada skim geran R&D yang disebut oleh Rafizi.

Berhubung dengan pertimbangan Y.A.B. Perdana Menteri, rujuk ulasan untuk Para 10 dan 11 dalam artikel terdahulu.

Para 8 dan 9:

`Pada pendapat saya, projek komersil ini tidak menepati syarat-syarat untuk mendapat geran atau bantuan modal sebesar ini berdasarkan perkara berikut:

1. Teknologi dan perusahaan menghasilkan stim atau syngas dari bahan kayu atau bahan lain bukanlah teknologi terkini atau unik kepada Malaysia. Semakan menunjukkan bahawa boiler yang menggunakan kaedah ini sudah lama dipasarkan (contohnya melalui syarikat http://www.superiorgasification.com/) . Oleh itu, penghasilan stim atau syngas dari bahan kayu seperti yang diusahakan oleh NSE Resources tidaklah wajar mendapat suntikan dana sebanyak RM100 juta dalam bentuk geran seolah-olah ia teknologi terkini yang akan melonjakkan nama Malaysia, sedangkan ia hanyalah perusahaan biasa yang ada di pasaran..’.

Teknologi yang diguna pakai dibangunkan dibahagikan kepada 2 komponen iaitu membabitkan fabrikasi dandang steam 100% tempatan dan pembangunan pada skala besar gasifier yang 100% pengeluaran tempatan. Tindakan ini telah menyelamatkan pengeluaran wang keluar ke negara asing berjumlah tidak kurang dari RM360 juta.

Ianya juga telah menaikkan imej fabrikasi dan kebolehan kejuruteraan membangunkan alat berasaskan tenaga hijau ke mata dunia apabila syarikat konglemerat asing seperti CheilJedang Corp Korea dan Arkema SA Perancis telahmemeterai perjanjian jangka panjang pembekalan steam dengan NSERC.

Para 10:

`2. Pembekal stim atau syngas untuk Kawasan Perindustrian Kerteh (yang mana kilang pembeli sedang dibina) sudah pun ada, jadi tidak timbul keperluan kilang stim milik NSE Resources ini menjadi daya tarikan pelaburan di situ. PETRONAS sudah mempunyai satu kilang iaitu Centralised Utilities Facilities (CUF) yang dimiliki oleh PETRONAS Gas yang menghasilkan stim pada kadar 720 tan sejam atau 6.3 juta tan setahun, iaitu 6 kali ganda yang diperlukan oleh kilang baru milik CJ Arkema itu…’

Kilang CJ Arkema adalah kilang pengeluaran Methionine hijau yang pertama seumpamanya didunia. Pengeluaran steam oleh PETRONAS CUF berasaskan gas asli mempunyai nilai karbon yang tinggi serta dibekalkan pada harga minima RM70 setan pada kadar gas asli di “subsidi” iaitu RM16.07 per mmBTU (dimana PETRONAS sepatutnya boleh menjual keluar negara pada harga RM45 per mmBTU) menjadikan projek ini tidak “viable” di Malaysia.

NSERC mampu mengeluarkan steam hanya pada RM55 se tan menggunakan biomass serta mempunyai nilai karbon yang rendah menjadikan keseluruhan rantaian pengeluaran yang jauh lebih hijau dan viable untuk pelaburan di Malaysia berbanding di Thailand atau Brazil oleh CJ Arkema.

Para 11 hingga 13:

`Utusan surat-menyurat yang saya bekalkan hari ini secara jelas menunjukkan penglibatan Dato’ Seri Najib yang mengarahkan supaya dana awam RM100 juta diberikan kepada sebuah syarikat untuk mengusahakan projek komersil yang diragui untung ruginya oleh bank-bank.

Saya pasti geran RM100 juta ini tidak melalui proses saringan teknologi oleh panel pakar R&D yang dilantik oleh MOSTI seperti mana penyelidik-penyelidik tulen terpaksa lalui.
Dato’ Seri Najib tidak boleh terus lari dari persoalan penyelewengan sebegini – atau hanya menyertai larian anti-rasuah – beliau perlu beri penjelasan kerana ada beberapa dokumen lagi yang akan saya dedahkan…’

Sekiranya benar ada keraguan terhadap prospek untung rugi syarikat ini, bagaimana Bank Islam Malaysia Berhad boleh memberikan pinjaman sehingga RM 20.4 juta?


Ketika Tun. Dr. Mahathir Mohamad mengambil keputusan untuk menggunakan dana awam yang bertujuan untuk membangunkan Proton, bukan hanya pihak bank yang meragui keupayaan Proton untuk mencatatkan keuntungan, tetapi juga pihak pembangkang yang menganggap projek kereta nasional itu sebagai suatu pembaziran dan tidak menguntungkan. Akan tetapi, apabila kedudukan Proton mula mengukuh dalam pasaran automotif tempatan, bukan hanya pihak bank memberikan kepercayaan, tetapi juga pihak pembangkang sendiri memilih untuk membeli kereta Proton. Begitulah realiti dan perumpamaan untuk mana-mana syarikat yang membawa suatu produk baru ke dalam masyarakat.

Berkenaan saringan teknologi, syarikat ini telahpun melalui beberapa saringan teknologi oleh panel pakar R&D yang dilantik oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Selain itu, syarikat ini juga telah memperolehi pengiktirafan daripada Malaysian Industrial Development Authority (MIDA) dan pengesahan industri hijau daripada PricewaterhouseCoopers (PwC). Dengan fitnah yang menggugat kredibiliti syarikat tersebut oleh Y.B. Rafizi, syarikat ini dikhabarkan akan mengemukakan saman berjumlah RM 200 juta terhadap beliau dalam masa yang terdekat.

Kesimpulannya, Rafizi telah masuk ke dalam jerat yang diciptanya sendiri. Pada kali ini, dengan dokumen-dokumen bukti yang ada di pihak syarikat, Rafizi akan berhadapan dengan kes saman fitnah dan buruk sangka yang akan mengeheretnya jatuh ke lubang kubur yang digalinya sendiri. Ini kerana, segala-galanya adalah fitnah yang berpandukan maklumat yang salah dan tersasar. Tidak ada satupun dokumen bukti yang dapat menunjukkan penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa yang dibuat oleh Y.A.B. Perdana Menteri dalam urusan ini. Kenyataan-kenyataan yang dibuat lebih menjurus kepada tohmahan liar, sangkaan buruk dan hati perut busuk untuk mengkhianati syarikat yang dimiliki oleh orang-orang Melayu yang berpotensi mendapat bantuan kerajaan. Rafizi dicadangkan meminum perfume sebagai cubaan untuk mewangikan kembali hati perutnya.
Walaubagaimanapun, pokok persoalannya, kenapa Rafizi membangkitkan isu ini?

Adakah terdapat saudagar-saudagar dari bangsa lain yang memainkan peranan supaya isu ini dicipta dan dibangkitkan oleh beliau?

Know us

Our Team

Video of the Day

Contact us

Name

Email *

Message *