"Langit Sebagai Atap Rumahku Dan Bumi Sebagai Lantainya" - Feed The Need Oleh Pewangsa.


LANGIT sebagai atap rumahku dan bumi sebagai lantainya, Hidupku menyusuri jalan, sisa orang yang aku makan. Itulah petikan lirik lagu Gelandangan oleh Rhoma Irama.

Menghayati bait-bait lirik ini menjadikan kita tertanya-tanya di manakah keluarga mereka? Mengapa memilih jalan begini sanggup meneruskan hidup sebatang kara? Tidur di kaki lima, makan sisa makanan, mengemis dengan wajah yang penuh dengan keperitan dan ketagihan dadah dan sebagainya tetapi kita tidak tahu apa puncanya.

Golongan yang dikenali sebagai gelandangan ini bergantung harap pada lantai simen di kaki jalan buat peneman tidur di kala malam.

Golongan gelandangan ini adalah individu yang hidup dalam keadaan tidak sesuai dengan norma kehidupan yang layak dalam masyarakat setempat. Mereka juga tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan yang tetap di wilayah tertentu dan hidup mengembara di tempat umum.

Malaysia adalah negara yang pemurah dan sering membantu dan menyalurkan bantuan kepada yang memerlukan.


Justeru, tampil Pertubuhan Pemuafakatan Wangsa SeMalaysia (Pewangsa) menganjurkan program "Feed The Need" iaitu satu program titipan kasih dengan memberi makanan serta pakaian kepada golongan tidak bernasib baik dan gelandangan. Pewangsa telah melaksanakan program ini selama dua tahun berturut-turut dan tahun ini adalah kesinambungannya bagi tahun Ketiga pula. 

Kelana Putra Muhamad 
Timbalan Presiden Pewangsa Malaysia, Kelana Putra Muhamad menyatakan dalam konteks menghulurkan bantuan kepada gelandangan, golongan tersebut termasuk dalam kelompok yang perlu dibantu kerana tidak berkemampuan.

"Tindakan yang diambil badan bukan kerajaan (NGO), kerajaan dan pihak berkaitan menyediakan bantuan kepada golongan gelandangan adalah sangat wajar. Golongan gelandangan ini berada dalam kelompok yang wajib dibantu," katanya.

Bagaimanapun tegasnya, ia tidak bermakna Islam membenarkan umatnya hidup meminta-minta dan meneruskan kehidupan dengan ihsan orang lain.

"Hidup sebagai manusia menuntut kita berusaha untuk memperoleh kejayaan dan rezeki yang halal. Allah berfirman dalam surah al-Jumu'ah yang bermaksud, apabila selesai mendirikan solat maka, bertebaranlah kamu di muka bumi mencari rezeki. Ia jelas menunjukkan tuntutan berdikari dalam mencari rezeki.

"Malah, Nabi Muhammad SAW meninggalkan pesanan, sesungguhnya para nabi itu makan daripada hasil usahanya sendiri," katanya.

Menurut Kelana, program ini bertujuan menyantuni mereka sebagai golongan yang memerlukan pertolongan sambil memberi semangat, dorongan dan nasihat supaya mereka bangkit dan keluar dari kehidupan sebagai gelandangan dan kembali kepada masyarakat sebagai golongan yang normal.

Oleh itu, Pewangsa menjemput orang ramai yang ingin turut serta menyumbang boleh turut sama dalam;

"Program Titipan Kasih Pewangsa Malaysia Memberi Kepada yang memerlukan"

Tarikh : 31 Dis 2017

Tempat: dihadapan CIMB bank jalan tuanku Abdul rahman Kuala Lumpur. Bersebelahan Tune Hotel

Masa : 8.30 malam tepat

"Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.
(An-Nisaa' 4:114)









"Langit Sebagai Atap Rumahku Dan Bumi Sebagai Lantainya" - Feed The Need Oleh Pewangsa. "Langit Sebagai Atap Rumahku Dan Bumi Sebagai Lantainya" - Feed The Need Oleh Pewangsa. Reviewed by Pena Dari Tanah Melayu on 2:56 am Rating: 5

1 comment

شركة المثالية said...


افضل خدمات التنظيف بالدمام تجدونها مع شركة تنظيف مسابح بالاحساء شركة المثالية للتنظيف المتفوقة والمتقدمة دائما لانجتزتها وخبرتها الكبيرة التي قدمتها لعملائها بالجودة والمواصفات القياسية بالاسعار المناسبة والجودة العالية بخصومات تصل الي 50% مع الضمان للجودة

شركة تنظيف مسابح بالدمام

terkini