11 May 2016

“Dr Mahathir, anda yang cipta kebusukan dalam tempoh 22 tahun menjadi Perdana Menteri”, kata Kit Siang



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengisytiharkan bahawa saya bukan seorang komunis, namun beliau menggelar saya sebagai seorang “autoritarian”.

Saya tidak pasti hendak berterimakasih atau tidak kepada Mahathir kerana membersihkan nama saya daripada tuduhan ‘komunis’ yang masih dilemparkan kepada saya oleh tentera siber UMNO bersama-sama pembohongan lain, termasuk sebagai dalang rusuhan kaum13 Mei 1969.

Mahathir mungkin mahu membersihkan namanya sendiri, kerana tentu beliau akan dilihat amat bodoh kerana membiarkan seorang ‘komunis’ bergerak bebas di Parlimen selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri dan 15 tahun sebagai Menteri Dalam Negeri.

Jika saya seorang ‘komunis’, maka bererti Mahathir telah gagal sebagai Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri kerana tidak mengetahuinya.

Saya bagaimanapun tertarik dengan tuduhan beliau bahawa saya seorang “autoritarian” dan mahu anak saya, Guan Eng, menggantikan saya.

Saya tidak mahu menuduh Mahathir nyanyuk walaupun dia mampu berpura-pura nyanyuk atau berpura-pura terkena penyakit lupa, seperti yang dilakonkannya dengan baik ketika tampil di depan Suruhanjaya Siasatan Bebas berkenaan rakaman video Lingam. Beliau ketika itu teruk diserang lupa – perkara yang tidak lagi berulang setelah itu.

Menurut Mahathir, saya mahu Guan Eng menggantikan saya.

Apakah beliau merujuk kepada langkah Guan Eng mengikuti jejak langkah saya menjadi tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA); seterusnya ‘menamatkan pengajian’ dengan mengisi Penjara Kajang selama 18 bulan dan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen; hilang hak sivil, termasuk hak mengundi dan ikut serta dalam pilihanraya sebagai calon selama lima tahun kerana mempertahankan hak-hak seorang gadis berusia 15 tahun dari Melaka?

Atau yang Mahathir maksudkan adalah langkah Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang? Perlukah saya ingatkan Mahathir bahawa saya tidak pernah menjadi ketua menteri Pulau Pinang?

Atau beliau memaksudkan langkah Guan Eng menjadi Setiausaha Agung DAP? Izinkan saya mengingatkan Mahathir bahawa saya berhenti menjadi Setiausaha Agung DAP pada tahun 1999 dan Guan Eng menjadi Setiausaha Agung pada tahun 2004.

Selain itu, Mahathir mungkin perlu diingatkan juga bahawa beliau bertanggungjawab atas penangkapan besar-besaran tanpa bicara di bawah ISA menerusi Operasi Lalang, pada Oktober 1987; bahawa beliau secara bersendirian telah memusnahkan kebebasan, kemandirian, dan profesionalisme jabatan kehakiman, polis, Suruhanjaya Pilihanraya, agensi pencegahan rasuah dan perkhidmatan awam?

Apakah Mahathir juga perlu diingatkan bahawa di bawah pentadbirannya rasuah mula merebak di peringkat tinggi politik di Malaysia dan begitu juga salah-guna kuasa oleh pihak berkuasa?

Setelah Mahkamah Persekutuan membuat keputusan mengejutkan dengan menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menghumbannya ke penjara buat kali ketiga pada hari Selasa, 10 Februari, Mahathir telah mencatat di blognya, memetik Hamlet, mengisytiharkan bahawa “something is rotten in Malaysia.”

Ya, ada benda sedang membusuk di Malaysia – seperti yang terlihat pada terhumbannya seorang patriot seperti Anwar Ibrahim ke penjara buat kali ketiga walaupun telah mengabadikan 47 tahun daripada usianya untuk memperjuangkan keadilan, kebebasan, maruah manusia dan perpaduan negara.

Jika Malaysia ditanya siapa pemimpin politik tertinggi di masa lalu dan sekarang yang sepatutnya menghabiskan masa selama lima tahun dalam penjara, orang akan menyebut nama-nama lain, bukan nama Anwar Ibrahim.

Ini menunjukkan adanya kebusukan di Malaysia, busuk dari reput yang bermula dalam tempoh 22 tahun Mahathir berkuasa, dan dimulakan oleh Mahathir sendiri!

Hari ini, Mahathir bersungguh-sungguh mahu menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri, tetapi bukan kerana beliau hendak menghilangkan kebusukan, atau untuk memulihkan kebebasan dan integriti kehakiman dan kedaulatan undang-undang; untuk mengakhiri campurtangan ke atas kebebasan dan profesionalisme institusi negara seperti perkhidmatan awam, polis, suruhanjaya pilihanraya atau agensi anti rasuah; membasmi rasuah yang bermaharajalela; atau memulihkan etika dan kejujuran dalam kehidupan awam; atau memulihkan sistem pendidikan; atau mengembalikan daya saing ekonomi Malaysia.

Mahathir mahu menjatuhkan Najib bukan untuk menghilangkan kebusukan yang dimulakan oleh Mahahtir sendiri sewaktu menjadi Perdana Menteri, untuk agenda peribadi beliau sendiri. – Roketkini.com


Jadi sekarang kita harus sokong Cina DAP sebab Mahathir sudah membersihkannya dan Kit Siang berjaya membuktikan Mahathir Bodoh.

Dicopy dan paste balik dari : http://www.roketkini.com/2015/02/12/dr-mahathir-anda-yang-cipta-kebusukan-dalam-tempoh-22-tahun-menjadi-perdana-menteri/

1 comment:

Anonymous said...

Inilah kesan daripada sifat dendam politik sesama orang Islam sehingga hilang rasa hormat sebilangan besar rakyat. Bekas musuh politik yg juga merangkap pemimpin DAP musuh ajaran Islam sedang menghina diri sendiri secara terbuka pun beliau sudah tak berapa kisah dah. Buruknya sifat dendam apabila diteruskan juga.

Bersama-samalah kita semua ambil ikhtibar bahawa sesungguhnya matlamat kehidupan yang ALLAH SWT berikan umat manusia adalah semata-mata supaya kita semua mengEsakan Pencipta. Itu sahaja ....

Know us

Our Team

Video of the Day

Contact us

Name

Email *

Message *