Melawan Pendatang asing tanpa izin (PATI) dan melawan peniaga warga asing adalah dua perkara yang berbeza.
.
PATI yang banyak bekerja di pembinaan, restoran, pasar dan ladang-ladang akan melarikan diri bila didatangai penguatkuasa.
.
Peniaga Warga Asing pula tidak akan lari bila penguatkuasa menghampiri, sebaliknya mereka menjadi majikan pula kepada penguatkuasa tersebut kerana mereka (peniaga warga asing) memberi wang supaya penguatkuasa itu beredar dan menutup mata. Sebagai bukti lihatlah sendiri bagaimana banyaknya kedai warga asing (Aceh, Bangladesh, Myamnar, dll) yang menguasai lokasi-lokasi strategik di bandar dan pinggir bandar.
.
Itu belum lagi mereka yang kahwin dengan orang tempatan dan menjadikan ia sebagai akses untuk mendapatkan lesen berniaga. Mereka menggajikan pula PATI sebagai pekerja tanpa permit. Penguatkuasa tidak akan dapat berbuat apa-apa kerana mereka juga dibayar gaji (rasuah) oleh 'tauke' kedai warga asing tersebut.
.
Pucuk pangkal dalam hal ini adalah penguatkuasa yang berkereta besar, rumah besar. Mereka terpaksa menanggung kos kehidupan mereka dengan 'duit tepi' supaya mereka boleh hidup mewah.
.
Jangan kata saya menyerang penguatkuasa. Ini adalah hakikat dan realitinya tentang segala jenayah dan kekalutan yang berlaku.
.
Jika penguatkuasa menjalankan tugas, semua ini akan dapat dikawal dan terkawal.
1 comment:
Malangnya SPRM cuma berminat pd kes2 yg berprofil tinggi utk mendapat publisiti 🙈🙈
Post a Comment