Tanya Mahathir: Apakah kerugian kerajaan dalam penswastaan aset kerajaan? Kes Tenaga Nasional Bhd

Pada satu ketika dahulu industri menjana elektrik adalah monopoli awam sebelum 1992. Menurut TNB History, Lembaga Lektrik Negara (LLN):
merupakan satu entiti yang berjaya dan beruntung dengan pengurusan berkaliber. Mereka mampu menurunkan tariff kepada pengguna. Bank Dunia pernah memujinya dengan mengiktirafkannya sebagai sebuah entiti yang ditadbir dengan baik, sihat dari segi kewangan dengan dasar menentukan harga yang sesuai, dan autonomi yang mencukupi.
Pada 1 September 1990, LLN dikorporatkan menjadi Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan dimilik penuh oleh Kementerian Kewangan.
Penswastaan TNB 1992
Oleh kerana perkembangan ekonomi pesat pada hujung 1980an, TNB telah merancang untuk meningkatkan kapasiti penjanaannya tetapi tidak dibenarkan oleh kerajaan. Akhirnya keadaan ini – permintaan tinggi untuk tenaga elektrik tanpa kapasiti menjana yang sepadan – mengakibatkan satu power blackout 48 jam di seluruh Semenanjung Malaysia pada 29 September 1992.
Penswastaan industri menjana kuasa elektrik bermula selepas insiden ini. Pada tahun 1992, kerajaan memulakan penswastaan TNB dengan menjual 22% saham TNB di KLSE. Soalan yang timbul adalah, adakah keadaan blackout diwujudkan untuk menjustifikasikan penswastaan?
Tujuan dasar penswastaan
Dasar penswastaan diumumkan oleh kerajaan pada tahun 1983 dengan tujuan:
– mengurangkan beban kerajaan daripada aspek kewangan dan pentadbiran
– membaiki kecekapan dan produktiviti
– membantu dalam pertumbuhan ekonomi
Kajian menunjukkan bahawa 20 tahun selepas penswastaan TNB, kerajaan gagal mencapai ketiga-tiga tujuan ini. Pihak kerajaan sendiri mengaku bahawa penswastaan penjanaan tenaga tidak begitu berjaya:
our past experience in privatizing power generation has not resulted in optimal results. – CEO, 1Malaysia Development Berhad (syarikat milik kerajaan yang membeli aset tenaga Ananda Krishnan pada Mac 2012).
Rasionale untuk penswastaan TNB tidak masuk akal memandangkan ia adalah satu perusahaan milik kerajaan yang cukup beruntung dan berjaya. Di samping itu, gambaran yang diberi kepada rakyat adalah bahawa hanya perusahaan yang mengalami kerugian (unprofitable) akan diswastakan.
Pemberian lesen menjana kuasa kepada syarikat-syarikat kroni
Penswastaan telah berlaku di TNB dan juga di industri menjana elektrik.
Daripada permulaan sehingga kini, kerajaan menjadi pemilik saham majoriti di TNB. Pada tahun 2011, 25% syer TNB dipegang oleh syarikat swasta manakala 75% dipegang oleh GLC dan agensi-agensi kerajaan lain seperti Khazanah, EPF, KWSP dll.
Walau bagaimanapun, aspek penswastaan yang amat signifikan adalah penawaran lesen menjana kuasa lektrik kepada syarikat-syarikat swasta (independent power producers atau IPP – penjana tenaga bebas) yang diberi kontrak untuk menjana kuasa dan menjual kepada TNB untuk dibekalkan kepada pelanggan.
Lesen IPP diberi dalam tiga fasa, dari 1993 ke 1995 (IPP Generasi Pertama), 1998 ke 2001 (IPP Generasi Kedua) dan dari 2002 – 2006 (IPP Generasi Ketiga).
Pada tahun 1995, lima IPP generasi pertama membekalkan 30.99% keperluan tenaga negara. Kini, IPP membekalkan 60% berbanding dengan 40% oleh TNB.
Lima IPP pertama yang sangat istimewa
Lima IPP yang pertama khususnya mendapat deal yang paling hebat yang berpotensi untuk memusnahkan TNB dan merugikan rakyat.
Pemiliknya adalah:
  • YTL Power Generation Sdn. Bhd. milik Tan Sri Dato’ Seri Dr. Yeoh Tiong Lay
  • Segari Energy Ventures Sdn. Bhd milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
  • Port Dickson Power Bhd milik Tan Sri T. Ananda Krishnan*
  • Powertek Bhd milik Tan Sri T. Ananda Krishnan
  • Genting Sanyen Power Sdn. Bhd. milik Tan Sri Lim Goh Tong
*kini dibeli oleh 1MDB
Kesemua pemilik ini adalah taikun dan nama mereka tersenarai dalam 10 individu terkaya di Malaysia dalam Forbes Rich List, dan melalui pelaburan dalam IPP mereka telah melipat gandakan kekayaan mereka.
Pemilihan IPP dilaksanakan oleh EPU (Economic Planning Unit, Jabatan Perdana Menteri) tanpa telus. Tidak ada tender terbuka dan mereka dipilih bukan berasaskan kebolehan, pengalaman atau kepakaran mereka kerana kesemua pun tidak ada pengalaman dalam bidang ini.
Apa yang menarik ialah penawaran lesen kepada lima IPP pertama juga tidak dipengaruhi oleh Dasar Ekonomi Baru (NEP) – tidak ada kuota khas kepada kaum Bumiputera atau usaha untuk menghasilkan kelas korporat Melayu, dan terdapat hanya seorang Bumiputera dalam senarai lima itu.
Hanya satu kelayakan yang dapat dilihat dengan ketara iaitu hubungan bakal pemilik IPP dengan Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri pada masa itu. Kesemua mereka adalah kroni Dr Mahathir.
PPA – kontrak merompak wang TNB
PPA adalah kontrak antara TNB dan IPP dan berjangka masa 21 tahun. Kontrak ini dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi (OSA) sehingga hari ini. PPA amat berat sebelah kepada IPP, dan amat merugikan TNB dan rakyat.
Di bawah PPA, ada dua jenis bayaran yang perlu dibuat oleh TNB kepada IPP:
a) Bayaran ‘Take or Pay’
TNB mesti membeli sejumlah kuantiti elektrik daripada IPP seperti yang ditetapkan dalam PPA pada harga yunit yang dipersetujui dalam PPA, atau tetap membayar untuk kuantiti tersebut walaupun TNB tidak memerlukannya.
Isu-isu berkaitan adalah:
  • harga elektrik yang dibeli daripada IPP lebih tinggi daripada yang dijana sendiri oleh TNB, dan mengakibatkan kos yang lebih tinggi kepada pengguna. Contohnya menurut Tan Sri Ani Arope, pada tahun 2006, TNB menjana kuasa pada kos 8 sen seunit (kWh) dan mampu menjualnya kepada pelanggan pada harga 17 sen seunit, manakala kos menjana elektrik oleh IPP ialah 16 sen seunit (kWh) yang dijual kepada TNB pada harga 23 sen dan dijual kepada pelanggan pada harga 30 sen.
  • risiko penurunan dalam permintaan seperti berlaku semasa krisis ekonomi ditanggung oleh TNB. Semasa Krisis Ekonomi Asia tahun 1997, TNB terpaksa hentikan pengeluarannya sendiri untuk menunaikan kontrak PPA
b) Bayaran untuk kapasiti dan tenaga
i) Bayaran kapasiti
Ini adalah bayaran tetap yang dibuat kepada IPP (untuk mendapat kembali kos pembangunan kemudahan menjana kuasa dan ‘overhead’ tetap) untuk mengendalikan sejumlah kapasiti menjana berlebihan – ‘reserve capacity’. Ini adalah amalan biasa dalam sektor tenaga dan peratus kapasiti berlebihan adalah antara 15% dan 20%. pada peringkat antarabangsa.
Masalah di Malaysia adalah kapasiti berlebihan yang ditetapkan adalah 40% – dua kali lebih daripada kapasiti berlebihan yang diperlukan! Oleh itu TNB terpaksa membayar dua kali ganda daripada apa yang perlu dibayar kepada IPP. Di Thailand yang menarik lebih banyak FDI daripada Malaysia, kapasiti berlebihan adalah 22% sahaja.
Kapasiti berlebihan dua kali ganda ini amat menguntungkan IPP tetapi amat membazirkan dan merugikan TNB. Lebih daripada 50% bayaran TNB kepada IPP adalah bayaran untuk kapasiti berlebihan. Sekiranya penaksiran kapasiti berlebihan dibuat dengan lebih kompeten, TNB dapat menjimatkan berbilion-bilion ringgit.
ii) bayaran untuk tenaga
Merupakan bayaran untuk turun naik kos operasi (supaya beban inflasi tidak ditanggung oleh IPP) dan kos bahan bakar yang digunakan dalam penjanaan.
Kos bahan api adalah kos ‘pass-through’ iaitu apa sahaja kos bahan api yang diperlukan bagi menjana elektrik akan dicaj kepada pengguna. Disamping itu, TNB akan tanggung sekiranya ada kenaikan harga bahan api.
IPP adalah penerima subsidi gas paling banyak daripada Petronas. Pada Mei 2011, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui mempertahankan IPP dengan mengatakan bahawa IPP tidak mendapat sebarang keuntungan daripada subsidi gas yang merupakan kos ‘pass-through’.
Tetapi walaupun IPP mendapat gas dengan harga yang rendah, ia membekalkan elektrik kepada TNB dengan harga yang lebih tinggi daripada harga TNB. Ini bermakna IPP mendapat keuntungan besar daripada subsidi gas.
Untung terjamin untuk IPP – risiko perniagaan ditanggung oleh TNB
IPP bebas daripada risiko penurunan dalam permintaan (jualan terjamin) dan kenaikan harga bahan bakar serta dijamin keuntungan sebanyak sekurang-kurangnya 20% setiap tahun untuk 21 tahun. Mana ada peranan ‘entrepreneurship’ yang diambilkira sebagai salah satu faktor pengeluaran oleh pakar ekonomi ‘mainstream” dan manakah sumbangannya terhadap berbillion-billion ringgit untung yang diperolehi daripada TNB?
Bayaran TNB kepada IPP
Tahun
Bayaran kpd IPP: RM
Bayaran untuk tenaga
Bayaran kapasiti
2007
7.7bn
4.2bn
3.5bn
2008
8.7bn
3.9bn
4.8bn
2009
11.9bn
5bn (projected)
2010
12.5bn
2011
14.2bn
Hampir setengah kos operasi TNB terdiri dari bayaran kepada IPP, dan separuh dari bayaran ini adalah untuk bayaran kapasiti, dimana separuh wang atau RM2.4bn untuk 2008 dapat dijimatkan sekiranya reserve kapasiti yang munasabah ditetapkan. Jumlah bayaran kepada IPP meningkat tahun demi tahun sedangkan pendapatan bersih TNB turun.
Perjanjian ini sangat memihak kepada IPP sehingga Tan Sri Ani Arope Pengerusi Eksekutif TNB pada masa itu enggan menandatangani kontrak dan meletak jawatan. Perjanjian ini tidak disenangi dan dikritik oleh ketua-ketua TNB sejak masa itu, malah, pakar economi haluan kanan juga mengkritiknya.
Kesan penswastaan industri tenaga – TNB, rakyat dan negara
a) Meningkatkan beban hutang kerajaan melalui subsidi gas yang diberi kepada IPP dan TNB sehingga hari ini
b) Menghakis prestasi kewangan TNB dengan bayaran berbillion-billion ringgit kepada IPP. Dua puluh tahun sejak IPP diberikan lesen, status kewangan, prestasi dan imej TNB turun. Pada tahun 2011, keuntungan bersih turun TNB dari RM3.2bn pada tahun 2010 ke RM499.5 juta (salah satu sebab kerana terpaksa bayar harga pasaran untuk gas dan membeli bahan bakar ganti yang lebih mahal), dan dividen akhir tahun untuk tahun kewangan 2010/2011 tidak dapat dibayar. Tetapi pada masa yang sama, IPP mendapat keuntungan yang lumayan melalui satu kontrak yang dikatakan baik sekali di dunia.
c) Mengakibatkan kenaikan tarif kepada pengguna.
d) Tidak meningkatkan kecekapan penjana kuasa. Menurut institut bebas Refsa (Research for Social Advancement), kos menjana elektrik oleh IPP di Malaysia 80% lebih tinggi daripada penjana di Singapura
e) Selepas 20 tahun IPP dan TNB masih bergantung kepada subsidi gas dan tidak ada usaha untuk membangunkan teknologi tenaga alternatif yang murah dan hijau dengan menggunakan wang keuntungan IPP.
Syor
Peranan TNB seolah-olah mengorbankan diri sendiri supaya IPP boleh terus mendapat untung lumayan. Keputusan kerajaan untuk membeli aset menjana tenaga yang dijual oleh Ananda Krishnan adalah pengakuan bahawa model penswastaannya telah gagal.
Tetapi ini tidak cukup, dan tindakan-tindakan berikut disyorkan:
  • Hentikan kontrak PPA dengan serta merta dan kenakan bayaran ganti rugi
  • Tamatkan kontrak dengan semua IPP, dan miliknegarakan industri penjanaan elektrik. Berbillion-billion ringgit bayaran kepada IPP boleh dijimatkan.
  • Gunakan wang yang dijimatkan untuk membangunkan sumber tenaga alternatif hijau
  • Ambil tindakan undang-undang terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan EPU kerana memecah amanah dengan tindakan jenayah mereka mewujudkan PPA yang merugikan kerajaan dan rakyat.
Rujukan:
1. Annual Report TNB 2011
2. The High Cost of Private Monopolies, CAP
3. The IPP Investment Experience in Malaysia, Jeff Rector
4. Dec 2010, Malaysiakini article by SM Idris
5. TNB History
6. REFSA (Research for Social Advancement) , June 2011
7. Lim Guan Eng’s letter June 2006 to TNB CEO
8. Viewpoints, pg 3, StarBizWeek, 4/2/12
9. Finance Twitter
10. Artikel-artikel dr Malaysian Insider, Malaysiakini
11. Temuduga Starbiz, The Star, 6 June 2006
Mac 2012
Sumber : ALIRAN

#KekalNajib
#TanyaMahathir

35 comments:

Anonymous said...

Ada berani ke nak jawab...

Anonymous said...

Sudah sudah la jadi batu api.

Anonymous said...

Zaman Mahathir dulu tak ada internet.

Tu yang semua skandal rakyat tak tahu

Semua media dokontrol oleh Mahathir

Sekarang zaman berbeza....Tapi aku tabik Najib

Dia cool, tabah dan nampak rileks...Rasanya dia memang innocent

Anonymous said...

Akta rahsia rasmi(osa) hmmm.....

Anonymous said...

Artikel yg. BERNAS PTM! Tapi nampaknya penyokong-penyokong Ayahanda Tun telah buat LUPA-mcm-si-BANGANG!

Aku syak ramai pemimipin Islam/Melayu yg. jadi PENGKHIANAT telah di"BLACKMAIL" - samada ke atas dirinya atau keluarganya oleh PENDATANG PENGGANAS-PENGGANAS KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO-EJEN Barat/ZIONIS-PEROMPAK/PENJENAYAH- no 1!! Kerana perangai GANJIL Ayahanda Tun (yg. sebelum ni beriya amat anti-Barat yg. pro Zionis) sampai boleh jumpa si BETINA-omputih KEPARAT S.Repot tu - amat tak logik!
Si BETINA omputih-KEPARAT S.Repot (patutnya diHARAMkan selamanya masuk M'sia kita ni) ini disyaki DALANG belakang kumpulan PENGGANAS-PENGGANAS ANTI-BUMIPUTERA Islam/Melayu dari puak DAPBANGKAI/PKRHOMO ini yg. KELENTONG psl. IMDB ni, termasuk puak PENGGANAS PEMISAH Sabah/Sarawak - adalah si KULI-rejim-rejim PENGGANAS Barat/NATO-ISrael/Zionis, yang memang nak MEMISAHkan Sabah/Sarawak yg- kaya minyak/gas, dari Malaysia dan diGABUNGkan dgn. SingaPORK-pusat-CIA-MI6/Mossad/NATO di Asia Tenggara!

Dan BETINA ni juga sebenaqnya adalah adik ipar kpd. bekas PM UK yg. amat pro-ISrael/Zionis, Gordon Brown yg. terlibat bersama Blair utk. melancarkan perang Iraq yg. telah menyebabkan BERJUTA Bumiputera Arab Islam Iraq diBUNUH/diROMPAK/diPERKOSA dgn. amat KEJAM dlm. GENOSID oleh tentera PENGGANAS US/UK – lihat di http://www.whale.to/b/bollyn.html , How Mossad Controls Our Political Parties, by Christopher Bollyn, 25 October 2008:

……MOSSAD CONTROLS BRITAIN

The evidence indicates that Israeli intelligence has near complete control of the leading political parties in Britain and the United States. While the Zionist political controllers in London and Washington are well known to the owners of the mass media, discussion of the subject of Zionist or Israeli control of the parties is censored in the media outlets they control. This censorship illustrates how Zionist control of the media serves to deceive the people and cause extreme harm to the nations.

Specific examples of the current pro-Israel bias in the mass media would include the media's unquestioning support of the 9-11 cover-up, the costly and disastrous wars in Iraq and Afghanistan, and the trillion dollar "bail-out." The complete lack of transparency in U.S. elections and discussion of the secretive private companies that run our elections are also censored subjects.

The utterly fraudulent Zionist construct called the "War on Terror" and the illegal wars in Iraq and Afghanistan have all been designed and forced onto the American and British nations by Zionists who control the political systems of London, New York, and Washington.

In Britain, the two political leaders who have promoted and supported the Zionist agenda and wars of aggression are Tony Blair and Gordon Brown. Their Zionist paymasters and handlers are not hard to discern, although they are never discussed in the media in such terms……

Nek Tempoyak.

Anonymous said...


12 July 2015

"Tanya Mahathir: Apakah kerugian kerajaan dalam penswastaan aset kerajaan? Kes Tenaga Nasional Bhd"

Tun Mahathir sudah pun menjawab persoalan ini...malas nak google.

Secara mudah dan secara ringkas;

Adakah tariff letrik zaman Tun membebankan rakyat? Bagaimana pula dengan kos sara hidup rakyat zaman Tun Mahathir? Adakah ianya membebankan?

Adakah Tuan mahu rakyat marhaen memberi pendapat dengan membandingkan tarif elektrik atau kos saraan hidup diantara zaman pemerintahan Tun dengan Dato seri Najib.?

Jujurlah, berterus teranglah dengan diri sendiri sebelum Tuan menjawabnya.

Anonymous said...

SATU ARTIKEL YANG BODOH DAN BANGANG..... "" INI SOALAN AKU PULA : KALAU DAH MAHATHIR BUAT SALAH,, MAKA NAJIB PUN BOLEH BUAT SALAH JUGA SESUKA HATI "" .... NAK MENULIS BIARLAH GUNA AJKAL JANGAN SAMPAI NAJIB NAMPAK LEBIH BERSALAH.. BODOH MACAM LEMBU CAI2 NI SEMUA... SOLAN KEDUA: KALAU TIDAK MAHATIR TANYAKAN ISU2 TERBABIT.. ADAKAH TAK DE ORANG LAIN YANG AKAN TIMBULKAN .... " NASIHAT KEPADA CAI2 SEKELIAN KALAU NAK JADI BANGAN JANGANLAH SECARA BERJEMAAAH. OOKKKK

HARAP BERLAPANG DADA.

Anonymous said...

Zaman Tun Dr. Mahathir dahulu walaupun kerajaan ada mengalami kerugian dalam pelaburan, itu adalah disebabkan kerugian, rakyat tahu bahawa rugi, tetapi zaman Najib ni, wang hilang, tak tahu ke mana, tapi boleh ada pula wang masuk dalam akaun pemimpin dengan jumlah berbilion-bilion, dan masuk akaun bini pemimpin dengan jumlah berjuta-juta.

Perlu bezakan rugi dengan mencuri.

Blogger ni bodoh, tak reti beza, kalau rugi tu rugilah, berniaga ada untung ada rugi, tapi kalau mencuri tu baru dikira kes jenayah.

Saya masih ingat lagi kerajaan di zaman Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri di masa itu kejatuhan harga simen yang begitu teruk, syarikat simen kerugian teruk, malahan para pekerja simen berhadapan dengan pembuangan kerja jika syarikat simen menutup operasi, tetapi kerajaan bantu industri simen dengan membuat lebuhraya menggunakan simen di beberapa bahagian Lebuhraya PLUS di Melaka dan Johor.

Apa yang kerajaan buat pada masa itu adalah untuk bantu rakyat, bantu ekonomi negara, bantu sektor simen supaya tidak bungkus dan para pekerja simen tidak dibuang kerja beramai-ramai.

Tapi dalam isu 1MDB ini tak begitu, wang dicuri di masukkan ke akaun orang itu dan orang ini, kononnya pelaburan itu dan ini, tapi tak tunjukkan bukti, apa yang rakyat nampak adalah RM 2.63 bilion di masukkan ke dalam akaun pemimpin, dan RM 2 juta dimasukkan ke dalam akaun pemimpin.

Oleh itu jangan nak samakan penyelewengan di zaman Najib dengan pemulihan ekonomi dan sektor ekonomi di zaman Tun Dr. Mahathir, banyak sangat bezanya, macam langit dan bumi.

Anonymous said...

Dalam isu TNB ini, mengapakah blogger ni tak ulas pasal isu Jimah Timur 3B?

Dalam projek ini, 1MDB melalui anak syarikatnya diberikan kontrak untuk menyiapkan pembinaan stesen janakuasa tersebut dan membekalkan tenaga elektrik kepada TNB pada tahun 2018.

Tapi masalahnya sekarang ni projek tu dah tertangguh selama lebih kurang satu tahun, malahan projek tu tak dimulakan lagi pun, kemudian TNB dipaksa beli ekuiti dalam Jimah Timur ini dengan nilai lebih kurang RM 11.7 bilion yang dikatakan 'pelaburan' oleh Najib dan kuncu-kuncunya.

Bayangkan buta-buta sahaja 1MDB dapat wang dengan hanya menjualkan ekuiti projek yang masih belum dimulakan lagi.

Malahan projek itu projek sakit, kelewatan lebih kurang setahun itu akan menyebabkan peningkatan kos sembanyak lebih kurang RM 1 bilion, itu juga ditanggung oleh TNB.

Malahan kelewetan bekalan elektrik juga ditanggung oleh TNB.

Mengapakah blogger Pena Tanah Melayu ni tak ulas pasal hal ini juga?

Sebab itulah kena bezakan penggunaan dana awam untuk pacu ekonomi negara semasa di zaman Tun Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri dahulu dengan merompak dana awam untuk kepentingan diri sendiri seperti zaman Najib sekarang ini.

Anonymous said...

patutlah TUN bersekongkol menyerang 1MDB.... sebab takut semua taktik rompakan oleh IPP terbongkar.... dan bukanlah nak rasis.. at least tansri syed mokhtar tu boleh di maafkanlah jugak sebab dia pulang balik kekayaannya kepada rakyat dan mengambil peluang dengan kekayaan yang ada padanya mengambil alih entiti yang besar milik orang cina dan india supaya menjadi milik melayu.... damage control kita panggil... YTL??? powertek???? genting???? dan yang lainnya?????????? aku yakin... pengambil alihan salah satu IPP milik ananda oleh 1MDB bakal memaksa IPP lain memperolehi penyusutan pendapatan dan menyebabkan pemilik lain akan terpaksa menjualnya semuala kpda kerajaan kerana 1.kerajaan akan lebih telus terhadap setiap perjanjian baru IPP bermula dengan IPP milik 1MDB tanpa OSA. secara tidak langsung perjanjian lama yg tersimpankemas dalam OSA tidak lagi terpakai. (salah satu cara menutup rahsia TUN - dgn pendekatan yang sudah tu sudahlah.... itu gaya Najib) 2. kerajaan akan secara paksa mengarahkan tariff elektrik turun dengan mengguna pakai kos yang lebih rendah dari IPP milik 1MDB (termasuk IPP luar negara) sebagai justifikasi. 3. sebahagian besar IPP sedia ada akan menjual IPP mereka kerana gentar di tuduh pengkhianat negara dan rakyat kecuali tan sri mokhtar (insha Allah) sebab syed mokhtar dah nampak smua ni lama tapi tak boleh kata apa sebab kenang kan TUN.( saya percaya itu sebabnya syed mokhtar melawan arus dengan memulangkan kekayaan kepada rakyat - saya berfikiran positif terhadap syed mokhtar) di mana pengusaha IPP lain akan cuba mengelakkan terbongkarnya rahsia kekayaan mereka adalah hasil dari perjanjian yg tersemat rapi dalam OSA.

Anonymous said...

ANON 12 JULY.... di atas ni penjelasan kenapa TUN bising (dia tak specific pasal IPP, dia sebut sikit jer) sebab operator IPP punya hal lah. penulis artikel blog ni benar bila dia kata kerajaan rugi bila TNB di swastakan. Sekarang bila anak syarikat kerajaan memiliki semula IPP, bermakna sesuatu sedang dilakukan oleh kepimpinan najib. itulah sebabnya 1MDB turut membeli IPP di luar negara... sebab bakal di jadikan sebagai benchmark kepada IPP dalam negara supaya rakyat tahu bahawa IPP tak semestinya untung atas angin sewaktu pemerintahan TUN...kalau tak kenapa perlu semuanya di bawah OSA???????? jadi aku yakin pemilikan IPP oleh 1MDB adalah serampang dua mata Najib... iaitu membunuh penguasaan IPP dan mengembalikan penguasaan perbekalan tenaga kepada TNB yg sebahagian besar pemilikannya adalah milik kerajaan. bermaksud tak lama lagi.... aku yakin tariff elektrik akan kembali turun setelah apa yg di tulis di atas ni terlaksana. Fikir2kan lah

Anonymous said...

1MDB dah beli pada harga yang tinggi..mengikut analyst melebih nilai sebenar...agak2 boleh ke turun tariff kalau beli harga IPP2 tu dah tinggi?

Anonymous said...

"aku yakin tariff elektrik akan kembali turun setelah apa yg di tulis di atas ni terlaksana."

Tidak terfikirkah saudara ;

1.jika Tnb terpaksa menanggung hutang berbillion disebabkan oleh bisnes atas angin 1mdb adakah mereka boleh menurunkan tariff elektrik?
2.jika kita berfikir secara logik, walaupun tarif elektrik tidak dinaikkan pada masa ini, kenapa pengilang menaikkan harga barang mereka?
3.adakah rakyat marhaen telah bersedia jika berkemungkinan TNB satu hari nanti akan menaikkan lagi tarif elektrik, disebabkan oleh 1mdb yang mendapat keuntungan atas angin?
4.begitu juga dengan tol lebuhraya, tidak terfikirkah saudara bahawa tol juga akan dinaikkan?
5.bersedialah rakyat marhaen yang akan menanggung segala beban ini disebabkan oleh 1mdb.

Anonymous said...

Pelik dia org ni punya prinsip..seolah2 macam..kalau orang lain boleh curi..aku pun boleh curi? Ini apa punya idea daaa..x yah lar nak ckp pasal zaman Tun..adakah kita nak mengizinkan kesalahan yang dilakukan najib disbbkan kita berpendapat Tun pun buat kesalahan dulu..apa punya turrr larr

Anonymous said...

saya terima pandangan anon di atas..... tapi baca betul2 apa yang saya tulis..... IPP 1992 lah yg untung atas angin.... selama 21 tahun lebih. itulah yg najib hendak bunuh...tapi tidak sampai memalukan TUN. jika pun nilai belian tinggi...adakah lebih tinggi dari kerugian bermula 1992????? malas hendak saya titipkan kos yg terpaksa di bayar kerajaan dan TNB hanya untuk membeli grid dari IPP... carilah sendiri. saya jelas menyatakan IPP yg di beli oleh 1MDB belum pun menunjukkan taringnya. Lihat nanti bila bermula dgn 1 IPP yg bakal TNB miliki ini akan menjadi duri dalam daging kepada baki IPP yang tinggal. dan kerajaan sedia ada tidak mungkin akan membenarkan IPP lain terus mewah di bawah perjanjian lama. tidak akan ada lagi perjanjia OSA yg melindungi rahsia lintah darat cara mereka..... anda tidak fikir begitu????? beri sedikit ruang menilai strtegi ini secara positif....jangan asik nak bangkang ajer.

Anonymous said...

entiti atau aset yg adakalanya di beli secara mahal oleh kerajaan selalunya tidak di bebankan kepada rakyat. kerajaan terpaksa lakukan untuk menghentikan untung atas angin ini. iaya umpama betapa kerajaan sanggup membayar kos konsesi yang mahu di tamatkan oleh kerajaan. mana-mana tol yg kerajaan ambil alih dengan membayar pada kos lebih tinggi tidakpun ditarik dari rakyat. tidak adapun kerajaan umumkan rakyat harus tanggung sebahagian kos pembelian tol2 yg hendak di mansuhkan. mungkin ketika itu kerajaan mampu. tol lebuhraya jalan kuching contohnya. kerajaan tidak teruskan konsesi.... hikmahnya rakyat tidak perlu bayar TOL walau pun kerajaan masih membenarkan sebahagia besar konsesi PLUS seluruh negara... besar kos maintainance nya. dan setakat ni pengguna selesa dan rasa berbaloi membayar TOL. bukan selalu pun membuat perjalanan jauh...dan sanggup kah kita bersesak lebih teruk dari yg ada sekarang ni.... fikir2 dan timbal2.... positif lah. jangan umpama menyimpan kentang di dalam saku.... tak nampak kentangnya... baunya maung di mamah masa.

Anonymous said...

so....disbbkan 21 tahun kes IPP dikatakan merugikan rakyat..maka Najib and RM boleh memasukkan billion dan juta duit rakyat dalam akaun peribadi ek?

Anonymous said...

mungkin duit 2juta masuk akaun RM tu duit yang telah dijimatkan bila 1MDB beli IPP tu kot..gitu jugak dgn ntah brp billion yang masuk akaun Najib..besar kemungkinan duit yang dijimatkan dari pembelian IPP ni..duit tu mungkin juga akan disalurkan semula kpd rakyat dikemudian hari kan?

Anonymous said...

ni anon atas ni macam budak sekolah plak.... apa orang suap semuanya nak telan. pergi baca buku.... tolonglah ...bolehtak kita hentikan atau slowkan sedikit perangan suka buat atau sebar fitnah ni...... org tulis najib masukkan duit berbillion engko percaya.... suap kata najib sayang al tantuya... engko percaya... tolonglah fokus sikit. jangan jadi melayu yang gemuk dengan fitnah.

Anonymous said...

aiks...napa xleh caya lak..yang ko tulis pjg berjela pasal Tun tu fakta ke..leh caya ker? mula2 pasal akaun RM..mati2 cai nafikan..kata bukan akaun dia..kunun tak percaya lar maklumat dari SR..last2..tuan punya badan ngaku pulak tu MEMANG akaun dia...dan dia smpi skrg x menafikan ada duit 2 juta masuk akaun dia..sebaliknya sibuk nak mencari org yg dedahkan akaun dia...ni dah jd zaman org bg tahu ada org mencuri..tp org yg bagi tahu yg kena siasat lak...so..skrg..sapa yg boleh dipercayai atau x dipercayai?

Anonymous said...

Maaf, saya belum pernah mendengar TNB mencatat kerugian selama ini.

Anonymous said...

zaman Najib...penasihat Najib.PEMANDU dan ntah2 apa..telah menetapkan KPI pada semua GLC supaya buat untung banyak2...sbb tu mereka yg dalam tersepit antara menjaga kepentingan rakyat dan juga mencapai KPI yang ditetapkan...tp..akhirnya rakyat lar jd mangsa..sbb CEO semua nak jg kedudukan masing2..x perform kena tukar pulak kang...

Anonymous said...

admin menulis seolah-olah nak menghentam Tun untuk mewajarkan apa yang dibuat oleh Najib...takyah nak divert...jwb je isu pasal 1MDB..sbb itu isu semasa yang rakyat nak tahu skrg...

Anonymous said...

Juak-juak Najib ni bodoh, mereka tak faham konsep perniagaan, ada sesetengah perkara perlu kita beli atau sewa untuk mengelakkan kenaikan kos.

Macam isu IPP, sebenarnya Tun Dr. Mahathir melihat pandangan yang sangat jauh, TNB hanya beli elektrik dari IPP, maka TNB dah jimat kos membina dan menyelenggara IPP, lihatlah macam projek Jimah Timur 3B, TNB kerana nak buat elektrik sendiri, maka pelaburan sampai RM 11.7 bilion itu pun tak tahulah berapa bilion dikebas oleh 1MDB kononnya pembelian ekuiti sedangkan projek langsung haram tak dijalankan lagi, untung atas angin sahajalah, beginilah 1MDB, semua untung atas angin, beli lot tanah di TRX dengan harga RM 4 juta, tapi jual kepada Tabung Haji dengan harga RM 188.5 juta, orang bodoh tak pernah sekolah pun syok buat kerja macam ni. Berbalik kepada IPP, lepas tu kos penyelenggaraan lagi perlu tanggung untuk penyelenggaraan aset-aset IPP itu, reban ayam pun perlu diselenggara, inikan pula bangunan penjana tenaga elektrik, itu pun juak-juak Najib tak boleh fikir ke? Akhirnya TNB juga yang rugi dan perlu naikkan tarif elektrik untuk tampung kerugian itu, dan akhir sekali rakyat juga yang menanggung beban.

Juak-juak Najib bodoh tak tahu menilai. Mereka hanya melalak tak tentu hala sahajalah.

Anonymous said...

Di zaman Tun Dr. Mahathir, kerajaan nak buat sesuatu dia umum kepada rakyat, tapi zaman Najib ni semua disembunyikan, macam penjualan tanah oleh 1MDB di TRX, para pendeposit Tabung Haji pun tak tau, tak diumumkan, dengar-dengar dah beli, dengan harga yang terlalu tinggi berbading harga yang diperoleh oleh 1MDB, 1MDB peroleh tanah berkeluasan 1.56 ekar tu dari kerajaan dengan harga RM 4 juta, tapi Tabung Haji beli tanah berkeluasan 1.56 ekar tu dari 1MDB dengan harga RM 188.5 juta, CEO dan orang-orang kanan dalam Tabung Haji pun ada jawatan dalam 1MDB, apa kejadahnya semua ini?

Sebelum ini Tabung Haji kata ada tiga pembeli berpotensi untuk membeli tanah itu dan Tabung Haji dikatakan akan dapat untung RM 5 juta dari transaksi itu, tapi sekarang ni tak jadi pula, kata nak buat pembangunan, kita mau tau apakah pembangunan yang boleh jana untuk bagi Tabung Haji terhadap tanah itu? Hingga kini Tabung Haji tak ada perancangan pun, hanya sekadar putar sana sini untuk tipu rakyat bagi 'menyelamatkan' penipuan Najib selama ini adalah.

Anonymous said...

Zaman Mahathir ,apa pun dia buat orang tak berapa kisah, kerana rakyat tak terkena tempias. Harga barang asas tak naik.rakyat tahu ekonomi stabil..bukan macam sekarang semuanya mahal2 dah lah tu GST, RM jatuh teruk. Kos sara hidup tinggi..kasi brim pun macam tak balik modal. Sekarang ni apa Najib & isteri buat rakyat perhatikan...

Anonymous said...

OI si PENDATANG PENGGANAS-PENGGANAS-amat-KEPARAT ANTI-Islam/Melayu (punya PENAKUT jadi PENYAMAQ pula tu) memang puak KEPARAT GILABABI! Apahal lu si PENAKUT-nak-MAMPOS, asyik nak TUTUP mulut Nek Tempoyak aaahhhh, lu punyak otak PENGGANAS aaahh...., itu mcm-si ANJING KURAP-manyak-NANAH si puak PENDATANG PENGGANAS-PENGGANAS KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO-EJEN Barat/ZIONIS-PEROMPAK/PENJENAYAH- no 1!!

Yg. lu nak paksa YAB PM ISLAM/Melayu kami letak jawatan sewenangnya apasal - lu ingat kami MAJORITI dari BUMIPUTERA Islam/Melayu yang pilih YAB PM kami ni, KULI-KULI lu, oi si KEPARAT PENGGANAS-PENGGANAS PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO!!

PI MAMPOS lu punya ekoq-ekoq BANGKAI BABI kat JAMBAN/KANDANG PENGGANAS KAPIRDAJAL PKRHOMO/DAPBANGKAI-SIAL-si-PORNORASIS-ejen Barat/ZIONIS-PEROMPAK/PENJENAYAH-no-1!!

Anonymous said...

Nek Tempoyak, pergi makan ubat tidurlah, tak payah memekak tak tentu hala,dengan carut marut bodoh Nek Tempoyak tu, tak ada gunanya pun kepada agama, bangsa, dan tanah air.

Isu 1MDB pun Nek Tempoyak tak tau apa, hanya sekadar menyokong membuta tuli, apakah Nek Tempoyak ni penyokong upahan yang dibayar dua tiga ringgit oleh Najib untuk menyokong Najib atas dasar CASH IS KING?

Nek Tempoyak, nak menyokong pun tengoklah dulu, bukannya pakai main redah sahaja, kalau Najib makan taik dan suruh Nek Tempoyak makan taik, Nek Tempoyak pun nak makan taik jugakah?

Ada otak tu gunakan untuk berfikir, guna akal, bukannya ikut nafsu.

Tapi kebodohan tidak mengenal usia, budak tadika pun ada yang lebih pandai dari orant tua renta, tua ganyut, dan tua bangka. Malahan ada orang orang tua renta, tua bangka, tua ganyut tetapi mentaliti lembab lebih teruk dari budak tadika.

Anonymous said...

OI si PENDATANG PENGGANAS-PENGGANAS-amat-KEPARAT ANTI-Islam/Melayu (punya PENAKUT jadi PENYAMAQ pula tu) memang puak KEPARAT GILABABI! Apahal lu si PENAKUT-nak-MAMPOS, asyik nak TUTUP mulut Nek Tempoyak aaahhhh, lu punyak otak PENGGANAS aaahh...., itu mcm-si ANJING KURAP-manyak-NANAH si puak PENDATANG PENGGANAS-PENGGANAS KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO-EJEN Barat/ZIONIS-PEROMPAK/PENJENAYAH- no 1!!

Yg. lu nak paksa YAB PM ISLAM/Melayu kami letak jawatan sewenangnya apasal - lu ingat kami MAJORITI dari BUMIPUTERA Islam/Melayu yang pilih YAB PM kami ni, KULI-KULI lu, oi si KEPARAT PENGGANAS-PENGGANAS PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO!!

PI MAMPOS lu punya ekoq-ekoq BANGKAI BABI kat JAMBAN/KANDANG PENGGANAS KAPIRDAJAL PKRHOMO/DAPBANGKAI-SIAL-si-PORNORASIS-ejen Barat/ZIONIS-PEROMPAK/PENJENAYAH-no-1!!

Anonymous said...

Nek Tempoyak kalau nak komen, tak payah carut marut macam ni, Nek Tempoyak ni ada sakit gila babi ke? Komen carut marut tak tentu hala.

Kalau Nek Tempoyak tahu sangat bahawa Najib dan 1MDB tak salah, sila Nek Tempoyak terangkan, apakah pelaburan yang dibuat oleh 1MDB dengan kos sebanyak RM 15.4 bilion dalam GIL Funds, Brazen Sky, dan Aabar Deposit? Di manakah pelaburan itu dibuat? Apakah pelaburan dalam bidang jual burger? jual nasi lemak? jual kapcai? jual kangkung? tanaman hidroponik kangkung? pelacuran? dadah? perusahaan membuat alat rangsangan seks? perusahaan ubat kuat seks? video lucah? agensi membekal chinadoll ke kelab malam? perusahaan kelab malam? perusahaan pub? perusahaan karaoke? perusahaan disko? perusahaan dangdut? dalam perusahaan apa? Sila Nek Tempoyak jelaskan sebab bukan main lancang mulut Nek Tempoyak maki hamun dan carut marut orang lain sebab nak bela kemungkaran Najib yang menyelewengkan wang hutang 1MDB itu.

Kalau tak boleh jawab, lebih baik Nek Tempoyak diam, dari menjadi orang tua bangka, tua renta, tua ganyut yang bodoh yang nak sampai ke tahap gila babi, sila jaga nama baik warga emas.

Atuk Cincaluk.

Anonymous said...

OI si cingcaluk-BANGKAI-KEPARAT si GILABABI, apahal lu asyik nak TUTUP mulut Nek Tempoyak, lu punyak otak aaahh, itu mcm-si ANJING KURAP-manyak-NANAH si puak PENDATANG PENGGANAS-PENGGANAS KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO-EJEN Barat/ZIONIS-PEROMPAK/PENJENAYAH- no 1!!

PI MAMPOS lu punya ekoq BANGKAI BINATANG BUAS, kat JAMBAN PENGGANAS KAPIRDAJAL PKRHOMO/DAPBANGKAI-SIAL-si-PORNORASIS-ejen Barat/ZIONIS-PEROMPAK/PENJENAYAH-no-1!!

Anonymous said...

seksi lar Nek Tempoyak ni..hehehehe

Anonymous said...

Nak no tel Nek...

Anonymous said...

Siapa yang gila babi sekarang ni Nek Tempoyak, kau tengoklah komen kau tu, carut marut tahap iblis, kau ni geng black metal ke? Ke ko pekena syabu sebelum beri komen, sebab tu meracau macam orang tak ada akhlak?

Isu saya tanya pasal 'pelaburan' 1MDB sebanyak RM 15.4 bilion itu pun kau tak jawab, tapi kau ni asyik maki je memanjang, apa masalah dengan kau ni? Otak kau dah biul sebab pekena syabu banyak sangat ke?

Apakah kerana kau pun manusia yang jenis berfikiran CASH IS KING yang mana hanya dengan dua tiga ringgit yang dilempar oleh Najib ke muka kau untuk beri komen macam orang tak ada akhlak, tak berfikiran ini, maka kau sanggup jadi pecacai Najib sebab dengan hanya habuan dua tiga ringgit sahaja?

Di manakah akhlak kau Nek Tempoyak? Kau tak guna otak ke kaji apa yang kau komen selama ini? Kau ni jenis kurang akal ke sampai beri komen yang keji sedemikian rupa?

Saya pun tak sokong DAP, PKR, atau PAS, selama ini saya mengundi Barisan Nasional calon dari UMNO. Di parlimen tempat saya bertanding sebelum ini di DUN calon PKR, di Parlimen calon PKR, lawan calon UMNO, saya undi calon UMNO, jadi tak payahlah Nek Tempoyak nak melalak tak tentu hala mencarut yang bukan-bukan menuduh saya agen PKR ke, DAP ke, atau PAS sekali pun kerana saya adalah pengundi setia Barisan Nasional.

Tapi bila Najib buat kesalahan yang begitu melampau seperti penyelewengan wang 1MDB ini, maka saya tak bolehlah nak terima. Takkan saya nak terima perlakuan salah Najib sebab Najib presiden UMNO dan saya sokong UMNO. Kerana sokongan saya kepada UMNO dan Barisan Nasional adalah bukan kerana Najib, saya sokong UMNO dan Barisan Nasional kerana kejayaan UMNO dan Barisan Nasional, tetapi Najib dah lingkupkan banyak kejayaan itu hingga merosakkan UMNO dan Barisan Nasional sekarang ini.

Apakah Najib menjahanamkan UMNO dan Barisan Nasional pun saya nak biarkan? Pemimpin datang dan pergi, tetapi parti itu adalah perlu dipertahankan, pemimpin korup boleh blah tinggalkan parti bila-bila masa sahaja selepas puas pergunakan parti untuk kepentingan diri, tapi parti jadi mangsa dan dihancurkan susah nak dipulihkan nanti.

Nek Tempoyak, saya tak pernah nak tutup mulut awak pun, tapi saya minta awak fokus kepada isu, buat kajian, bukannya maki hamun, sumpah seranah, caci maki, mencarut sana sini tak tentu hala.

Sila jaga status dan kedudukan warga emas, jangan malukan warga emas.

Kalau kau masih mencarut maki hamun tak tentu hala lagi, mungkin kau ni pesakit mental yang mencuri laptop doktor yang ada wi-fi dan kau pun mencarut tak tentu hala kerana carut marut, maki hamun, sumpah seranah adalah makanan kau dari kecil sampai besar kot.

Sila guna akal bila berfikir, jangan guna nafsu serakah, sebab nanti kau akan jadi bodoh tak tentu hala seperti sekarang. Sedarlah diri.

Atuk Cincaluk.

Anonymous said...

Sekarang jauh lebih tersiksa.. Aku pilih yg kurang tersiksa..