DAP Kedah Serang dan Belasah Lim Guan Eng



MERGONG - DAP Kedah hari ini membuat sidang akhbar membantah keputusan CEC yang melantik  Zairil Khir Johari sebagai Pengerusi Interim DAP Kedah menggantikan Lee Guan Aik, Pengerusi DAP Kedah. yang lalu.

Dalam sidang media tersebut hampir semua yang hadir melahirkan rasa kekecewaan mereka terhadap tindakan Lim Guan Eng, Setiausa Agung DAP yang terburu-buru membuat keputusan tersebut.

Menurut mereka, Setiausaha Agung DAP itu masih belum menghantar laporan lengkap kepada ROS yang sepatutnya dihantar dalam tempoh 60 hari. Selagi belum mendapat kesahihan ROS, pihak CEC tidak boleh membuat keputusan untuk lantikan kerana CEC itu belum di iktiraf.
Secara rasminya Lee Guan Aik masih lagi sah sebagai Pengerusi DAP Kedah sejak 2010. Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh sepatutnya menasihati kepimpinan DAP. Selagi ROS tidak menerima keputusan CEC pada 29 September yang lepas, keputusan tidak boleh diputuskan, kata mereka lagi.

Menurut Pengerusi Cawangan Alor Setar, SUA DAP Lim Guan Eng telah membuat keputusan terburu-buru pada 30 September sehari selepas CEC diadakan. Hal itu memang tidak boleh diterima dan ditolak sebulat suara oleh beberapa Cawangan DAP yang menyokong Lee Guan Aik.

Cawangan yang menolak keputusan tersebut ialah Cawangan Alor Setar, Kota Setar, Desa Sedayan, Kuala Kedah dan Taman Kristal. Mereka juga mendesak agar pihak ROS mempercepatkan proses supaya mendapat keputusan dengan segera. 

Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik akan berjumpa pihak ROS meminta agar Tony Phua dan Lim Guan Eng tidak masuk campur dalam urusan pentadbiran DAP Negeri Kedah.

Sebelun ini DAP Kedah tidak pernah ada masalah sehinggalah keputusan CEC menghantar masalah ini kepada mereka. 

DAP  Kedah dalam pada itu tidak menolak kemungkinan ada komplot untuk untuk menjatuhkan Lee Guan Aik dan hal itu mereka ketahui berdasar laporan dari perbualan dalam CEC. 

Antara yang hadir di sidang media pagi tadi ialah Encik Tang Chun Ping, Pengerusi Cawangan Alor Setar, Naib Pengerusi Cawangan Taman Kristal Encik Law Theng Hooi, Bekas Wakil Rakyat DAP Lee Guan Aik dan Zainal Bin Endut, AJK Cawangan Kota Darulaman.

http://www.nadirakyat.net/2013/10/dap-kedah-serang-lim-guan-eng.html

2 comments:

Aemierulrizaki said...

Ape ke bodoh komen ko ni yang takde kene mengena ngan posting aku pon.
hahahah.. takpa..takpa.. komen lagi..

Jeepers Creepers said...

buang je lah susu tu..apa masalahnya..ko nak telan dengan tin sekali pun boleh xde hal..bodoh macai pr ni..