[ANGKUH] "JAGAN BIAR BARISAN NASIONAL BERTAPAK LAGI DI NEGERI SELANGOR" - PENGERUSI DEWAN HIMPUNAN PAS PUSAT (DHPP)


SELASA, 11 Jun, 2013 - Dengan penuh angkuh dan yakin Pengerusi Dewan Himpunan PAS Pusat (DHPP) Hu Pang Chow. berkata "jagan biar Barisan Nasional bertapak lagi di Negeri Selangor" dalam kenyataan di KIP Industrial Park baru-baru ini. 

Menurutnya lagi, BN sudah dua penggal ditolak oleh rakyat negeri dan Pakatan Rakyat telah memenangi banyak kerusi pada PRU-13.

BN Selangor juga melantik (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Tun Razak) sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri dalam usaha mereka untuk merampas semula negeri Selangor namun masih gagal.

Lihatlah sendiri betapa angkuhnya pemimpin DHPP ini dalam kenyataannya yang amat yakin Negeri Selangor akan terus diperintah Pakatan Rakyat dan akan memastikan bahawa Barisan Nasionak tidak akan sama sekali dapat memerintah Negeri Selangor kini dan akan datang.

Mungkin nampak seakan tiada apa dalam kenyataan beliau itu tetapi persoalan yang saya ini timbulkan disini ialah siapa "Barisan Nasional" yang dimaksudkan itu?

Secara amnya "Barisan Nasional" pada PRU-13 seakan langsung tiada langsung wakil daripada masyarakat Cina dan jika begitu siapakah yang sebenarnya tinggal dalam "Barisan Nasional"?

Hanya Melayu dan India sahaja yang ada dan mengundi BN pada PRU-13 dan Melayu adalah Majoriti yang mengundi Barisan Nasional

Jika begitu, tidak malukah kita orang Melayu yang mengundi Barisan Nasional yang empunya tanah dan negeri hingga hendak dilenyapkan terus dari Negeri Selangor ini?

Kenyataan saya amat mudah dan buka hasutan, Melayu Negeri Selangor harus sedar bahawa majoriti penduduk Selangor di bandar-bandar besar adalah dari negeri-neri lain dari seluruh Malaysia.

Mereka datang ke Negeri Selangor merantau dan mencari makan di sini dan jika berlaku apa-apa ke atas negeri ini mereka akan pulang ke negeri mereka dan yang tinggal hanyalah kita orang Melayu Negeri Selangor yang terpaksa menerima akibat daripada propaganda orang-orang yang bukan datangnya dari negeri kita.

Dalam PRU-13 kemenangan besar yang dicapai oleh Barisan Nasional hanyalah disebelah utara Negeri Selangor tetapi di kawasan bandar kita kalah teruk.

Jadi, adakah kita akan biarkan sahaja mereka ini menghalau kita?..


Untuk maklumat Hu Pang Chow pernah beberapa kali bertelingkah dengan kepimpinan PAS mengenai beberapa perkara termasuklah HUDUD dan pelaburan di Negeri Kelantan.

JIka HUDUD boleh dipertikaikan hingga sanggup ancam tinggalkan PAS adakah saudara, saudari fikir beliau ini memihak kepada kita Orang Melayu Negeri Selangor?

1 comment:

Anonymous said...

Nampaknya kaset lagu PAS bertajuk Hudud sudah tidak dimainkan lagi oleh Pok Nik.Boleh tahan ke kaset ni sebab nak tunggu 4 tahun lagi.Mungkin dah berhabuk atau player dia rosak.