[GILA BUANG TEBIAT] KARPAL SINGH BUAT LAPORAN POLIS BANTAH DEMONSTRASI JALANAN ANJURAN ANWAR IBRAHIM


Mungkin sudah hilang akal agaknya Pengerusi DAP ini apabila dengan terang dan jelas beliau membantah "Gerakan Gulingkan Kerajaan" yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat.

Apakah Karpal sudah tidak mahu hidup lama kerana menggagalkan rancangan yang telah dirancang oleh Anwar Ibrahim sekian lama untuk menjadi pemerintah di negara ini dengan apa cara sekalipun termasuk menggunakan kekerasan?.

Menurut Portal Berita Harian [KLIK SINI] Karpal dikatakan tidak bersetuju dengan cara Pakatan Rakyat yang menggunakan 'Demonstrasi Jalanan" sebagai senjata untuk menumbangkan kerajaan.

Adakah anda percaya apa yang dikatakan oleh si tua DAP ini?.

Karpal Singh bukan sebarang orang untuk diduga dan sebagai Pengerusi DAP beliau bukan calang-calang orang untuk dipandang remeh segala kenyataannya.

Setiap perkataan dan gerak-gerinya walaupun berkerusi roda memberi pelbagai makna yang tersirat, beliau bukan mudah mengungkap kata kalau tiada perancangan yang sudah tersusun kemas seperti yang dilakukannya sebelum-sebelum ini.

Ada beberapa sebab mengapa Karpal berbuat demikian dan antaranya ialah:

- Demonstrasi yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat tidak mendapat sambutan seperti yang dirancang dan ia dapat dilihat jelas dengan semakin berkurangan orang hadir untuk menyertai menyertai mereka lalu bagi menutup "Kemaluan " mereka terpaksa menghentikan demontrasi-demontrasi yang telah dirancang sebelum mereka mendapat malu besar dan kenyataan Karpal ini akan menghalalkan rancangan itu.

- Demonstari yang dijalankan telah gagal mencapai sasaran pengunjung mengikut pecahan kaum dan dilihat kaum Cina telah memonopoli setiap demonstrasi yang dijalankan dan ini boleh mendatangkan bahaya jika diteruskan lalu kenyataan Karpal ini juga dilihat baik untuk mereka menghentikannya.

- DAP yang diketahui telah merancang semua dilihat tidak mahu bertanggungjawab apabila demonstarsi ini menjadi tidak terkawal dan seperti yang kita tahu DAP tidak mahu peristiwa lama bermula kembali dan ini memperlihatkan ketakutan DAP apabila berjaya membawa mesej perkauman yang jelas dan ganas seakan tidak terkawal apabila kaum Cina mula turun ke jalanan secara terang-terangan.

- DAP sudah habis dengan fasa ini dan mahu melangkah ke fasa yang baru seperti yang diterangkan dalam buku karangan "Gene Sharp" yang memberikan tunjuk ajar bagaimana mahu menjatuhkan sesebuah negara dan jika dilihat mereka telah mengikutinya dengan baik sekali. (kita akan kupas  di artikel yang lain)

Itu hanyalah sebahagian pendapat aku dan ianya tidak semestinya benar kerana sejak awal aku telah katakan ia hanyalah pendapat.

Tetapi apa yang mahu aku jelaskan kembali disini ialah Karpal Singh bukanlah terlalu bodoh untuk berperang dengan Anwar Ibrahim memandangkan mereka telah terlalu lama berusaha untuk merampas negara ini.

Perkara ini telah banyak kali berlaku dan antara ayat paling popularnya ialah "ANWAR IBRAHIM HARUS BERTAUBAT" selain itu pertelagahan karpal dengan Nik Aziz juga telah banyak kali berlaku dan akhirnya meraka tetap bersama bersepakat dan bersepadu menggerakkan jentera mereka untuk menumbangkan kerajaan.

Amati baik-baik dan berikanlah pendapat anda pula...

*** INi hanya pendapat.. hehehhe [mohon pencerahan]...

2 comments:

Unknown said...

tu lagi putar belit mcm ular... depan lain, belakang lain... kah3... itulah PAKATAN.

Anonymous said...

actually ni peluang karpal nak tonjolkan diri semula selepas tenggelam dibawah populariti anwar/kitsiang/guan eng.
ini juga peluang utk dia jadi peguambela..
bijak bijak..