Cubaan Sabotaj Yang Lebih Ganas Terhadap konvoi #JelajahAnakMalaysia



Bas #JelajahAnakMalaysia yang meneruskan perjalanan ke Pekan, Pahang semalam telah diserang oleh orang yang tidak dikenali.

Menurut sumber, Bas yang sedang dalam perjalanan itu telah dibaling dengan batu dan telah menyebabkan cermin bas itu pecah.

Kejadian ini bukan yang pertama berlaku sepanjang siri jelajah ini tetapi yang kali ini lebih merbahaya apabila mereka lebih berani hingga menyerang bas yang sedang dalam perjalanan.

Jika dilihat dari keadaan cermin bas yang pecah tidak mungkin kejadian itu secara kebetulan tetapi kejadian ini telah dirancang, ini kerana cermin yang pecah adalah di sebelah sisi kiri bas dan bukan cermin hadapan.

Kemungkinan cermin bas dibaling dengan batu adalah amat tinggi dan perkara inin tidak boleh dibiarkan kerana ia akan membahayakan nyawa penumpang dalam bas yang rata-ratanya adalah dari golongan pelajar.

Jika diteliti, kejadian ini mungkin melibatkan agenda politik dan jika benar ia akan jadi lebih merbahaya kerana seperti yang kita tahu parti-parti yang menentang kerajaan amat terdesak sekarang kerana rata-rata rakyat telah menolak mereka dan kerana itu mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk menimbulkan keadaan huru-hara.

Apa yang perlu dijelaskan disini dalah mereka yang menyertai siri #JelajahAnakMalaysia bukanlah atas tiket politik atau mewakili mana-mana parti politik, mereka hanyalah anak muda yang menyertai program ini untuk merasai sendiri denyut nadi rakyat, kesusahan dan suasana kehidupan sebenar di kawasan-kawasan yang mereka lawati.

Jadi, jangan jadikan mereka mangsa kerakusan politik bodoh dan tolol individu atau kumpulan yang terdesak untuk berkuasa. Sokong, bantu dan pandu mereka ke jalan yang betul agar satu masa nanti mereka akan menjadi pemimpin yang hebat dan memahami hati rakyat.

Teruskan usaha kamu #JelajahAnakMalaysia hingga Berjaya..Insyaallah.

1 comment:

PakSu AloqSetaq said...

Tindakkan bayar niat? Balas demdam yg terbuku dilubuk hati puak yg terasakan bahang kekalahan yg bakal menjelang. ITULAH perbuatan Pengecut yg sudah sinonim sejak dulu lagi. Ugut, membaling objek, maki hamun, mencerca peribadi org....